Bab 23 - 24

Bab23


Irdina Iman sedang meneliti fail di atas meja ketika Syed Faiz menegurnya.

   “Morning, Dina.”

Seraya itu Irdina Iman mengangkat muka.

   “Abang Faiz...  Abang Faiz? Bila Abang Faiz sampai? What a suprise!” Irdina Iman menjerit kegirangan dan bangun dari kerusi.
   “Tak tanya sihat ke tak?” usik Syed Faiz.

Irdina Iman bergerak meninggalkan meja lalu menghulurkan tangan untuk bersalam menyambut kedatangan abang sepupunya.  Abang sepupu yang cool.

   “Sihat tu Dina tak nak tanya. Dina tau Abang Faiz sihat.  Ceria memanjang.” Sambung Irdina Iman kemudiannya.

Syed Faiz pula mengambil kesempatan melarikan pandangannya pada Irdina Iman, adik sepupunya.  Semakin cantik, hatinya memuji.

   “Kenapa tengok Dina macam tu?”
   “Dulu Dina montel.  Dah 7 tahun tak jumpa sekarang dah cantik.  Slim.”
   “Ala...  Puji Dina bukan dapat apa pun.  Dapat awek baru dah?”
   “Baru sampai petang semalam, takkan dah dapat awek?” Syed Faiz menyambut usikan Irdina Iman.
   “Abang Faiz datang petang semalam?  Siapa lagi? Uncle? Aunty?”
   “Abang je.  Next month most probably. Mak Long dan Pak Long mana? Tak nampak pun?”
   “Meeting.  Jap lagi keluarlah tu.  Sejak abang ke Venture (M) Corporations, Papa dan Mama agak aktif dalam pengurusan syarikat.  Sebelum ni abang yang busy.  Dah jumpa Abang Ikhwan dah?”
   “Semalam dengan tunangnya...” Jawab Syed Faiz lambat-lambat.

Irdina Iman terbatuk-batuk mendengar perkataan tunang daripada mulut Syed Faiz.  Siapa?  Syarini?

   “Tunang?”
   “Yeah. Petang semalam.  Abang Faiz terserempak kat depan lobi.”
   “Abang Ikhwan dengan tunang?  Kat depan lobi?  Jam berapa?” Tanya Irdina Iman cuak.
   “Hmm...  Time tu lepas Maghrib.”
   “Ooo... Pakai tudung warna apa?”

Berkerut seribu dahi Syed Faiz mendengar pertanyaan daripada Irdina Iman. Tudung? Warna?

   “Warna light purple.  Kenapa siap tanya warna tudung ni?”

Bukan tujuannya bertanya warna tudung tetapi untuk mengecam siapakah yang dimaksudkan oleh Syed Faiz.  Jika bertudung, pastinya Nurul Ain dan jika tidak, pastinya orang lain.  Paling tidak pun wajah Syarini terbayang di fikirannya.

Senyuman Irdina Iman kembali mekar di bibirnya. 

   “Saja tanya.  Dina jumpa jugak diaorang semalam.  Kalau warna tadi tu, betullah.  Kalau tudung warna lain tu, makwe lain kot...”

Syed Faiz mengangkat keningnya.

   “So, berapa lama Abang Faiz bercuti ni?”
   “Kali ni bukan bercuti tapi balik terus.”
   “Balik?  Syarikat di sana?”
   “Faizah dan suaminya kan ada?”

Irdina Iman mengangguk kecil, faham.  Pastinya Sharifah Faizah, adik kepada  Syed Faiz yang baru melangsungkan perkahwinan dengan pemuda keturunan Iran yang telah lama menetap di Liverpool, England yang akan menguruskan syarikat milik keluarganya di sana.

   “So...  How’s life?”
   “Dina biasa je.  Ke pejabat.  Balik rumah Mama dan Papa.  Balik rumah Dina.  Dina dah beli rumah kat PJ.”
   “Tu bukan rumah.  Tu kondominium.”
   “Sama  je konsep.  Tempat berteduh kan? Haih... Mana Abang Faiz tau ni?” Irdina Iman mencekak pinggang.
   “Mama Dina yang bagitau dengan Mak Su.”

Mak Su a.k.a Datin Mariana, ibu kepada Syed Faiz dan Sharifah Faizah merupakan adik tiri kepada Mama nya.  Mata Irdina Iman melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.  Risau akan topik seterusnya yang akan menjadi perbualan.

   “Err...  Berapa lama dah Ikhwan bertunang?”
   “Huh?”
   “Dah lama ke Ikhwan bertunang?”

Irdina Iman berkira-kira sendiri tentang jawapan yang akan keluar daripada mulutnya.  Kenapa abang cakap dia dan Nurul telah bertunang, omel hatinya.

   “Baru sebulan.  Majlis kecil je.  Mula-mula majlis risik sahaja tapi Papa kata baik terus bertunang.  Risik sekali dengan tunang.  Mudahkan urusan.”

Syed Faiz diam.  Wajah Nurul Ain masih terbayang-bayang di ingatannya.  Kenapa?

   “Kenapa Abang Faiz tanya?”
   “Err...  Saja.”

**********

Shah Fairuz tersengih.  Irdina Iman menjeling tajam.

   “Kenapa awak tersengih?” Marah Irdina Iman kepada Shah Fairuz.  Ada yang menggelikan hatinya?
   “Salah ke?” Giat Shah Fairuz.
   “Saya cerita tentang abang...  Yang awak tersengih macam kerang busuk kenapa?  Bukan buat lawak pun.”
   “Nak tau kenapa?  Okay.  Ni nak tanya ni.  Ada dua soalan.”
   “Apa dia?”  Sempat juga Irdina Iman menyuap nasi ke mulutnya dengan sudu.
   “First question.  Kenapa Ikhwan cakap dia dah bertunang?”

Berkerut kening Irdina Iman di hadapannya memikirkan pertanyaan Shah Fairuz, kekasih hatinya. Mulutnya berhenti mengunyah.

   “Next question.  Kenapa Faiz tanya banyak kali.  Berapa kali tadi?” Tanya Shah Fairuz santai.

Matanya dikerdipkan beberapa kali.  Irdina Iman cuba mengira dengan tepat.

   “Dalam...  Err...  Empat kali.” Jawab Irdina Iman acuh tak acuh kemudiannya.
   “So?  Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri.”

Shah Fairuz kembali tersengih melihat wajah Irdina Iman yang mencuka.  Cantik, puji hatinya.

 Irdina Iman mengimbas kembali perbualannya dengan Syed Faiz pagi tadi sementara menunggu Puan Sri Mardinah dan Tan Sri Ghazali selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan syarikat.

   “Nurul bertugas sekali dengan Ikhwan?”
   “P.A gantian.  Itu yang selalu Nurul sebut.”
   “Jatuh cinta di pejabatlah ni?” Syed Faiz membuat kesimpulan sendiri.
   “Sort of.” Jawab Irdina Iman pendek.
   “Err...  Dah lama mereka bekerja bersama?”
   “Setahun dah.  Plus minus.  Kenapa?” Pertanyaan bertubi-tubi dibalas Irdina Iman dengan pertanyaan kembali.
   “Saja.  So bila nak langsung?”

Ketibaan Tan Sri Ghazali dan Puan Sri Mardinah di depan pintu bilik pejabatnya menyelamatkannya daripada terus mereka cerita karut untuk abang kandungnya.

Shah Fairuz yang sedang menyedut minuman di tangannya mencuit hidung Irdina Iman.

   “Jauh lagi ke nak flash back?” Shah Fairuz kembali mengusik Irdina Iman.

Irdina Iman tersentak.

   “Abang ni pun satu.  Entah apa dia fikirkan.” Rungut Irdina Iman.
   “Si Ikhwan risau Faiz nak kat Nurul.  Bukan tu saja.  Kalau Nurul ok dengan Faiz, dia yang gigit jari.”
   “Tapi benda ni kecik je kan?” Irdina Iman berasa pelik.
   “Siapa tak kenal Ikhwan?  The Analyst. Perkara simple pun jadi tak simple. Cukuplah cerita tentang Ikhwan.  Kita macamana pulak?”
  
Malas Irdina Iman melayan perubahan topik baru yang menjurus kepada perhubungan mereka berdua.  Matanya difokuskan kepada kelibat pelanggan yang baru masuk ke dalam restoran.

Shah Fairuz mengetuk meja makan seperti mengetuk pintu rumah.
  
   “Senyap nampak?”

Tanpa memandang ke arah Shah Fairuz, Irdina Iman bersuara.

   “Kenapa dengan kita?”
   “Dina...”
   “Ada ke saya bagitau nak kawin dengan awak?”

Shah Fairuz kelihatan tidak puas hati dengan kata-kata Irdina Iman.  Timbul idea untuk mengenakan buah hati pengarang jantung.

   “Sapa kata awak nak kawin dengan saya?” Tanya Shah Fairuz sambil menjungkit bahu.
   “Huh? Awak...  Apa maksud awak?”
   “La... Tak dengar ke? Saya tanya tadi, sapa kata awak nak kawin dengan saya?”
   “Habis tu selama ni?  Awak main-mainkan saya ke?”
   “Tak. Awak tak nak jawab ke? Sapa kata awak nak kawin dengan saya?”

Kata-kata Shah Fairuz yang agak kasar membuatkan hati wanitanya tersentap. Pilu. 

   “Kalau macam tu...  Tak sapa kata.” Perlahan Irdina Iman menjawab.  Selera untuk makan hilang serta merta.  Marah sangatkah Fairuz dengan gurauannya tadi, hatinya tertanya.

Melihatkan wajah Irdina Iman keruh, timbul perasaan bersalah dalam dirinya dengan idea terlampaunya.

   “Dina...”
   “Hmm...”
   “Sedih tak bila saya buat macam tu?”

Diam.

Shah Fairuz menarik nafas panjang.

   “Tak de sapa kata awak perlu kawin dengan saya tapi...  Saya yang nak kawin dengan awak.  Boleh ke keluarga saya datang merisik bulan depan?”
   “Risik? Kawin?”

**********

Tan Sri Ghazali memandang ke arah isterinya yang sedang menatang dulang air.   Puan Sri Mardinah meletakkan air nescafe panas yang dibancuh beserta muffin yang dihantar oleh Ikhwan Iman awal pagi tadi.  Dia kemudiannya melabuhkan punggung bersebelahan suaminya.

   “Faiz bermalamlah di sini malam ini.  Kat rumah kamu pun sunyi.” Pelawa Puan Sri Mardinah kepada anak saudaranya.
   “Malam ini tak dapat, Mak Long.  Insya-Allah lain kali.  Itupun kalau Mak Long pelawa lagi.”
Tan Sri Ghazali tersenyum.
  
   “Bila-bila pun  kamu boleh bermalam di sini, Faiz.”  Tangannya menghulurkan secawan nescafe kepada Faiz.
   “Terima kasih, Mak Long.  Semakin lawa dah Mak Long sekarang. Semalam tak sempat nak puji.” Kata Syed Faiz sambil menghirup nescafe di tangannya.

Puan Sri Mardinah ketawa. Bapak borek, anak rintik.  Mulut manis seperti ayahnya, suami kepada adik tirinya.

   “Mama kamu bila nak balik sini?  Tak rindu nak balik kampung?” Tanya Puan Sri Mardinah.
   “Mungkin hujung bulan depan, Mak Long.  Pak Long tak minum?” Selesai menjawab pertanyaan Puan Sri Mardinah, Syed Faiz beralih kepada Tan Sri Ghazali, Pak Long nya.
   “Pak Long nak makan muffin ni dulu. Cuba rasa dulu.”
   “Hmm... Sedap muffin ni.” Puji Syed Faiz.
   “Ikhwan yang hantar pagi tadi.  Nurul yang bagi.” Ujar Tan Sri Ghazali senang hati.
   “Nurul? Tunang Ikhwan?”

Kedua suami isteri itu saling berpandangan.  Tunang?

Setelah seketika tiada tindakbalas daripada Pak Long dan Mak Longnya, Syed Faiz berpendapat kisah pertunangan sepupunya itu bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan ke lingkungan bukan keluarga.  

   “Saya terserempak dengan mereka petang kelmarin di lobi.  Itu yang Ikhwan perkenalkan saya dengan Nurul.” Syed Faiz menerangkan keadaan.

Tan Sri Ghazali berdehem beberapa kali menghilangkan rasa tekak yang kelat.  Puan Sri Mardinah pula cuma mengukir senyuman.

   “Siapa yang bagitau Ikhwan dah bertunang kepada kamu ni, Faiz? Ikhwan?” Tanya Puan Sri Mardinah dengan lembut.
   “Memang Ikhwan yang perkenalkan. Itu pun secara tidak sengaja. Saya terserempak dengan Nurul semasa memberhentikan kereta di depan syarikat.  Semalam pun, Dina cerita sedikit.”
   “Dina? Dina cakap apa?” Tan Sri Ghazali sedikit terkejut dengan penglibatan anak bongsunya dalam merekacipta cerita pertunangan ini.
   “Mereka kerja di pejabat sama.  Cinta pejabat.  Err... Saya mintak maaflah kepada Pak Long dan Mak Long kalau berita pertunangan ini bukan untuk digembar-gemburkan.  Saya...”
   “Bukan untuk dirahsiakan, Faiz.  Cuma bila nak langsung baru lah diwar-warkan.  Jodoh di tangan Tuhan kan?” Balas Puan Sri Mardinah.  Kedua suami isteri itu berbalas pandangan. Ikhwan! Irdina!

Syed Faiz mengangguk kecil faham kerana melalui penceritaan Irdina Iman, majlis yang berlangsung pun sepatutnya majlis merisik cuma di'bidan terjun'kan kepada majlis pertunangan.

    “So, Faiz betul-betul nak balik terus ke Malaysia kali ini?” Tan Sri Ghazali bertanya seraya menukar arah perbualan.
    “Kali ini memang saya merancang nak menetap terus.  Itu yang Mama dan Papa ikut sekali tu.  Faizah yang akan stay untuk menguruskan syarikat bersama Razif, suaminya nanti.
    “Kalau macam tu boleh Faiz membantu Pak Long di pejabat nanti.” Cadang Tan Sri Ghazali disambut anggukan daripada isterinya.
    “Di Ikhwan Holdings? Layak ke Pak Long?”
    “Apa yang tak layaknya kalau dah penat belajar tinggi-tinggi?  Pengalaman pun menguruskan syarikat keluarga di luar negara. Syarikat besar atau kecil bukan masalah.  Elok sangat.  Kalau malu nak bertugas di Ikhwan Holdings, bantu Ikhwan di Venture (M) Corporations.”

Puan Sri Mardinah yang sedang menghirup nescafe terserdak mendengar cadangan daripada suaminya. Ikhwan dan Faiz bertugas di tempat yang sama?  Sekali dengan Nurul? Biar benar...

Tan Sri Ghazali tersenyum sumbing.  Tangannya mengurut belakang isterinya untuk meredakan batuk.

   “Venture (M) Corporations?” Hatinya melonjak kegembiraan.

Bukan niat kedatangannya ke rumah banglo tersebut untuk mendapatkan kerja dengan mudah kerana pemilik syarikat merupakan suami kepada Mak Long nya, tapi sekadar menunjukkan rasa hormat dengan menziarahi orang yang lebih tua.  Namun cadangan daripada Pak Long nya amat sukar untuk ditolak. Kenapa?

   “Venture (M) Corporations?” Tanya Syed Faiz untuk kepastian.
   “Kalau berminat, Isnin ni lapor diri.” Jawab Tan Sri Ghazali dengan ringkas.

**********

 Amiza ketawa besar melihat Nurul Ain yang menjelirkan lidah kepadanya.

   “Ko selalu tersepit kat tengah-tengah, Ain.  Hari tu team dengan Encik Fairuz. Kali ni team dengan boss sendiri.  Apa pulak lah kali ni?  Encik Fairuz dengan Cik Dina dah on.  Kali ni siapa pulak yang nak on.”

Nurul Ain menyelesaikan misinya menocang rambutnya sendiri.  Dia menoleh ke arah Amiza yang kini tersengih sambil mengunyah cocoa crunch kotak besar di depan pintu biliknya.

   “Tolong orang dapat pahala tau.”
   “Pahala tu kena tak dengan tempat.  Bohong dapat pahala ke?”

Giliran Nurul Ain tersengih.  Terkena batang hidung sendiri.

   “Napa tersengih? Betul kan aku cakap?” Kata Amiza.
   “Entahlah, Za.  Aku pun menonong je ikut boss.  Bila difikirkan semula, apa kes?  Ish!”
   “Boss ko syok kat ko kot?”
   “Ish!  Lain kali tu cuba bagitau benda yang bernas sikit?  Logik sikit?”
   “Yelah, yelah.  Err...  Encik Faiz tu handsome ke?”

Nurul Ain mengerut kening.  Mata dikerdipkannya beberapa kali.  Mengimbas...

Kacak. Tetapi...  Tetapi apa?

   “Lama bebenor nak describe?” Sergah Amiza, tidak sabar.
   “Orangnya tinggi macam boss.  Segak macam boss.  Pelik pun macam boss.” Nurul Ain membuat kesimpulannya sendiri.  Ringkasan.
   “Macam boss?”

Cuma anggukan yang diterima Amiza daripada Nurul Ain. Baru sahaja Amiza membuka mulut hendak bertanya, Nurul Ain bersuara.

   “Ada sesuatu yang pasti tentang boss dan Encik Faiz.  Mereka tak ngam.”

Tangan Amiza berhenti di tengah jalan daripada memasukkan cocoa crunch ke mulutnya.

   “Sepupu pun boleh tak ngam?  Orang kaya-kaya ni banyak konflik.  Ko tengok cerita Indon.  Tak pun cerita Filipina.” Amiza berkata sendiri.
   “Ish! Ko ni.  Kenapalah tiba-tiba masuk cerita Indon dengan cerita Filipina ni?”
   “Ko mana tau...  Ko tengak cerita Korea. Romantic comedy, so gelak memanjang.  Aku suka yang ada drama.  Konflik sana, sini.  Misteri itu, misteri ini. Konspirasi.”
   “Maksud ko?” Nurul Ain memandang wajah Amiza yang kini serius.
   “Ni mesti kes perebutan harta warisan keluarga, perebutan wanita yang dicintai.  Dua ni je selalunya.”

Nurul Ain mengetuk kepala Amiza dengan sikat.

   “Adoi!  Kenapa ko ketuk?  Sakit.”
   “Hello?  Ni realiti.  Tu lakonan. Ish!  Jom ke bawah.  Masak.” Nurul Ain menarik tangan Amiza.
   “Mak Su mana? Balik jogging tadi terus tak nampak pun batang hidung?”
   “Tak balik malam ni.  Ada reunion dinner kat Melaka.”
   “Jumpa geng dia lah tu.  Seronok lah dapat jumpa geng-geng lama.” Amiza berangan-angan sendiri.
   “Tu lah.  Nak masak apa yek?”
   “Masak?  Tak payahlah.  Mak Su bukan ada pun.  Kita order je Domino's.  Aku belanja.” Cadang Amiza dan dia pasti Nurul Ain pun akan setuju.
   “Betul? Jangan bohong...”
   “Lepas gaji bolehlah.  Kalau tengah bulan... Blah lah.” Amiza menjeling.
   “Okaylah. Set.” Nurul Ain melonjak kegembiraan.  Bukan kerana tidak perlu memasak ataupun menunya pizza Domino's...  Tapi seronok sakan sebab Amiza belanja dan dia bercadang mengenakan Amiza dengan pesanan tahap gaban.

**********

Ikhwan Iman menutup novel ditangannya, karya daripada John Grisham yang terbaru.

   “Kenapa aku cakap macam tu?”

Dia mengubah posisi daripada baring di sofa, kini duduk menyandar.  Tangan didepakan seluas-luasnya.

  “Nurul tak bertanya satu pun.  Dia tak curious ke?”

Kini Ikhwan Iman bangun dan berjalan mundar-mandir tidak jauh daripada sofanya tadi.

   “Kalau Papa dan Mama tau... Dina?  Fairuz dah sah akan gelakkan aku.”
Kedua tangannya meraup muka.

   “Apa yang tak kena dengan aku ni?”

Sukar untuk Ikhwan Iman melupakan pandangan mata Syed Faiz sewaktu Nurul Ain berpaling melihatnya memakirkan kereta di belakang kereta milik sepupunya itu.

Lagi sukar juga untuknya melupakan mata bundar yang bersinar milik Nurul Ain tatkala dia ditujukan dengan panggilan sayang.  Bukan pandangan mata tanda jatuh cinta, tapi pandangan nakal yang menyatakan

Boss ada konspirasi terhadap sepupunya, dan sebagai pekerja, kena bantu. Okay, boss!

Sekali lagi Ikhwan Iman meraup wajahnya.

Apabila diimbas kembali, sedikit pun Nurul Ain tidak terusik untuk bertanya perihal kenapa tanpa ada mukaddimah dirinya menjadi tunangan orang.  Tenang.

   “Nurul...  Pasal tadi tu...” Ikhwan Iman membuka bicara di dalam kereta setelah agak jauh meninggalkan perkarangan lobi syarikat namun dicantas oleh Nurul Ain.
   “Boss, saya cuma nak cerita sesuatu yang ringkas.  Dulu boss saya rujuk dengan gelaran tuan kan? Sekarang saya panggil boss cuma B.O.S.S.  Apa pun panggilan, gelaran mesti ada sebab.  Pasti boss pun ada sebab.  Saya okay.  Err...  Boss kata nak belanja makan.  Jadi tak?”  Nurul Ain tersenyum ke arahnya.

Bunyi deringan telefon bimbit mengembalikan Ikhwan Iman ke situasi semasa.  Nama Syarini terpapar.

   “Nurul...  Lupa belikan cincin tunang.”  Ikhwan Iman menarik nafas panjang. 
 


 Bab24

Syarini memilih untuk duduk di penjuru restoran, tempat yang agak selesa untuk bertemu kali pertama setelah bertudung.  Blouse biru laut dan seluar panjang berwarna putih.  Tudung berwarna kebiru-biruan pilihan Nurul Ain untuk digayakan sekali.  Bibirnya mengukir senyuman.  Nurul Ain!

Nurul Ain, gadis itu memang memiliki sesuatu yang dia sendiri kurang pasti apakah ia.  Setiap senyuman, tawa, usikan, patah perbualan dan perlakuan daripada gadis itu menarik perhatian.  Mudah untuk gadis itu mendekatinya tanpa sedar.

Apa yang pasti, satu hari nanti setiap satu kebaikan yang ada pada Nurul Ain akan dibalasnya dengan setekad dan sebaik mungkin.  Insya-Allah.

   “Assalamualaikum, lama dah tunggu?”

Syarini tersentak dalam lamunannya sendiri.  Ikhwan Iman berdiri di sebelah mejanya.  Dengan senyuman.

   “Wa’alaikumsalam...  I pun baru sampai.  Awal lagi kan?” Syarini mengerling ke arah jam tangannya.
   “Kena tepat masa.” Jawab Ikhwan Iman pendek.

Tanpa menunggu pelawaan, Ikhwan Iman menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Syarini.

   “Sibuk memanjang sekarang?” Tanya Syarini memulakan perbualan.
   “Adalah sikit.  You?”
   “I tolong ibu saudara I kat butik.  I apply jawatan kosong tempat you tiada jawapan, so I fikir baik tolong ibu saudara I.” Kata Syarini sekadar mengusik.

Ikhwan Iman kelihatan terkejut.

   You apply?  I tak tau.”
   “Ala...  I usik you.  Jangan panik and you jangan rasa bersalah.”
   “Tapi you kata...”
   “Usik you sikit you dah gelabah.  Relaks.  Hmm...  Kita order dulu?” Cadang Syarini.

Ikhwan Iman mengangkat tangan ke arah salah seorang pelayan restoran.

Masing-masing memesan makanan mengikut citarasa.  Pelayan nampak tekun dan sopan dengan layanannya.

Syarini menarik nafas panjang setelah pelayan tersebut beredar.

   “Kenapa?” Tanya Ikhwan Iman.
   “You nampak segak.”
   Come on lah, Sya.  You pun nampak nice.”
   Thanks.  I pun tak sangka I boleh berpakaian sebegini.  Well, life goes on.”
   “Setiap sesuatu ada hikmah.” Perlahan Ikhwan Iman bersuara.

Syarini mengangguk.  Memang kata-kata Ikhwan Iman tidak akan dinafikannya.

   “Hmm... You tak busy hari ni?  Tiada schedule lain?”

Terdiam Ikhwan Iman sebentar.  Ada...

   Maybe later.  Tapi ada seseorang mengajar I jangan skip breakfast, lunch and dinner walau sesibuk mana pun. You?”
   I free hari ini.  Saja ajak you makan sebab lama dah tak berbual dengan you. You busy memanjang.  That’s why I selalu cari Nurul.”
   “Nurul?”
   “Siapa lagi.  P.A you.”
   I see.”
   She’s a very nice and interesting person.  I like her very much.  Untung P.A dapat boss macam you.”

Ikhwan Iman cuma tersenyum mendengar kata-kata Syarini.  Siapa yang tidak menyenangi Nurul Ain? Cuma dia tidak bersetuju dengan komen terakhir daripada Syarini.  Bukan Nurul Ain yang beruntung tetapi sebaliknya.

   You senyum ni teringatkan siapa?”
   “Huh?”
   You banyak berubah dari dulu.  Dulu pendiam dan agak serius.  Now you looked different.  Maybe there is someone?  I terlambat lah ni?”

Cuma tawa Ikhwan Iman menjadi jawapan.  Entah kenapa, Syarini terasa sedikit kecewa.  Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia berharap Ikhwan Iman sudi untuk memandang ke arahnya walaupun hanya sekilas... Bukan sebagai sekadar kawan.

Setiap kali Syarini berkata-kata, pasti ada nama Nurul Ain yang menghiasi isi perbualannya.  Nurul Ain begitu, Nurul Ain begini.  Ikhwan Iman dalam diam berterima kasih kerana Nurul Ain, bekas teman wanita kepada arwah teman baiknya kini telah kembali.  Perkara lalu patut dilupakan tapi patut diingat sebagai pengajaran dan teladan.

Kemudian...

   I ingat I nak introduce Nurul Ain dengan one of my cousin.”

 Ikhwan Iman yang tengah menyedut minuman yang baru dihidangkan terserdak.

   Are you okay?”

Cepat-cepat Ikhwan Iman mengelap mulutnya.  Wajah Syarini kini dipandang penuh tanda tanya.

   You nak perkenalkan Nurul dengan...  Siapa?”
   Cousin I.  Kenapa?”
   “Err...  Nurul tau?”
   Well... I ada suggest dengan Nurul.  Dia cuma ketawa.”
   “Ketawa?” Tanya Ikhwan Iman.
Syarini mengangguk kepala.

   I suggest pun sebab bila I tanya banyak kali ada seseorang yang istimewa tak, dia geleng kepala.  Senyum.  Bila I cakap I nak introduce cousin I, dia ketawa. Kenapa?”
   No.  Nothing.”
   “Hmm...  One more thing.  I pelik SMS di cellphone Nurul berderet-deret masuk time I jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak dengan Nurul.  Bila I tanya siapa hantar, boyfriend ke...  Dia kata tak sampai seru.”
   “Tak sampai seru?”  Ikhwan Iman mengulang kata-kata Syarini.

Syarini memandang ke arah Ikhwan Iman.  Ada sesuatu di wajah itu...

   “Kat pejabat SMS pun masuk ke?” Tanya Syarini. 

Ikhwan Iman menggeleng kepala.

   “Nurul tiada teman istimewa, tiada boyfriend.” Jawab Ikhwan Iman setelah agak lama membisu, menjamah makanan tengahari yang dipesan.
   “Tiada?  Mustahil!” Syarini sedikit terkejut.

Ikhwan Iman mengukir senyuman.  Syarini agak pelik dengan Ikhwan Iman yang tiba-tiba tersenyum.

   “Tiada. Confirm.”
   So, boleh I introduce cousin I nanti.” Syarini membuat keputusan.

Lambat-lambat Ikhwan Iman bersuara.

   “Nurul Ain dah bertunang.”

**********

Ikhwan Iman memakirkan keretanya.  Enjin kereta dimatikan.  Beg kertas Tiffany & Co. dicapai dengan cermat.  Kotak didalamnya dikeluarkan dan dibuka.

Nurul Ain...

   “Nurul, teman lelaki awak tak marah kalau dia tau?”
   “Teman lelaki?  Siapa?  Encik Fairuz?” Usik Nurul Ain sambil tangannya menekan butang end call pada telefonnya.
   “Fairuz?  Fairuz mana?” Tanya Ikhwan Iman cemas.

Nurul Ain tersenyum.  Melihatkan senyuman daripada Nurul Ain membuatkan Ikhwan Iman tersedar dirinya terkena.

   “Awak kenakan saya ke Nurul?”
   “Boss, kalau saya ada teman lelaki, Encik Fairuz mintak tolong nak tackle Cik Dina pun saya tak tolong.  Tak sesuai.”
   “Tak de means tiada?”
   Nope.  None.  Zero. Nothing.” Jawab Nurul Ain.  Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta.
Jawapan Nurul Ain membuatkan Ikhwan Iman terdiam namun terasa menyenangkan.  Kenapa...

Tok! Tok! Cermin kereta diketuk dari luar.  Ikhwan Iman membuka pintu kereta.

   “Bro, termenung jaoh?” Tegur Shah Fairuz.
   “Tungga Dina?”
   “Hmm... Dah 15 minit aku tunggu, bro.  Mengikut perkiraan, ada 15 minit lagi.  Dah biasa.”
   Call lah.”  Ikhwan Iman menutup pintu kereta.
   “Tak naklah. Saja tunggu dalam kereta.  Dari mana, bro?”

Ikhwan Iman mengangkat beg kertas dan dihalakan ke arah Shah Fairuz yang kini melopong.

   “Tiffany & Co.? Siapa?”
   “Tunang lah, bro.”

Shah Fairuz menggaru dagu, sedang berfikir.

   “Untuk Nurul?  Biar betul, bro...  Ni dah kes lain. Tiffany & Co.?” Shah Fairuz terkejut dengan jawapannya sendiri.

Ikhwan Iman tersengih.

Shah Fairuz terdiam.  Tidak pernah sepanjang persahabatan mereka Ikhwan Iman begitu spontaneous.  Kali ini teman baiknya ini betul-betul kelihatan berlainan.

   “Semahal ni?” Tanya Shah Fairuz menduga.
   “Maksud?”
   “Kalau nak berlakon pun depan Faiz, takkan Tiffany & Co.?  Bukan Faiz kenal pun jenama cincin tunang kat jari manis Nurul.  Janji ada tanda.”
   She’s different.  This suits her.” Ringkas dan tegas Ikhwan Iman menjawab.
   “Sampai bila, bro?”

Jawapan yang menjadi tanda tanya kepada dirinya sendiri.  Ikhwan Iman menggeleng kepala.

   Well, cuma satu nak confirm ni, bro.  Kalau satu hari nanti Nurul pulangkan?  Bagaimana?” Shah Fairuz menyeluk tangannya di poket seluar jeans.
   “Semuanya tamat.  In a good term.”

Mengerti dengan perasaan Ikhwan Iman, Shah Fairuz menepuk bahunya.

   “Dia gadis yang baik, bro.  Aku doakan yang terbaik.”

**********

Tan Sri Md Ghazali dan Puan Sri Mardinah sedang duduk  di gazebo tepi halaman rumah menikmati suasana petang yang redup hujung minggu.

   “Abang betul ke nak mintak Faiz bekerja bersama Ikhwan?” Tanya Puan Sri Mardinah.
Tan Sri Md Ghazali melipat surat khabar ketiga yang yang dibeli awal pagi tadi untuk aktiviti membacanya seharian.

   “Apa tak betulnya?”
   “Abang bukan tak kenal dengan Ikhwan dan Faiz tu macamana?”
   “Macamana?”

Puan Sri Mardinah diam. Mustahil untuk Ikhwan Iman bekerjasama dengan Syed Faiz dengan adanya Nurul Ain di situ.  Anak-anak tidak dapat menipu pandangan dan pengamatan ibubapa.

Ikhwan Iman dan Syed Faiz, kedua-duanya menyimpan perasaan yang sama pada Nurul Ain.  Nurul Ain...  Sedarkah gadis itu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya?

   “Saya rasa tak sedap hati bila abang cadangkan Faiz bekerja di Venture (M) Corporation.  Kat Ikhwan Holdings pun dah memadai.”
   “Awak kena tengok the bright side.”
   “Maksud abang?” Tanya Puan Sri Mardinah kepada suaminya.
   “Tadi pun dah ada contoh.”
   “Apa dia?”
   “Dina dan Fairuz. Kalau tak kerana Nurul Ain, entah bila lagi nak tahu hujung dan pangkal kisah percintaan mereka.  Tup! Tup! Bulan depan keluarga Fairuz nak datang merisik.  Cuba tengok Ikhwan pulak.  Dulu stress memanjang.  Baran jangan cakaplah.  Sekarang?”
    “Tapi...”
    “Bukan saya tak tahu Ikhwan dan Faiz tidak sebulu.  Si Faiz...  Nasib baik awak nakkan saya, kalau tidak, ayah Faiz dah sambar dulu.”  Tan Sri Md Ghazali memotong percakapan isterinya.
    “Abang ni...  Tu zaman kita muda-muda.  Ni zaman sekarang.”
    “Pendekatan abang mudah je.  Kalau Ikhwan dan Faiz saling bekerjasama dan berbaik, syarikat keluarga lagi  maju.  Lagipun mereka kan sepupu.  Tiada yang boleh membantu selain keluarga sendiri.”

Sekali lagi Puan Sri Mardinah terdiam.

    “Pasal Nurul Ain tu awak jangan risau.  Kita nak kenenkan dengan siapapun, keputusan di tangan empunya badan.  Mungkin Ikhwan, mungkin Faiz atau mungkin ada orang lain.” Sambung Tan Sri Md Ghazali.
    “Abang lupa sesuatu.”
    “Apa dia? Pasal tunang-tunang tu?” Tan Sri Md Ghazali meneka arah tujuan perbualan isterinya.
    “Fairuz kata abang beli cincin.”
    “Laa...  Nak berlakon jadi tunang kena ada cincin belah rotan.  Apa salahnya membeli?”
    “Kat Tiffany & Co.” Puan Sri Mardinah tersenyum.

**********

Hanima sedang menyidai telekung ketika Amiza mengetuk bilik tidurnya.

    “Mak Su, masuk boleh? Orang nak tanya sikit.”  Amiza duduk di tepi katil, di kerusi meja solek.
    “Haa...  Apa dia?  Dah masuk pun.  Lambat Mak Su nak pelawa.”

Amiza tersengih namun kata bicara belum dilontarkan.

    “Tadi nak tanya.  Apa dia?”
    “Kalau Boss Garang nak kat Ain, Mak Su bagi tak?”
    “Hmm...  tu kena tanya tuan punya badan. Kenapa?  Kamu berkenan kat Encik Ikhwan?”
    “Nau’zubillah...  Tak nak saya.  Tak boleh nak handle.  Tiada kepakaran.”
    “Iye lah tu.  Tanya ni kenapa?”
    “Hmm...  Ain.”

Hanima yang sedang membuka pintu almari, terhenti.

    “Mak Su.....” Panjang benar alunan panggilan daripada Nurul Ain dari tangga di ruang tamu.

Amiza memandang ke arah Hanima.

    “Panjang umur dia, Za.” Ujar Hanima.
    “Hehehehe...”  Amiza ketawa kecil.  Memang panjang umur.

Seketika kemudian Nurul Ain berada di depan pintu bilik.

    “Ha, apa pula ni?  Tadi Miza.”
    “Err...  Mak Su nampak tak beg barang kemas arwah mak warna biru yang selalu orang simpan kat laci tengah.  Lepas pindah ari tu tak pernah nampak.  Orang pun lupa nak tanya Mak Su.”
     “Beg barang kemas...  Rasanya ada.”

Nurul Ain mengangguk.  Hanima membuka laci yang terkunci di dalam almari.

     “Kebetulan Mak Su pun nak betulkan rantai tangan yang putus hari tu.  Hmm... Ni dia.”  Hanima menghulurkan beg kepada Nurul Ain.

Amiza  mengerut kening.

    “Ko nak pakai barang kemas dah ke?  Buang tebiat ke?” Amiza kehairanan.
    “Bukan macam mami jarum.  Satu barang je.”  Nurul Ain membuka zip dan mula menyelongkar isi kandungan beg tersebut.
    “Apa dia?”
    “Sabar...  Ni dia.”  Nurul Ain mengeluarkan sebentuk cincin belah rotan pemberian arwah ayahnya.
    “Cantik... Baru beli ke?” Tanya Amiza.
    “Tak.  Mak belikan tapi aku tak pernah pakai. Takut terlucut dari jari.”
    “Haa...  Tu yang masih dalam bekas cincin ni.  Tapi ko nak buat apa?”  Amiza semakin pelik.
    “Kamu ni Miza.  Dia nak pakai lah.”  Sampuk Hanima.
    “Betul kata Mak Su tu.  Nak pakai.” Nurul Ain mengenyit mata pada Hanima.

**********

Syed Faiz sedang menghala ke lobi ketika melihat kelibat Nurul Ain dan Amiza berada di depan lif bersama beberapa kakitangan syarikat.  Masing-masing rancak bercerita yang pada perkiraannya mungkin tentang aktiviti hujung minggu yang baru berlalu. 

Senyuman Nurul Ain yang diselang-selikan dengan ketawa kecil itu memang menggetarkan hati kecilnya.  Apa yang sedang berlaku, detik hati kecilnya.

    “Abang Faiz tengok siapa tu?” Seseorang yang amat dikenalinya menegur dari belakang.
    “Bagi salam dulu kat abang kalau nak mengusik pagi-pagi.” Tegur Syed Faiz pada Irdina Iman.
    “Assalamualaikum.  Abang Faiz tengok siapa?” Usik Irdina Iman.
    “Waalaikumsalam.  Tengok pemandangan.”  Syed Faiz tersenyum dan menggelengkan kepala.  Entah berapa lama dia berdiri telah di situ?

Mata Irdina Iman melilau mencari seseorang yang boleh dijadikan penyebab abang sepupunya itu berdiri di tengah alam.  Tiada...

    “Calon awek ke?”

Mereka berjalan beriringan menuju ke lif yang sudah lengang.  Nurul Ain dan temannya telahpun menaiki lif ke tingkat masing-masing tatkala Irdina Iman menegurnya.

    “Mula dah.  Jom.  Dina bertugas di sini hari ni?” Tanya Syed Faiz.

Irdina Iman membetulkan anak rambutnya di dahi.

    “Tak.  Dina nak ambik laporan yang abang dah tolong check dengan amend untuk Dina.  Abang mintak ambik kat Nurul pagi ni.  Abang lewat sikit sebab papa nak jumpa di Ikhwan Holdings.”
     “Nurul?”  Syed Faiz menoleh ke arahnya.
     “Yes. P.A abang...  Jom.  Naik.”  Irdina Iman bergerak masuk ke dalam lif diekori Syed Faiz.

*******

Terkial-kial Nurul Ain mengeluarkan telefon bimbitnya. SMS!

           As-Salam. Dh smpi? 

Nurul Ain mengecilkan sedikit matanya.  Geram.

                 W’slm.  Bru, boss. Boss x smpi lg?

Beg diletak di atas meja dan tangannya mengeluarkan kunci bilik pejabat Ikhwan Iman.  Masa untuk mengemas .

           Nmpk awak smpi td...

Langkah Nurul Ain terhenti di depan pintu bilik yang telah dibuka.  Nampak? Pantas dia menoleh ke siling mencari kebarangkalian adanya kamera tersembunyi yang baru dipasang.

Irdina Iman dan Syed Faiz yang baru tiba di tidak jauh dari belakangnya ikut sama mendongak ke siling.

Jarinya kembali membalas teks SMS.

                 Boss nmpk?  Boss kt mn?
           Ikhwan Holdings.  Napa? Tengah mendongak ke atas siling cari kamera?

Nurul Ain mengetuk skrin telefon tanda tidak puas hati.  Irdina Iman dan Syed Faiz saling berpandangan.

                 Nak ape SMS ni, boss?  Sy bwk laksa penang. Ok?
           Ok.  Dina dh smpi?
                 X.  Napa?
           Bg report yg hr tu kt dia. 
                 Yess, boss.
           Jam 11 sy smpi.  Ready fail untuk projek MY1.  Nnt fax surat yg Dina bwk ke SG. Call Edward pasal unjuran perbelanjaan.
                 Set.
           One more.  Xde camera.  Jaki kt awk. Bye.

    “Aish! Geram betol!” Nurul Ain membebel sendiri.

Irdina Iman mengukir senyuman.  Pasti Nurul Ain mendapat teks pesanan daripada abangnya.  Berlainan pula dengan Syed Faiz yang pelik dengan reaksi Nurul Ain dengan telefon di tangannya.

    “Amboi, Nurul...  Sibuk dengan telefon?” Usik Irdina Iman, memula bicara.

Nurul Ain berpaling. Alamak!

    “Cik Dina?  Encik Syed Faiz? Err...”
    “Abang hantar SMS?” Irdina Iman giat mengusik.

Cuma senyuman yang mampu dilemparkan.

     “Cik Dina nak report ke?  Jap.”  Nurul Ain meluru masuk ke bilik pejabat Pengarah Besar Urusan diekori oleh Irdina Iman dan Syed Faiz di belakangnya.
     “Masak apa hari ni?” Tanya Irdina Iman.

Nurul Ain sedang membuka kabinet fail.

    “Laksa penang.  Miza yang cadangkan sebab dah habis resipi sarapan pagi.” Jawab Nurul Ain bersahaja mengundang tawa Irdina Iman.

Syed Faiz mengerutkan kening dan mencuit bahu adik sepupunya.

    “Resipi?” Tanya Syed Faiz dengan suara yang perlahan.
    “Abang sarapan di pejabat.  Nurul masakkan pagi-pagi setiap hari.”  Irdina Iman mengiakan.
    “Ikhwan makan sarapan?”  Syed Faiz kenal benar dengan Ikhwan Iman jarang makan sarapan pagi apatah lagi yang berat seperti laksa penang.
    “Tunang masak kena makan.  Special order.” Tambah Irdina Iman dengan perlahan juga.

Dengan senyuman, Nurul Ain menghulurkan sampul putih kepada Irdina Iman.

    “Thanks.  Ni surat abang bagi semalam.  Nurul tolong fax, boleh?”
    “Baiklah. Nak saya buatkan air dulu?”
    “Saya nak cepat. Tapi Nurul boleh tolong abang sepupu saya get familiar dengan syarikat?  Abang Faiz, I’ll leave you in a great care of Nurul.  Got to go.”
 
Irdina Iman bergegas keluar meninggalkan abang sepupunya bersama Nurul Ain.

    “Err...  Encik Syed Faiz duduk dulu kat dalam pejabat.  Saya akan hidangkan minum pagi.” Seraya itu Nurul Ain menolak pintu pejabat Pengarah Besar Urusan.

Tanpa banyak soal, Syed Faiz menuruti.

**********
 



5 comments:

  1. wow!!makin panas ni.Cpt update ya cik penulis....

    ReplyDelete
  2. waaaa....ada saingan,
    x sabo nk tggu next n3,
    jgn lama sgt ye azfeen...

    ReplyDelete
  3. Cerita makin menarik. x sabar tunggu sambungan.

    ReplyDelete
  4. cik writer...
    tlg ler post new n3 cepat2. ntah baper kali dok ualng baca bab 23-24 ni. makin best & rasa makin tak sabar...

    ReplyDelete
  5. Mana sambungan bab 25? Takdok pongggg

    ReplyDelete