Bab 1 - 2

Bab 1

Hari ini merupakan hari pertama Nurul Ain bekerja di Venture (M) Corporation.  Baju kurung riau berwarna biru laut dan tudung Syria abstrak biru kelabu pilihan hati untuk hari melapor diri.  Usai dengan mekap ringkas,  di hadapan cermin setinggi  4 kaki, Nurul Ain isytiharkan dirinya dah pun bersiap.  Chaiyok! Chaiyok!  Dia tersengih sendiri.   Hmm…  Formal, kemas dan ringkas.  Sesuai  benar dengan kasut tutup tumit seinci setengah dan tote bag hitam (boleh muat banyak barang) yang dihadiahkan Mak Su Hanim dua hari lepas. 

Sesekali dia tersenyum sendiri teringat surat tawaran kerja yang diterima olehnya 2 minggu lepas.  Tuhan saje yang tau betapa bersyukurnya dia kerana mendapat tawaran kerja dalam masa yang agak singkat setelah majlis konvokesyennya berlangsung 3 bulan yang lalu.  Ia merupakan rahmat yang tak terhingga bagi fresh graduate sepertinya.

Dalam usia  23 tahun, dia terlompat-lompat dan menjerit gembira di  hadapan deretan peti surat yang terletak di tingkat bawah apartment Sri Kaseh.   Hilang malunya pada beberapa penghuni lain yang berlegar di situ. Ada yang tersenyum, ada yang memandang pelik, ada yang keningnya berkerut dan yang otai cuma menggelengkan kepala.  Posmen yang masih dok terkial-kial memasukkan surat penghuni-penghuni apartment yang lain tidak jauh darinya cuma tersengih dan dan mengucapkan tahniah padanya.  Tumpang gembira kot. 

Al-kisahnya oleh kerana tak nak menyusahkan ibu saudaranya, Nurul Ain nekad mencari kerja dengan usaha tahap gaban punya.  Hampir setiap hari dia pasti meniarap di tengah ruang  tamu siap dengan newspaper, pen dan buku nota kecik untuk catatan.   Semua yang tertera jawatan berkaitan pentadbiran dan kewangan ditanda, borang diisi dan semestinya Mak Su Hanim tolong hantar sebab dekat tempat kerja Mak Su Hanim ada pejabat pos mini.  Sesuai  gitu…

Kalau nak dikira, sekarang ni memang dah berlambak penganggur yang fresh graduate sepertinya.  Tak dinafikan memang  banyak projek yang kerajaan buat dalam usaha untuk membantu penganggur sepertinya tapi setakat duduk menunggu tapi tak berusaha, alamat sampai bila pun tak dapat kerja.  Saingan banyak.  Lainlah kalau mintak kerja guna kabel.   Paling tak pun bukak syarikat sendiri atau mak bapak punya syarikat.  Itu bagi yang memohon pekerjaan di syarikat swasta.  Kalau nak mintak kerja gomen (government), queue dahlah panjang dan itupun belum lagi ikut kuota pengambilan. Alahai…

Nurul Ain berkira-kira sendiri sejak itu.  Gaji yang ditawarkan agak lumayan dan paling confirm pun pukul rata setiap bulan dapat RM3200 dan tu belum buat kerja overtime seperti yang diarahkan atas kepentingan syarikat.  Tolak KWSP dan Perkeso masih ada lebih kurang RM 2800.  Dalam masa 6 bulan, tempoh percubaan tamat maka pengesahan jawatan akan dibuat.  Tambahan gaji  selepas pengesahan ada dalam RM400.  Belum lagi increment tahunan (ikut performance kot). Fuh!  Kayo mokcik!  Janji boleh tolong Mak Su Hanim  beli barangan keperluan rumah.  Mujur tak perlu bayar PTPTN.   Alhamdulillah, mungkin berkat doa arwah kedua orang tua dan ibu saudaranya,  otaknya kira genius gak. 

Nurul Ain menyanyi-nyanyi kecil keluar dari bilik menuju ke dapur.  Jam di dinding menunjukkan pukul  6:30 pagi.  Tak pe… Tak pe… Janji keluar dari rumah sebelum 7:00 pagi, pesan Mak Su Hanim sebelum bertolak ke Kuantan semalam.  Naik lrt tak perlu menempuh kesesakkan jalanraya so jimat masa.  Sempat sampai ke pejabat sebelum 7:45 pagi.  Canteekkk…

Air milo panas dan nasi goreng kampung yang dimasakkannya sebelum mandi dan solat Subuh tadi dipanaskan dan dihidang.  Doa dibaca dan sarapan pagi dijamah.  Kalau Mak Su Hanim ada, boleh sarap sekali.  Siap gossip pagi lagi.  Hari ini Nurul Ain terpaksa pergi ke tempat kerja sendiri memandangkan ibu saudaranya itu menghadiri seminar selama 3 hari bermula hari ini sehingga lusa, hari Rabu.  Tak jadi hal pun sebab semalam dia dah praktis bagaimana nak ke pejabat.

Tok! Tok! Tok!  Ketukan bergema di pintu apartment.

Nurul Ain bangkit dari kerusi  meja makan menuju ke ruang tamu lalu pintu dibuka.  Amiza tersengih di depannya dan kemudian terus melopong.

   “Wei… Napa?”  Tanya Nurul Ain yang pelik dengan mimik muka Amiza.  Dia berundur selangkah untuk memberi ruang kepada Amiza melangkah masuk.  Amiza, sahabat baikknya itu kemudiannya secara sukarela menutup pintu.  Dia memandang Nurul Ain atas bawah.
   “Lawanya ko, Ain.  Ko nak pi kenduri  ke,  lapor diri first day keje?”  Puji Amiza.  Fuh!  Kawan aku ni tak tau ke dia tu cantik? Lawa sokmo kawan aku nih. Badan sebijik sejibeng macam Scha Al-Yahya.  Pakai apa pun lawa, gerutu hatinya.
   “Ish!  Lawa apenye?  Ko ni…  Dah lah. Pi sarap kat dapur dulu.  Aku nak gosok gigi jap. Kot-kot ada yang terlekat kat celah gigi ni.  Nak tenyeh-tenyeh lipgloss sikit.”  Jawab Nurul Ain acuh tak acuh.

   “Dah siap sarap pun.  Ibu masakkan mee mamak tadi.  Dan nak dijadikan berita, the whole family dok hantar aku sampai depan pintu pagar rumah.  Macam nak pi naik kapal terobang plak. Terharu aku.  Ehem… Ehem..  Kena berdehem dulu sebelum berbalik pada topik asal.   Betul Ain… Ko ni tak tau aset sendiri.  Ko nampak comel nar pi lapor diri hari ni.”  Amiza mengekori Nurul Ain hingga ke pintu bilik air. 

Nurul Ain membiarkan Amiza bercakap sendiri.  Malas rasanya dengar benda yang sama sejak 5 tahun lalu, detik bermulanya persahabatan mereka.  Selepas membersihkan gigi tangannya pantas menenyehkan lipgloss agar bibirnya tidak kelihatan pucat.  Touch up!  Mak Su Hanim kata, time  belajar biarlah wajah polos so nampak macam pelajar.  Dah kerja kena bersolek biarpun ala kadar.  Nampaklah makin dewasa.

   “Ain!  Ko dengar tak?” Ulang Amiza.  Dia pasti benar Nurul Ain buat tak dengar dan lagi hampeh, buat bolayan.

   “Apenye?” Ujar Nurul Ain.  Dia keluar daripada bilik air dan membetulkan tudung serta kain baju kurungnya.

   “Aku kata hari tu time interview ramai pekerja lelaki kat situ dok curi-curi pandang ko.  Tu tak kira lagi yang datang temuduga.  Takde orang pulak nak tengok aku.  Hampeh betul!  Aku tak molek ke? Ko tak ambik pusing dari dulu sampai sekarangkan?”  Amiza menggeleng kepala, takjub dengan Nurul Ain.   Kalau gadis lain…  Lama dah bertanduk.

   “Habis tu macamana tak nak bagi orang tengok?”  Nurul Ain tersenyum.  Amiza dilihatnya memuncungkan mulut.  Tengah berfikir.

   “He… He…  Tak jumpe.  Tapi betul ko nampak sweet.  Siap pakai mekap lagi.  Bila pulak ko pi beli mekap ni?  Tak pernah nampak pun sepanjang kita belajar? Bukan jenama mahal pun.  Tapi kalau dah molek, molek jugak. ”  Tangannya membelek beg mekap jenama Avon di atas meja solek. 
   “Mak Su yang belikan.  Ni pun baru tengahari semalam Mak Su ajar tenyeh sana sikit.  Tenyeh sini sikit.  Kursus pendek.  Simple dan sesuai dengan keadaan, katanya.  Ok tak?”

Amiza mengangguk-ngangguk.  Giliran dia pulak berposing depan cermin. Tak nak nampak selekeh.

   “Mak Su pi mana? Senyap je?”  Topik bertukar.   Mata Amiza melilau mencari.
   “Selepas Maghrib semalam bertolak ke Kuantan.  Ada seminar sampai lusa so sampai lusa jugalah kita naik lrt.  Ko ok ke naik lrt?”

   “Daripada sakit kaki nak tekan pedal clutch dan sakit hati  dengan extra maki hamun lagi kat atas jalan raya, baik naik lrt.  Dah tentu hala jugak kita akan sampai ke officeAt least kalau lrt rosak, boleh salahkan lrt. Ramai-ramai kita lambat satu lrt.  Kalau lambat naik kereta sendiri, menjawab le kat boss.  Takkan nak salahkan kereta?”

   “Betul jugak.  Hmm…  Ok.  Dah siap dah.  Jom gerak.”   Nurul Ain keluar ke ruang tamu menjinjing tote bag dan kasut barunya yang diletak di bawah katil.    Amiza mengekornya dari belakang.  Leka Nurul Ain mengunci pintu grill dan apartment tetiba Amiza bersuara.

   “Ada tak pihak HR call ko petang Jumaat?” Amira bertanya. Teringat sesuatu.
   Call?  Tak de pun.  Missed call pun rasanya tak de. Napa?” Nurul Ain berpaling.  Kunci dimasukkannya ke dalam beg. 

   “Kita ada boss baru.”  Jawab Amiza pendek.  Dia sendiri pun tak pasti kenapa pihak HR telefon.  Adakah sekadar mewar-warkan dapat boss baru?  Mungkin!

   “Apa yang peliknya dapat boss baru?  Kita pun baru kan? Baru keje.”  Kata Nurul Ain sambil tersenyum.


Bab 2

Langkahnya bersahaja dan santai seolah-olah tahu seluruh mata tertumpu padanya.  Tiada reaksi pada wajahnya.  Sut berwarna smoky-gray tersarung kemas dan tampak bergaya pada tuan empunya badan. Tidak dinafikan dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, gayanya persis seorang model majalah GQ.  Tapi kenapa terasa seperti aura negatif dibawa bersama menerjah ke ruang legar (lobi)  bangunan 50 tingkat Venture (M) Corporation?

Ikhwan Iman melangkah terus menuju ke lift di sebelah timur bangunan kerana di bahagian yang sama
itulah pada aras  49 terletaknya pejabat Pengarah Besar Urusan, arah hala tujunya.  Sementara
menunggu, matanya memerhati keadaan disekelilingnya.  Dilihatnya ramai para pekerja juga menunggu giliran menaiki lift untuk ke tempat bertugas masing-masing.  Mungkin ada yang bertugas di aras yang sama dan mungkin ada yang bertugas di aras yang berlainan.  Terdapat 10 lift  di situ dan tiada seorang pun yang berdiri berhampirannya untuk menaiki lift yang sama.  Jam pun baru menginjak ke pukul 7:35 pagi.  Banyak masa lagi sebelum waktu pejabat bermula.

Leka dengan keadaan sekeliling,  Ikhwan Iman terlupa sebentar dengan keserabutan fikirannya sejak 2 minggu yang lalu.   Beria-ia benar Mama menyarankan dia memegang jawatan Pengarah Besar Urusan di Venture (M) Corporation.    Urusan di Ikhwan Holdings pun dah banyak dan adakalanya rumit, inikan pula menguruskan Venture (M) Corporation?   Papa cuma bersetuju dan alasan clichenya, Papa sayang Mama lebih, so kena dengar cakap isteri.   Alasan Mama?  Mama kata Ikhwan Holdings dah terurus dan tiada cacat celanya.  Keuntungan pun meningkat 6 percent pada suku pertama tahun ini.   Lagipun kata Mama, tiada yang mampu menguruskan Venture (M) Corporation sebaik anak terunanya, Ikhwan Iman.

Ingat lagi Ikhwan Iman dengan urusan pengambilalihan Venture (M) Corporation setahun yang lepas.  Keadaan syarikat agak terumbang-ambing sejak kematian Datuk Abdullah dan isterinya dalam nahas kapal terbang  di Jepun.    Apa yang pasti ketiadaan waris telah mengundang perebutan pelbagai pihak dan sebagai pemegang saham yang terbesar,  Papa mengambil keputusan untuk mengambilalih dan menguruskan sendiri Venture (M) Corporation atas sebab menjaga kepentingan dan kebajikan para pekerja dan pelaburan  Ikhwan Holdings.  Kenapa tidak Irdina Iman, satu-satu adik kandungnya untuk menguruskan Venture (M) Corporation?

Sejam kemudian…

Ikhwan Iman meneliti salah satu fail yang tersusun dan tersedia untuknya di atas meja.  Ada 6 fail kesemuanya.  Hmm…

Keadaan pejabat agak kecik berbanding pejabatnya di Ikhwan Holdings, tapi bukan kerana Ikhwan Holdings itu miliknya memandang nama syarikat serupa dengan namanya.  Syarikat itu milik arwah datuknya iaitu Tan Sri Md Ikhwan Shah kemudian diserah pengurusannya kepada Papa seterusnya kepada dia, waris terkini.

Susun atur pejabat secara keseluruhanya kemas dan sesuai dengan pemilik asal namun Ikhwan Iman bercadang untuk melakukan beberapa perubahan untuk kemudahan dirinya.

Tut! Tut!  Telefon berwarna putih bordering di tepi sudut meja.  Ikhwan Iman mengangkat dan sangkaannya betul.  Kedengaran suara Mama memberi salam di hujung talian.

   “Dah sampai dah?” Tanya Puan Sri Mardinah, berbasa-basi.
   “Tadi lagi abang dah sampai, Mama.  Before 7:45 am.”  Jawab Ikhwan Iman ringkas.
   “So anak teruna Mama dah start sibuk?”  Puan Sri Mardinah mengagak pasti anak terunanya itu dah mula bekerja.  Tanpa bersarapan.

Ikhwan Iman mengukir senyuman. Mama…

   “Panas badan untuk seminggu dua ni rasanya.  Abang kena tengok semua fail-fail KIV sementara menunggu nak ke bilik perbincangan.” Tangannya sibuk mencatat sesuatu di atas organizer sebelum dipindahkan untuk dimuat turun ke iPad nanti.
   “Mesyuarat?”
   “Tak.  Tadi abang dapat jemputan ke bilik perbincangan.  Tak kata pulak bilik mesyuarat.  Abang ingatkan baru nak buat mesyuarat Isnin depan.  Minggu ni abang cuma nak setiap pegawai bahagian yang bertanggungjawab sediakan laporan untuk tempoh 6 bulan lepas.  Next week will be the starting point. ”
   “Hmm…  Abang jangan garang sangat dekat pekerja situ.  Risau Mama.” Pesan Puan Sri Mardinah buat sekian kalinya sejak malam tadi.   Risau dan masak benar dia dengan fi’il anaknya itu.
   “Bukan garang, Mama.  Tegas.” Ujar Ikhwan bersahaja.
   “Mama prefer garang sebab staff kat sini kecut perut selama bekerja dengan abang.  Baru sekejap tadi Mama dengar sok sek-sok sek tentang abang.  Lega agaknya abang tak bertugas di sini buat sementara waktu.”
   “Mereka honeymoon sebab boss yang demanding dah kena TRANSFER.” Sengaja ditekankan perkataan transfer untuk mengingatkan Mama.  Bukan atas dasar nak berkurang ajar, tapi protes sikit. Tak salah kan?

Puan Sri mengeluh pendek.  Bunyi macam protes tu...

   “Hmm…  Abang kena berehat.  Bukan Mama dan Papa tak berterima kasih dengan usaha dan komitmen yang abang lakukan di Ikhwan Holdings.  Mama dan Papa bersyukur sangat.  Tapi keadaan kita  baik dan selesa dah.  Venture (M) Corporation yang perlukan abang. Mama tau abang mampu membuatkan  Venture (M) Corporation stabil semula.  Selain tu, Mama nak abang berehat dan bersosial sikit bila bertugas di situ.  Skop tugas yang tanggungjawab agak kecik so abang ada masa untuk diri sendiri.”
   “Maksud Mama?”  Pen di tangannya diletakkan. Badannya disandar ke kerusi.   Kata-kata Mama ada yang tersurat tapi yang tersirat belum tau lagi.  Ikhwan Iman menggaru dagunya yang tak gatal.  Janggut pun tak de sebab dah bercukur awal pagi tadi. 
   “Ada tak yang berkenan di hati?”  Spontan soalan cepumas keluar daripada mulut Mama.

Ikhwan Iman mengambil keputusan  untuk menepis soalan Mama dengan ala-ala Capten America.  Siap dengan perisai.

   “Mama…  Abang pun baru masuk kerja dan  apa yang nak diberkenan? Bangunan? Nampak ok. Keadaan pejabat?  Abang belum boleh komen.   Kena meronda setiap tingkat dulu.  Bilik pejabat Pengarah Besar Urusan ok, cuma abang nak buat change sikit tapi bukan masa yang  terdekat.  Yang abang berkenan setakat ni,  fail putih sebanyak 6 buah kat atas meja dan I’m looking into one of it.”
   “Hmm… Taktik mengelak kali ni abang nak guna apa pulak?” Puan Sri Mardinah merungut.  Ada saja tepisan dan flying kick daripada Ikhwan Iman.  Belum paksa lagi, baru nak usha-usha bertanya.
   “Sekarang ni filem Avengers lah, Mama.  Adek Dina kan pernah cakap body abang macam Capten America.  Jadi abang kira kali ni nak jadi dia pulaklah.” Usik Ikhwan Iman.  Terbayang-bayang di matanya, Mama pasti mengetuk pen di atas meja.  Geram!  Ikhwan Iman tersenyum sendiri.

Puan Sri Mardinah mengetuk pen Sheaffer dakwat basah di meja.  Bijak, bijak jawapannya. 

   “Mama tau…  Sama je adik beradik.  Abang lain, adik lain.  Dah sarapan?”
   “Tak sempat.  Tapi P.A abang bagitau tadi ada kudapan kejap lagi selepas urusan kat bilik perbincangan.   Lunch nanti abang ke Ikhwan Holdings.”
   “Ok kalau macam tu.  Abang nak ke sini?  Ada masalah ke yang Mama perlu tau?” Puan Sri Mardinah kehairanan.
   “Jangan risau, Mama.  Tak de masalah.  Abang nak ajak Adek jumpa contractor untuk projek bulan lepas.  Selepas ni abang akan serah kat adek dan biar dia uruskan.  Lagipun projek tu pun dah 10 percent berjalan.  Kita cuma perlu pantau sebaik mungkin.”
   “I see.  Okay then.  Mungkin adek boleh belajar lebih cepat dengan cara ni.  Be home tonight for dinner.  Don’t be late.”
   “Alright, Mama.  Abang ke sana selepas Maghrib.  Assalamualaikum.”
   “Waalaikumsalam.”

Talian diputuskan.   Ikhwan Iman menyambung semula kerjanya yang terdelay sebentar tadi.  Mama…  Mama…  Risau dan ideanya tidak pernah berkesudahan mahupun kering.  Ada-ada saja.

Tok! Tok! Pintu pejabatnya diketuk.

   “Masuk!”  Nada suara Ikhwan Iman bertukar.  Agak keras dan tak mesra. Suara seorang majikan, kata adiknya.

Puan Khatijah masuk dan menuju ke meja Pengarah Besar Urusan barunya.  Segaris senyuman formal terukir untuk menyedapkan rasa tak sedap hatinya.

   “Selamat pagi, tuan.  Rasanya dah sampai masanya tuan.  Semua dah sampai di bilik perbincangan dan sedang menunggu tuan. ” Puan Khatijah seraya P.A mengingatkan majikannya.  Antara tugas utama.
   “Ok.  Terima kasih.  Show me the way.”  Ikhwan Iman mengangguk kepalanya sedikit.  Dia bangkit membetulkan sut baru yang dibelikan oleh adiknya, Irdina Iman minggu lepas.
   “Baik, tuan.  Arah sini.” Puan Khatijah menunjukkan arah.  Ikhwan Iman menuruti langkah P.A nya itu.

[Bab 3-4]

2 comments: