Bab 21 - 22

Bab21

Di Ikhwan Holdings…

Jari jemarinya ligat menaip menghantar SMS kepada Nurul Ain, P.A yang paling sempoi dalam sejarah hidupnya.

           Bt pe? 

Agak lama SMS yang dihantar tidak berbalas.  Ikhwan Iman tidak senang duduk. Akhirnya…

                 Boss…  Sy tgh bt keje.

Ikhwan Iman tersenyum.

            Ooo… Keje apa?
                 Aik? Boss tgglkn byk msg atas meja sy ni.
            Iye ke?
                 Boss... Sy bz. Bye.

Ikhwan Iman mencerlungkan matanya melihat skrin telefon.  Tiada sesiapapun pernah mematikan panggilan telefon daripadanya, menamatkan SMS daripadanya ataupun tidak menjawab langsung panggilan telefon mahupun SMS daripadanya.  Nurul Ain adalah manusia pertama di mukabumi ini.

Dia mengetuk skrin telefon di tangannya, geram.  Baru sahaja dia  berkira-kita untuk mendail  nombor telefon Nurul Ain , Puan Sri Madinah menyentuh lembut bahunya.
           
   “Eh, Mama?”
   “Siapa lagi…  Ni Mama tengok abang macam nak makan je telefon ni, kenapa?”
   “Err…  Nothing.”
   “Hmm… Mana Dina?  Mama nak ajak abang dan adek breakfast.  Papa pun nak join sekali. ” Tanya Puan Sri Mardinah sambil membetulkan letak tudung dibahunya.
   “Adek baru je pergi breakfast dengan Fairuz.”
   “Abang?”
   “Dah.  Sampai kat office tadi terus breakfast before ke sini.” Matanya masih tertancap pada skrin telefon.

Puan Sri Mardinah melihat jam di tangan kirinya.  Jam menunjukkan pukul  0945 pagi.  Mesyuarat dijadualkan 1030 pagi.

   “Abang sampai ke pejabat jam berapa?”
   “Tujuh empat puluh pagi.”
   “Awal?”
   “Abang  tadi breakfast kat office.  Janji dengan kawan.”
   “Janji dengan siapa?”  Puan Mardinah ingin tahu.  Syarini?
   “Janji dengan kawan.  Kawan kat pejabat.”
   “Hmm…  Breakfast kat mana?  Kafe?”

Gulp! Ikhwan Iman meletakkan telefon bimbit ke riba.  Biarpun melalui adiknya, dia mengetahui tentang komplot keluarganya, namun apabila melibatkan soal mengenai hati, perasaan dan kehidupan peribadinya, dia agak segan.

   “Abang?”
   “Iye, Ma.” Lambat-lambat Ikhwan Iman menjawab.
   “Kenapa abang nampak lain macam je ni? Mama tanya je, bukan nak makan abang.” Kata Puan Sri Mardinah apabila dilihat anak terunanya terkedu.  Sedikitpun tidak mengesyaki apa-apa.

Telefon bimbit di dalam tas tangan Puan Sri Mardinah berbunyi  tanda panggilan masuk.

   “Ni mesti Papa kamu ni…” Ujar Puan Sri Mardinah.  Bunyi deringan yang telah  disetkan untuk suaminya.

Ikhwan Iman yang duduk di sofa mendongakkan kepalanya melihat ibunya.

Puan Sri Mardinah memberi  tanda isyarat menunjukkan arah bilik pejabat suaminya dan terus melangkah meninggalkan Ikhwan Iman sendirian.

Dengan pantas tangan Ikhwan Iman  mencapai telefon bimbitnya semula.  Nurul Ain!


Di Venture (M) Corporations…

Nurul Ain sedang memasukkan salinan laporan ke dalam fail ketika SMS daripada majikannya menerjah masuk.  Senyuman terukir dibibirnya.

Sejak tadi telefonnya tidak henti-henti berbunyi tanda kedatangan SMS.  Meriah pagi Isnin, selamat tinggal Monday Blues.

Butang SMS ditekan.  Teks SMS daripada majikannya terpapar.

            Bt aper?

Berkerut dahi Nurul Ain membaca teks SMS di telefon bimbitnya.  Biar betul…

                 Boss tya sy tgh bt ape? Tdo.
            Huh?
                 T.I.D.O.
            Awk tdo? Sapa nk bt kerje?
                 P.A boss lah.
       
Selepas Nurul Ain menghantar teks SMS terakhir, majikannya senyap.

            Sapa P.A sy?
                  Ada org lain lg ke?
           Who?
                  Sy lh...  Boss tya mcm tu so sy jwb sy tdo.  Sy tgh bt kerja tp terpaksa jwb SMS dr boss.
            ; D.

Nurul Ain menjelirkan lidahnya. 

   “Lepas makan sarapan pagi tadi terus mereng ke boss ni?  Keracunan ke?” Nurul Ain meletakkan tangan kanannya di perut.  Telefon bimbit di tangan kirinya berbunyi.

            Err… Lunch sekali?

Nurul Ain menggigit bibir.  Jawab ke tidak?

                 Sy kenyang lg.
            Skrg kenyang.  Jm 1 nnt awk msti lapar.
                 Sy dh janji dgn Miza lh, boss.
            ; D. Bwk Miza sekali.
                 Hihihihi.  Orait. Kat mana?
            2B continued.  Bye.

Tiada lagi SMS daripada majikannya.   Nurul Ain menggelengkan kepala dan sebagai kesimpulan, majikannya  memang  tidak begitu  siuman hari ini.


Di Ikhwan Holdings…

Ikhwan Iman tergelak besar kerana berjaya membalas perbuatan Nurul Ain.  Telatah Ikhwan Iman mengundang perasaan ingin tahu Hanima yang berada di pintu masuk pejabat dengan fail sarat di tangan.

   “Tuan?”

Bingkas Ikhwan Iman menoleh.  Dia kemudiannya tersipu-sipu sendiri.

   “Err…  Ya, saya…  Kak Hanim.”
   “Ni fail yang Puan Sri mintak tadi.  Tuan nak tengok dulu?”  Hanima melangkah masuk ke pejabat.  Tiga buah fail ditangannya diserahkan kepada Ikhwan Iman.
   “Terima kasih.  Nanti saya tengok.  Jam 1030 mesyuarat kan?”
   “Ya.  Ada apa-apa lagi ke yang boleh saya bantu?”

Ikhwan Iman terdiam.  Akhirnya…

   “Saya cuma nak berterima kasih banyak-banyak kepada Kak Hanim.  Terima kasih.”

Hanima memandang anak teruna majikannya dengan pandangan pelik.

   “Benda kecik ke, tuan.”

Ikhwan Iman mengukir senyuman.

   “Kalau takde apa-apa, saya keluar dulu.”  Hanima meminta diri.  Ganjil melihat Ikhwan Iman dengan mudah mengukir senyuman dan berbeza daripada sebelum ini. Haram!

Hanima kembali ke meja kerja dan duduk diam tanpa bergerak sejenak.

   “Terima kasih banyak-banyak?  Cari fail dan hantar fail pun berterima kasih banyak-banyak?  Nampaknya anak teruna Puan Sri dah banyak berubah.” Hanima berkata sendiri.

**********
 
Mesyuarat berjalan dengan lancar dan keputusan yang dibuat berjaya menguntungkan dan memuaskan hati kedua-dua pihak dan janji termeterai. Masing-masing  bersiap menuju ke Cozy Corner untuk menjamu selera.

   So abang nak uruskan?” Tanya Tan Sri Md Ghazali kepada anak lelakinya.

Ikhwan Iman yang baru mengaktifkan telefon bimbitnya mengangkat muka.

   “Ikut Papa lah.  Abang tidak menjadi masalah.  Cuma abang akan adakan mesyuarat untuk melantik ahli yang akan bertanggungjawab ke atas projek ini dalam masa terdekat.”
   “Adek?” Irdina Iman merujuk kepada dirinya sendiri.
   “Adek yang akan in-charge.  Abang akan bantu di belakang tabir.  Tugas di Venture (M) Corporations pun dah banyak sekarang.”

Tan Sri Md Ghazali memandang tepat ke wajah Ikhwan Iman.  Ada sesuatu …

   “Abang bersiap-siap ni nak ke mana? Tak lunch sekali?”

Ikhwan Iman memandang adiknya.  SOS!

   “Adek nak ajak abang lunch kat restoran kawan adek yang baru bukak dua minggu lepas.  Adek dah janji dengan kawan adek, tapi nak mintak abang temankan.” Kata Irdina Iman.

Puan Sri Mardinah yang menjadi pemerhati setia sejak tadi bersuara.

   “Hmm…  Tadi breakfast dengan kawan.  Lunch pulak dengan kawan.  Siapa kawan kepada abang dan adek ni?” Duga Puan Sri Mardinah.

Kedua-dua anaknya saling berpandangan.

   “Err… Kawan adek satu universiti dulu.”  Tersekat-sekat suara Irdina Iman menjawab.
   “Abang pun kenal.”  Sampuk Ikhwan Iman, menyokong.

Tan Sri Md Ghazali memandang isterinya penuh makna. Kenapa?

   “Papa dan Mama kenal ke dengan kawan abang ni?  Kawan adek ni?” Tan Sri Md Ghazali berminat untuk bertanya.

Oleh kerana terkejut dengan pertanyaan ayahnya, hampir-hampir sahaja telefon bimbit di tangannya terlepas daripada gengaman.  Ikhwan Iman mengurut dada.  Irdina Iman cuba menahan tawa melihat kekalutan abangnya.

Tiba-tiba telefon dipoket seluar Ikhwan Iman berbunyi.  Tangannya lantas mengeluarkan telefon yang pada kebiasaannya digunakan untuk urusan pejabat dan nama Syarini tertera di skrin. Terasa ralat untuknya menjawab.

Ikhwan Iman memandang adiknya.  Pandangan yang mengatakan pemanggilnya bukan orang yang dinantikan.

   “Abang tak nak jawab ke?” Tanya Tan Sri Md Ghazali kehairanan.
   “Err… Jawab, Pa.”

Butang  untuk menjawab panggilan telefon ditekan.

   “Assalamualaikum. Boss busy sangat ke?”
   “Waalaikumsalam.  Tidak juga.  Err…  Kenapa, Sya?” Tanya Ikhwan Iman perlahan.
   “Dalam half an hour  I singgah pejabat you.  Kita lunch?”
   Half an hour?  Lunch?  Saya di Ikhwan Holdings.”  Ikhwan Iman memandang adiknya yang masam mencuka.
   That’s great.  I’ll be there in ten minutes.”
   “Err… I lunch dengan parents.  Rain check?”  Dalih Ikhwan Iman.  Adiknya kembali tersenyum.
   Well…  Okay then.  Rain check.  You setkan date nanti?”
   Insya-Allah.  See you then?”
   Okay.  See you then.”

Talian dimatikan.

Tan Sri Md Ghazali yang bangun daripada kerusi mengerut kening.

   “Bukan ke abang dan adek nak makan dengan kawan?” Tanya Tan Sri Md Ghazali.  Pelik.

Irdina Iman tersengih.

   “Abang bohong.  Bohong sunat.” Kata Irdina Iman selamba.

Belumpun sempat Ikhwan Iman menangkis kata-kata adiknya, satu lagi telefon bimbitnya berbunyi.  Kali ini Ikhwan Iman tersenyum spontan.  Nurul Ain!

   “Assalamualaikum.”  Kali ini Ikhwan Iman yang memberi salam bukan si pemanggil.
   “Waalaikumsalam, boss.  Jadi ke ajak saya dan Miza lunch?”
   “Jadi.  Kan SMS tadi kan?”
   “Baru baca.  Meeting okay tak?  Dapat  deal?”
   “Alhamdulillah.  Takde ucapan tahniah?”
   “Mesti…  Congratulation.  Sapa yang taip?  Saya kan?”
   “Terima kasih banyak-banyak.  So, kita lunch?”
   “Set.  Boss belanja.”
   “Kerja dah siap?”
   “Dah.  Baru je.  Nanti boss kena check dulu. Mana tau ada amendment?”
   Noted.  Letak atas meja.  Saya nak hala ke pejabat dah ni.”
   “Okay.”
   “Okay.”

Puan Sri Mardinah kasihan memandang suaminya seperti  kehilangan punca dengan kedua-dua anaknya.

   “Abang dan adek lunch di luar kan?” Tanya Puan Sri Mardinah bersahaja.
   “Ha’ah, Ma.” Jawab Irdina Iman.
   “Kirimsalam dengan kawan abang.  Kawan adek pun sama.  Senang-senang bawak ke rumah.  Papa pun nak kenal jugak.”
   “Err… Insya-Allah, Ma.” Giliran Ikhwan Iman bersuara.

**********
 
Shah Fairuz sedang duduk di bangku berhampiran kereta mengikat tali kasut ketika Syarini menyapanya.

   “Fairuz? I dah agak you tadi.  I ingat I silap orang.” Tegur Syarini apabila Shah Fairuz mengangkat muka.
   “Sya? Eh, you buat apa kat sini?” Shah Fairuz agak terperanjat dengan kehadiran Syarini apatah lagi berdekatan dengan kawasan pejabatnya.

Jangan-jangan…

   “La… I nak jumpa Ikhwan ajak lunch tadi tapi unfortunately  dia ada date dengan his parents,  so  here I am.  You nak ke mana?” Tanya Syarini.  Harapannya moga dapat teman untuk makan tengahari bersama.  Agak bosan makan tengahari berseorangan sejak kebelakangan ini.
   I? I nak jumpa Dina.”
   “Dina? I kenal ke?”
  “Si Chubby Dina, adik Ikhwan.  The one and only.  Dia ajak I lunch, so sama macam you, here I am, ready to go.” Ujar Shah Fairuz dengan harapan dapat menamatkan perbualan yang tidak disengajakan itu.

Syarini diam. 

   “Fairuz, I nak tanya you sesuatu, boleh?”

Shah Fairuz mengangguk.

   “I teruk sangat ke?”

Pertanyaan Syarini kali ini memang di luar jangkaannya.

   “Maksud you?”

Syarini cuma tersenyum.  Dia menarik nafas panjang.

   “Baik you cepat.  Nanti marah buah hati you.  Kejap lagi jalan pun start sesak.” Syarini mengingatkan Shah Fairuz.
   “Tapi, Sya…” Perasaan serba salah menyelubungi dirinya.
   Don’t worry.  I’ll be okay.  I pun nak ke kereta ni.”
   “Betul ni?” Tanya Shah Fairuz kurang pasti.
   “Betul…  I pun nak gerak dah ni.  Lambat gerak tersekat dalam kesesakan jalanraya nanti.”

Shah Fairuz mengangkat tangan menyentuh lengan Syarini yang dibaluti baju kebaya nyonya.

   Well, see you later.  I pergi dulu.  Kita jumpa nanti.”

Syarini mengangguk.  Kereta Honda Civic Hybrid di hadapannya meluncur laju dan Shah Fairuz sempat melambai  tangan ke arahnya.  Perlahan Syarini membalasnya.

   “Hmm… Siap lagi yang boleh temankan aku lunch ni?” Syarini bertanya sendiri.

Kakinya melangkah ke kereta.

**********

Telefon di bucu meja yang berdering dengan nyaring diangkat gagangnya.

   “Selamat tengahari, Venture (M) Corporations. Apa yang boleh saya bantu?” Dengan sopan Nurul Ain menyambut panggilan telefon.  Tangan kirinya sibuk menyimpan pen dan klip kertas ke dalam bekas pensil.
   “Err… Selamat  tengahari.  Err…  Saya bercakap dengan Nurul Ain ke?”
   “Ya, puan.  Saya Nurul sedang bercakap.  Boleh saya tahu siapa di talian?” Berkerut kening Nurul AIn mendengar namanya disebut pemanggil.
   “Saya Syarini, kawan Ikhwan.  Kenal lagi?” Syarini memperkenalkan dirinya.

Senyuman terukir di bibirnya.  Siapa tidak kenal dengan kawan majikannya yang bergaya seperti model itu?

   “Oh, Cik Sya…  Kenal.  Tapi boss tiada di office sekarang ni.  Dia di Ikhwan Holdings.”
   “Hmm… Saya  dah call boss Nurul tadi.  So Nurul dah nak lunch?”
   “Ha’ah.  Cik Sya boleh tinggalkan mesej untuk boss kalau ada apa-apa.”
   “Err… Tak.  No message for him.  Actually, saya nak ajak Nurul lunch.  Nurul free ke?”

Nurul Ain memandang telefon di tangannya.

   “Cik Sya nak ajak saya makan?” Nurul Ain mengulang kembali pertanyaan Syarini.
   Yup.  Saya terasa sunyi pula nak makan tengahari sorang-sorang.” Ujar Syarini berterus terang.

Alahai…  Nurul Ain terasa serba salah mendengar kata-kata Syarini.  Tetapi janji dengan majikan yang juga Pengarah Besar Urusan syarikat mesti dikotakan.  Nurul Ain menarik nafas panjang.

   “Saya mintak maaf banyak-banyak, Cik Sya.  Saya dah janji dengan kawan.  Dia nak belanja.  Nak batalkan pun agaknya dia dah tunggu kat lobi sekarang ni.  Err… Kalau macam ni...  Haa... Cik Sya boleh join sekali. Meriah sikit.” Pelawa Nurul Ain.
  
   “Saya? Join? … Tak pe, Nurul.  Lain kali?”
   “Betul Cik Sya tak nak join sekali?”
   “Betul. Tak pe.  Kita janji kemudian je.  Boleh kan?”
   “Hmm…  Okay.”
   “So…  Kirim salam dengan Ikhwan.  Bye.”
   “Bye.”

Perbualan telefon ditamatkan. 

Nurul Ain meletakkan gagang telefon di tempat asalnya.

   “Kenapa boss macam tau-tau Cik Sya akan telefon ke sini?” Nurul Ain berkata sendiri.  Teringat dengan pesan majikannya di dalam teks SMS yang sampai setengah jam sebelum mendapat panggilan daripada Syarini.

Nurul, klu dpt call dr outsider, please tell him/her, sy di Ikhwan Holdings.

   “Apa-apalah, boss.” Nurul Ain menggeleng kepala sambil mengakui memang majikannya berperangai pelik sejak kebelakangan ini.

Tiba-tiba telefon bimbitnya pula berdering. Nama BOSS GARANG tertera.

    “Nurul, awak kat mana? Miza je saya nampak.” Suara Ikhwan Iman menerjah masuk membingitkan telinga. Segera Nurul Ain menjarakkan telefon bimbit dari telinganya.

   “Ish! Kuat betul.” Rungut Nurul Ain. 

Dia kemudiannya menggigit jari telunjuk mencari idea untuk mengajar subjek adab di telefon kepada majikannya. Kursus pendek.
  
   “Assalamualaikum, boss.” Sengaja Nurul Ain memberi salam.
   “Err…  Wa’alaikumsalam.” 
   “Boss dah sampai?” Lembut Nurul Ain tertanya.
   “Ya.  Ya, baru sampai.  Err…  Awak kat mana, Nurul?” Tersekat-sekat Ikhwan Iman menjawab. Suara tidak meninggi lagi.

Nurul Ain menutup mulutnya menahan ketawa, geli hati.  Tidak susah untuk mengajar majikannya cara beradab di telefon.

   “Saya kat atas lagi.  Tadi ada panggilan telefon so saya tak sampai hati tak angkat.  Ni saya nak gerak dah depan lif.”
   “Err…  Ok.  Saya dan Miza ada kat parking.”
   “Okay, boss.

Sejurus selepas talian dimatikan, tawa Nurul Ain meletus.


Bab22

Ikhwan Iman mundar-mandir di bilik pejabatnya.  Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke depan. 

   “Dah seminggu Nurul tolak bila aku ajak makan tengahari.  Dia ke mana?”  Rungut Ikhwan Iman. Tangannya meraup muka.

   “Semalam pun dia lunch kat luar. Berapa hari dah? Selasa…  Tu pun minggu lepas.  Hari ni dah Rabu. Hmm…  Seminggu tambah Sabtu dan Ahad.  Sembilan hari.”  Kali ini tangannya memicit dahi.    

Panggilan dijawab, SMS pun dibalas dengan baik oleh Nurul Ain tapi jawapan yang diterimanya bukan yang terbaik sepanjang minggu ini.

   “Dia keluar dengan sapa? Miza?” Ikhwan Iman mencekak pinggang.

Ikhwan Iman mendekati meja dan jarinya menekan butang interkom.

   “Nurul, masuk ke pejabat saya sekejap.”
   “Baik, boss.”

Ikhwan Iman berlari anak menempatkan dirinya di  tingkap.  Gaya mesti ada…

Pintu terkuak setelah diketuk beberapa kali.

   “Boss.”

Nurul Ain melangkah masuk menuju ke tempat majikannya berdiri.  Dia memandang butang di baju kemeja majikannya.

   “Awak makan kat mana tengahari ni?” Tanya Ikhwan Iman.

Nurul Ain mengangkat mukanya sedikit namun matanya masih enggan memandang majikannya. Huh?

   “Makan? Tapi saya ingat…”
   “Ingat apa?”
   “Boss panggil sebab nak marah pasal faks pagi tadi.”
   “Oh…  Pagi tadi tu?  Dah selesai?” Tanya Ikhwan Iman, ingin tahu.
   “Saya called Manila.  Dah diterima.”  Nurul Ain mengangguk.
   “Kalau masalah datang daripada pekerja, memang  tidak syak lagi saya akan… Err… Marah, macam awak kata.  Tapi ini masalah machine, so ganti baru.  Lagipun saya dah email.  Faks tadi cuma susulan.”

Nurul Ain diam.  Baik jugak makhluk Allah ini, kata hatinya.

Ikhwan Iman memasukkan tangannya ke dalam poket. 

   “Awak makan kat mana nanti?” Kembali ke misi utama.
   “Huh? Makan? Oh, makan.  Saya makan dengan Miza.”
   “Bukan dengan kawan?” Tanya Ikhwan Iman, menduga.
   “Makan dengan Miza.  Hari tu, makan dengan kawan.”
   “Eh, Miza tu bukan kawan awak?” Ikhwan Iman berasa pelik.

Nurul Ain tersenyum.

   “Miza tu kawan baik.  Yang saya temankan tu kawan.  Baru kawan.”

Hati Ikhwan Iman bagai digaru-garu, gatal untuk bertanya siapa gerangan kawan baru kepada  P.A terjun nya, bukan bidan terjun.  Tapi peluang untuk makan bersama Nurul Ain lagi utama.

   “Kita makan sekali.” Akhirnya terluah jua apa terbuku di hati.
   “Boss nak makan dengan saya dan Miza?” Nurul Ain menunjuk jari telujuk ke arah dirinya sendiri.
   “Tak boleh?”
   “Err…  Makan kat tempat biasa-biasa je, boleh?” Nurul Ain serba salah.  Apa kata pekerja lain kalau Pengarah Besar Urusan makan dengan P.A?  Naya…
   “Laa… Kat kafe bawah kan?”
   “Ha’ah.  Tapi boleh ke… Boss yang macam boss sekarang ni makan kat kafe?” Nurul Ain cuba memberikan sebab terlogik.
   “Nurul…  Saya yang luluskan permohonan tender kafe tu kan?”

Untuk sekian kalinya Nurul Ain mengangguk.

Ikhwan Iman mengambik kesempatan ini untuk menatap wajah bersih Nurul Ain.  Jarang benar dapat bertentang  mata dengan pemiliknya.

   “Kenapa awak jarang pandang saya kalau saya bercakap?”
   “Huh?” Nurul Ain mengangkat muka terkejut dengan pertanyaan pelik majikannya. Mata mereka bertentangan, sekejap.  Nurul Ain kembali memfokuskan pemandangann pada butang kemeja majikannya.
   “Awak pandang bahu saya.  Kalau tak pun butang teratas baju kemeja saya macam sekarang ni.”

Agak lama juga dia tidak mengusik P.A  paling cute di Venture (M) Corporations.   Ikhwan Iman melangkah ke depan selangkah.  Sengaja Ikhwan Iman menggiatnya.  Secara automatik  Nurul Ain berundur selangkah ke belakang. 

   “Kenapa awak berundur, Nurul?”
   “Saya berundur sebab boss maju ke depan.  Sempit.”

Ikhwan Iman tunduk mendekatkan mukanya sedikit  untuk membuatkannya bertentang mata dengan Nurul Ain.  Terbuntang besar mata Nurul Ain.

   See?  Susah sangat nak tengok saya bila bercakap.”
  
Nurul Ain menelan air liur.  Hanya Tuhan tahu degupan jantungnya pada tika dan saat ini.

   “Esok sarapan apa?”

Nurul Ain mengelipkan matanya beberapa kali.  Kembali ke situasi semasa.

   “Boss nak makan apa?”
   “Saya nak makan nasi lemak, sambal kerang.”
   “Kerang?  Tak sempat.  Kerang kena beli. Tukar sambal sotong boleh?” Lancar dan petah Nurul AIn berkata-kata.  Lupa sebentar dengan situasi mereka.

Ikhwan Iman menegakkan badannya.  Dahinya berkerut.

   “Sotong?”

Nurul Ain tersengih.

   “S.O.T.O.N.G.” Dia mengeja.
   “Bolehlah.” Ikhwan Iman mengusap dagunya.
   “Kalau tiada apa-apa saya keluar dulu, boss.”

Baru sahaja Nurul Ain berpaling untuk melangkah, Ikhwan Iman bersuara.

   “Kawan baru awak tu lelaki ke perempuan?”
   “Perempuan.” Jawab Nurul Ain pendek.
   “Err…  Siapa?”

Senyuman terukir di bibir Nurul Ain.

   “Cik Sya.  Cik Syarini, kawan boss.”

Ikhwan Iman tersentak.

**********

Syarini mengerut kening.

   “Nak pakai macam mana ni, Nurul?”

Nurul Ain mengambil tudung daripada tangan Syarini.

   “Macam ni.  Mula-mula, Cik Sya pakai anak tudung ni macam ni. Kan kemaskan?  Tengok-tengok kalau ada rambut terkeluar ke.”  Nurul Ain memperkemaskan pemakaian anak tudung menutup rambutnya.

Syarini penuh kusyuk memerhati.  Gadis yang sedang berdiri di cermin itu memang cantik tanpa tudung mahupun bertudung.  Perwatakkannya yang mesra dan menceriakan memberi impak positif kepada sesiapa saja di sekelilingnya.

Nurul Ain membelek tudung ditangannya dan memegang tanda harga yang masih terlekat pada tudung.  Ya Rabbi…

   “Fuh!  Mahal tudung ni?”
   “Mahal?”
   “Hmm…  Harga ni memang mahal bagi saya, Cik Sya.  Tapi untuk Cik Sya, okay kot.  Seratus peratus okay. Err… Cik Sya ukur saiz dulu tak sebelum membeli?”

Syarini menggeleng kepala.

   “Ada saiz ke?  Ukur kat mana?” Tanya Syarini berminat.
   “Macamana Cik Sya beli?” Tanya Nurul Ain kembali.
   “Saya tunjuk je.  Pembantu butik tu kata saya saiz M.”

Nurul Ain tersengih. 

   “Pembantu butik tu cakap?  Dia ada bagitau mana satu yang offer, mana satu yang the latest?”
   “Saya tak tanya.”

Nurul Ain menghela nafas.

   “Takpelah.  Okay.  Macam ni cara nak pakai.  Oleh kerana ini tudung instant, tak perlu susah-susah nak fesyenkan.”

Tangannya menyarungkan tudung yang berharga RM180 sehelai di kepalanya.

   “Cantik.” Puji Syarini pendek.
   “Cik Sya beli tudung mahal mesti kualiti pun sepadan.”
   “Saya tak kata tudung, Nurul.  Saya puji Nurul.”
   “Huh?”  Berkerut dahi Nurul Ain mendengar pujian daripada Syarini.

Syarini bangun daripada kerusi dan mengikat rambutnya separas bahu itu dengan kemas.  Anak tudung disarung ke kepala dan tudung menyusul.   Nurul Ain menunggu penuh debar.  Dia berharap sekiranya tidak muat, sudilah kiranya pemilik butik refund ataupun tukar saiz lain.

   “Alhamdulillah muat.” Nurul Ain menepuk tangannya.

Syarini berdiri di hadapan cermin.  Kali pertama memakai tudung menutup rambutnya.  Satu perasaan yang menenangkan meresap ke hatinya.  Dia memandang ke arah Nurul Ain di belakangnya.

   “Nurul…”
   “Cik Sya nampak  cantik.” Giliran Nurul Ain memuji.
   “Nurul…  Ini kali pertama seumur hidup saya pakai tudung.  Tak terlambat ke?”
   “Cik Sya…  Perkara baik yang kita nak buat takkan ada awal atau lambat.  Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan.”  Tenang  Nurul Ain berkata.
   “Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya yang I’m not proud of.   Saya berterima kasih dengan Nurul  sebab semua ni.”
   “Hmm…  Ala, bukan apa-apa pun, Cik Sya.”
   “Hujung minggu ni kita cari baju kurung?” Cadang Syarini.

Nurul  Ain terkedu.  Tudung pun dah 20 helai, baju kurung berapa helai?

   “Baju kurung nak beli ke?” Tanya Nurul Ain, takjub.
   “Nurul selalu beli kat mana?”
   “Saya tempah.  Murah kalau tempah.”
   “Hmm…  Tak pe, Nurul.  Beli lagi mudah untuk saya.  Sehelai dua tu maybe saya tempah.”

Nurul Ain mengangkat bahu.  Apa-apa pun tidak menjadi masalah untuk golongan berduit, detik hatinya.  Tangannya dengan cermat menanggalkan tudung lalu memakaikan kembali selendang di kepalanya. 

Bip! Bip!  Telefon bimbitnya berbunyi. SMS!

            As-Slm. Kt mn?

Berkerut kening Nurul Ain membaca teks SMS yang diterimanya.

                W’slm. Kat butik.  Temankan kwn.
            Sya?
                 Yup. Napa?
            Bila blk rmh? Tmnkn sy dinner.  Sy hntrkan.
                  
Nurul Ain memandang Syarini yang sibuk mengemas tudung yang dibelinya ke dalam beg kertas besar.

   “Err…  Cik Sya?”

Syarini menoleh.

   “Iye?”
   “Saya balik sendiri kot.”
   “Tak pe, saya hantarkan. Penat awak temankan saya dengan tudung ni.”
   “Kawan saya nak jemput kat pejabat.”
   “Ooo… Kalau macam tu saya hantar Nurul kat pejabat kejap lagi.”
   “Takpe.  Saya jalan kaki. Tak jauh sangat pun.”
   “Anggap je terima kasih daripada saya, Nurul.  Bagitau dgn kawan awak dalam 10 minit lagi.”
   “Err… Hmm… Okay.  Terima kasih.”

 Tangannya ligat membalas SMS untuk majikannya.

                 Dlm 10 min lg?  Sy nk bgtau Mak Su dulu.
            Sy dh call td mintak kebenaran. Dia kata ok.

Nurul Ain membaca teks SMS yang dihantar oleh Ikhwan Iman berkali-kali.  Huh?

                 Boss call? Mn tau no?
            Kt meja awk ada sticker tampal no.

Mulut Nurul Ain membentuk huruf O.

                 Siapa blnj?
            Awk nk mkn apa?

Nurul Ain ketawa kecil.

                 Jap tgk mkn kt mn. C U then.
            Ok.

Syarini yang sedang memandang Nurul Ain turut tergelak kecil. Tangannya menutup mulut menahan ketawa.

   Boyfriend?” Tanya Syarini.
   “Huh?”
   “Teman lelaki?”
   “Tak…  Mana ada.  Single lagi.  Tak sampai seru.”
   “Betul?  Macam tak percaya.  Hmm… Saya berharap awak dapat orang yang baik, Nurul.  Ni pun dah berseri-seri.”
   “Insya-Allah.  Terima kasih.  Sama jugak untuk Cik Sya.”
 
Syarini mengukir senyuman.

   “Okay. Siap juga akhirnya.  Kita dah boleh gerak.  Karen!” Syarini memanggil pekerja butik milik ibu saudaranya.

Karen menjengukkan kepalanya ke bilik persalinan.

   Yes, Miss Sya?”
   I hantar Nurul dulu.  Kalau aunty  I sampai, bagitau I ajak dia dinner sama.  You too.”
   “Okay.”
   Nurul, shall we go?”
   “Jom.”

Mereka berjalan beriringan menuju ke parkir di hadapan butik tiga tingkat itu.

**********

Nurul Ain menutup pintu kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Syarini yang melambaikan tangannya di dalam kereta.  Kereta yang dipandu Syarini beredar perlahan mengelak daripada terlanggar kereta Peugeot RCZ  yang  tiba-tiba berhenti secara mengejut di hadapan.

Nurul Ain mengerut kening.

   “Ish! Kereta mahal tapi perangai tak mahal langsung.” Marah Nurul Ain.  Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah kereta tersebut, pemandu kereta keluar.
   “Mamat ni buat apa lepas Maghrib kat opis orang macam ni?  Parking pun ikut suke-suke je.” Omel Nurul Ain sendirian namun langkahnya tetap maju.

Syed Faiz terpaku.  Gadis di hadapannya ini memandang  tepat ke anak matanya.  Mereka bertentangan mata.  Mata yang cantik! Wajah yang manis!

   “Encik…  Saya bercakap selaku hamba Allah di muka bumi.  Lain kali kalau berhasrat, berminat dan terfikir-fikir hendak meletakkan kenderaan, sila berhati-hati.  Encik dikategorikan sebagai pemandu yang pemanduannya merbahaya.”

Tiada reaksi daripada lelaki di hadapannya.  Nurul Ain menarik nafas panjang.

   “Saya tidak tahu apa tujuan encik ke bangunan ini sebab sekarang bukan waktu pejabat dan urusan rasmi pun dah tamat jam 0530 petang.  Yang ada pun sekarang petugas lebih masa.  Berbalik kepada topik asal tadi, lain kali hati-hati ketika memandu dan park.”

Nurul Ain mengelip matanya beberapa kali melihat reaksi pelik lelaki di hadapannya ini.

Telefonnya berbunyi.  Nama tertera, Mr.G bukan lagi BOSS GARANG.

   “As-Salam.” Nurul Ain memberi salam.
   “Wa’alaikumsalam.  Dah sampai? Saya di kereta kat basement.

Entah kenapa pada tika dan saat ini, suara majikannya itu kedengaran lembut dan merdu di telinganya.  Nurul Ain mengukir senyuman. 

Senyuman yang  terukir di bibir Nurul Ain, membuatkan Syed Faiz tersentak. 

   “Dah.  Kat depan lobi dah.  Nak gerak ke basement ke?”
   “Tak perlu, Nurul. Dah malam. Sunyi.  Saya gerak dah ni.”
   “Okay.  Tunggu sinilah.”

Talian dimatikan.

   “Err… Awak bekerja di sini?” Syed Faiz bertanya setelah mempunyai kekuatan untuk bersuara.
   “Hmm?” Nurul Ain yang sibuk memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg mengangkat muka.
   “Awak bekerja di sini?”
   “Ya, saya salah seorang petugas di sini.  Encik ke sini nak jumpa siapa?”

Baru sahaja Syed Faiz berkira-kira untuk menjawab, kereta Ikhwan Iman tiba dan berhenti di belakang keretanya.

Nurul Ain menoleh dan mengukir senyuman.  Ikhwan Iman keluar daripada kereta tanpa senyuman dan pandangannya berhenti di wajah Syed Faiz, sepupunya.  Agak lama mereka bertentang mata.

Nurul Ain memandang ke arah Ikhwan Iman.  Pelik.  Kenapa semua orang di sekelilingnya mempunyai reaksi yang janggal dan pelik hari ini?

Bip! Bip! SMS masuk memecah suasana sunyi di antara mereka  tapi telefon siapa?

   “Sayang lama tunggu?” Tanya Ikhwan Iman kepada Nurul Ain dan merapatkan jarak mereka berdiri.  Wajahnya didekatkan pada Nurul Ain yang  matanya terbuntang luas.
   “Sayang?” Syed Faiz bersuara.
   “Sa…” Nurul Ain mengambil keputusan untuk tidak bersuara apabila matanya bertaut pada majikannya.  Ada sesuatu yang membuatkannya untuk bekerjasama.  Ada sesuatu yang diperkatakan oleh mata majikannya.
   “Baru.  Err…  Sibuk tadi?” Tanya Nurul Ain mencari  idea untuk menyedapkan hatinya sendiri.
   “Alhamdulillah.  Hmm…  How are you, Faiz?  Lama tak jumpa?”  Ikhwan Iman mengalih pandangannya ke arah Syed Faiz yang masih memandang Nurul Ain.
   “Err… I’m fine. I’m fine.  So kau dengan…”

Ikhwan Iman memandang Nurul Ain memohon kerjasama dan pengertian.  Lengan Nurul Ain yang dibaluti kurung moden dipegang kemas.

   “Sayang, ni sepupu abang, Syed Faiz.  Faiz, this is my fiancĆ©e, Nurul Ain.” Dengan tenang Ikhwan Iman memperkenalkan mereka.

Syed Faiz memandang ke arah Nurul Ain tapi gadis itu langsung tidak memandangnya seperti gadis lain sebelum ini pada situasi yang hampir sama.  Mata bundar yang cantik itu masih tertancap pada wajah Ikhwan Iman.  Gadis ini berbeza…

Nurul Ain enggan memandang lelaki di hadapan mereka.  Malu!  Baru sahaja dia marahkan sepupu kepada  majikannya tentang pemanduan berbahaya.  Ish!

Tiba-tiba Ikhwan Iman berpaling ke sebelah dan buat pertama kali mata mereka bertentangan.  Nurul Ain tidak berganjak kali ini.  Jika majikannya mengusik dia tidak berani bertentang mata, baik majikannya menarik balik pernyataan pagi tadi.   Ada senyuman di bibir majikannya.  Kacak!  Dengan perlahan Nurul Ain membalas senyumannya.   Lupa dengan penonton di hadapan mereka.

21 comments:

  1. alaaa..nape tader?? blank je? =(

    ReplyDelete
  2. ye la mana the story ... ingatkan dah ada bab baru

    ReplyDelete
  3. Penantian itu saya penyeksaan.

    ReplyDelete
  4. Oppss sorry. Penantian itu satu penyeksaan.

    ReplyDelete
  5. Alaaaaa mana ni??? Asal kosong pula huhuhu

    ReplyDelete
  6. wuuuu..nape kosong?? dah semangat klik tadi..tipah tertipu =(

    ReplyDelete
  7. As-Slm... Tk tertipu. Byk kerja di pej. Jgn marah yek.

    ReplyDelete
  8. best2..patiently waiting for next entry

    ReplyDelete
  9. sibuk je syarini ni.... knp la ikhwan xbgtau je kt ain psal perasaan dia

    ReplyDelete
  10. bestnyer. dup dap dup dap membaca. bilalah boss nak confess. slow sgtlah.

    ReplyDelete
  11. suke2..
    jupe blog, tngk dh bnyk rupeny epsd..huhu
    ari nie bce 17-22..fuhhh...
    xsbr nk tau bos garang kte" llove u Nurul"..kah.kah

    ara

    ReplyDelete
  12. br jumpa blog ni...mmg terbekkkkkk

    ReplyDelete
  13. bila update n3 baru? dok sabar nk baca kisah seterusnya......

    tq

    ReplyDelete
  14. sangat lah best.. inche penulis..sila la update.. we will waiting ok...
    - peminat setia-

    ReplyDelete
  15. Tq 2 all yg sudi menunggu. Hari sempat update skit. Hope dipermudhkn update 2nite.

    ReplyDelete
  16. so sweet la Ikhwan Iman...konflik la ckit nak duga perasaan Ikhwan kat Nurul i.e.Nurul terjmpa ex boyfriend ke....

    ReplyDelete
  17. Bab baru dah ada tp naper kosong jer. bila nk ada n3 baru ni?

    ReplyDelete
  18. chanteek!!Syed Faiz sure wat Ikhwan xsenang duduk...I like!!!

    ReplyDelete
  19. syed faiz???sape kah itu???jeng jeng jeng!!~~~

    ReplyDelete
  20. Salam cik penulis. akhirnya saya jumpa blog ni. gigih saya khatam dari bab 1 sampai sini sepanjang malam ni. huhu. dah terbit novel ke? Tak sabar nak baca..hee

    ReplyDelete