Bab 11
Ikhwan Iman melemparkan pandangannya nun jauh di luar bangunan. Fenomena jerebu berlaku lagi seperti tahun sebelumnya pada
musim yang sama. Cuaca yang agak kering
kerana Monsun Barat Daya dan pembakaran terbuka dan merentasi sempadan yang
dilaporkan oleh berita pagi menyebabkan Air
Pollution Index (API) yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar meningkat
ke paras unhealthy. Pemandangan di
luar bangunan pun tiada yang menarik lagi dengan keadaan berjerebu seperti
keadaan dirinya berjerebu tidak bermusim dan pastinya tidak sihat untuk
pengurusan pejabat. Fikirannya berada di
twilight zone dan fokusnya agak
tersasar daripada landasan. Itu dia akui.
Kedatangan Irdina Iman sejam yang lalu sedikit sebanyak
membantunya untuk reorganize dan memformat semula tahap fokusnya untuk hari
ini. Sayup-sayup kedengaran suara Irdina
Iman di belakangnya tengah membacakan laporan projek dari Ikhwan Holdings.
“Abang?”
Sunyi sepi.
“Abang?”
Masih lagi tiada jawapan yang datang daripada Ikhwan Iman.
“Abang?” Irdina Iman
menyentuh bahu abangnya.
“Huh?”
“Abang ni kenapa? Risau adek.
Adek panggil pun tak dengar.”
“Kenapa? Panggil? Adek panggil ke? Err… Minta maaflah, dek. Cuma abang banyak kerja minggu ni kot.” Ikhwan Iman seraya memicit-micit belakang
tengkuknya. Special effect.
Irdina Iman memandang tepat ke wajah abangnya. Ada sesuatu di situ. Terasa menyesal dirinya untuk meneruskan
rancangan bersama Mama, Papa, Kak Hanima dan Shah Fairuz tapi semangat mesti
dikuatkan. Misi mesti berjaya.
“Laa… Kenapa tak cari P.A
sementara dulu? Nak tunggu Kak Khatijah
lambat lagi. Boleh tolong abang
sikit-sikit.”
“Kan Farah ada kat luar
tu.” Jawab Ikhwan Iman. Matanya
dihalakan pada pintu biliknya.
“Takkan Farah bekejar ke
sana ke mari? Kerja kat depan lagi. Sebulan tu lama, bang. Adek boleh tolong tapi kat Ikhwan Holdings,
macamana?”
“Bukan Kak Khatijah
berhenti kerja pun. Ke umrah je kan?”
“Memanglah. Abang pi pinjam sekejap kat bahagian lain, at
least P.A tu dah dibiasa tugas-tugas seperti Kak Khatijah. Adek tengok fail, stick notes penuh atas meja.
Farah pun bukan besar mana pun.
Adek tengok dah tak nampak dia
duduk di belakang meja.”
Ikhwan Iman tersenyum. Memang Farah kecil molek orangnya. Tapi takkanlah…
“Betul tak?”
“Nak pinjam? Serupa jugak, dek. Bekejar jugak nanti.”
Bukan dia tidak terfikir dengan cadangan unutk meminjam P.A di
bahagian lain tapi ini pastinya membebankan ketua di bahagian tersebut. Siapa
hendak menolong siapa?
“Abang kena buat pilihan
tepat baru ideal.” Kata Irdina Iman, penuh semangat.
“P.A pun kena tepat?
Ideal?” Ikhwan Iman mengerut kening.
“Nanti kerja tak jalan.”
Jawapan ringkas daripada adiknya.
“Itu memang betul. Bukan tepat dengan ideal. Itu macam nak cari
pasangan. Tak sama meaning.
Berkelayakkanlah, dek.”
“Iye ke tak sama? Abang mana tau…”
“Hmm… Adek tolong abanglah kalau macam tu.”
“Betul ni?”
“Berkelayakan, tepat dan
ideal. As you wish. Wishes, maybe.”
“Done. I’ll take care of it. So, bagaimana dengan laporan ni?” Irdina
Iman menayangkan fail bewarna biru kepada abangnya.
“We need to discuss.”
**********
Wajah Tuan Haji Bahari selaku Pengurus Bahagian Sumber Manusia
& Hal Ehwal dipandang tepat. Nurul
Ain tidak percaya dengan apa yang dicadangkan oleh ketuanya itu.
“Saya?
“Ya, awak. Awak P.A yang cekap, Nurul. Itu saya akui. Tapi sekarang ni, tugas untuk awak pun tak
banyak sangat. Kak Rosminah kamu kat
luar tu boleh bantu saya. Sebelum ini
pun kalau Kak Elizabeth kamu bercuti panjang, dia yang bantu. Insya-Allah semua berjalan dengan lancar dan
baik. Bukan untuk tempoh masa yang
lama. Sebulan tu sekejap.”
“Sebulan?”
“Tak lama.”
Nurul Ain menggigit jari telunjuknya. Sebulan itu mungkin bukan masa yang panjang
bagi Tuan Haji Bahari tapi baginya tempoh setahun di sini pun boleh
dikategorikan singkat berbanding sebulan di tingkat 49 apatah lagi menggantikan
Kak Khatijah. Ish!
“Tiada P.A lain?”
“Hmm… Macam ni lah, Nurul. Baik saya berterus terang. Ini permohonan daripada Pengarah Besar
Urusan. Kalau diikutkan, beliau boleh
tarik mana-mana P.A bahagian tanpa perlu memohon seperti ketua di bahagian lain
pada kelazimannya. Tapi beliau memohon
mengikut prosedur. Saya pula tak sanggup
nak ambik P.A daripada bahagian lain kerana saya tak pasti dengan keperluan dan
pentingnya P.A bahagian tersebut di tempatnya bertugas. Saya tak nak ketua bahagian lain
merungut. Bukan saya tak perlukan awak
tapi dengan kelayakan, cara awak bekerja, Insya-Allah tak jadi masalah.”
Panjang lebar sebab musabab yang diterangkan secara terperinci
oleh Tuan Haji Bahari. Terasa sebal
hatinya kerana bersifat negatif terhadap ketua bahagiannya itu.
“Nurul?”
“Saya tak berani…”
Tidak pernah Tuan Haji Bahari ketawa besar seperti itu sepanjang
Nurul Ain bertugas di situ. Kalau adapun
cuma senyuman diukir.
“Err… Kenapa?”
“Awak ni Nurul… Dia memang pemarah tapi tugas tetap tugas
kan? Tanggungjawab.”
“Boss Garang…”
Sekali lagi lagi Tuan Haji Bahari ketawa. Nurul Ain cuma tersenyum.
**********
Amiza yang sedang menyedut teh ais terserdak, terbatuk-batuk. Hidungnya digosok-gosok kerana air sah-sah
termasuk ke rongga hidung.
Nurul Ain sempat mengelak keran siapa yang kenal lama dengan
Amiza, pasti dinasihatkannya jangan membuat aksi berani surprise tatkala Amiza
minum atau makan. Belakang teman baiknya itu ditepuk-tepuk membantu pengaliran
air teh ais.
“Ko jadi apa?”
Nurul Ain kembali duduk di hadapannya. Garpu dipusing-pusingnya ala menggulung
spageti pada mee goreng mamak yang diorder
sebentar tadi. Makanan terasa tawar.
“Wei, ko jadi apa tadi?”
“P.A gantian. Macam
pemain gantian.”
“Iman request?”
“Encik Ikhwan Iman bukan
Iman. Dia tak request pun. Tuan Haji tu kan lain orangnya. Baik.
Sampai P.A pun nak bagi boss pinjam.”
“Ko tak protest?”
“Ish! Protest
tu sikit-sikit. Dalam 5-10 percent. Tak sampai hati. Ko tengok dia macam rupa sapa?”
“Sapa? Tuan Haji ke Encik Ikhwan?”
“Tuan Haji…”
“Tak perasan pulak. Apa kena mengena Tuan Haji macam rupa sapa
dengan cerita ko nak protest? Ko selalu buat aku fikir jauh sikit. Direct lah.”
“Ish! Dia kan macam Ustaz Azhar yang Mak Su minat
tu. Jadi tak sampai hatilah aku.”
Amiza ketawa mengekek.
“Ish! Ketawa pulak.” Omel Nurul Ain.
“Tu lah. Ko tu kaitkan satu benda atau perkara dengan
yang lain. Bila berangkai jadi
panjang. Bila panjang, banyak
hentian. Banyak hentian tu lah yang buat
ko jadi macam ni.”
Nurul Ain menyuap mee goreng perlahan ke mulut. Kunyahan pun tidak serancak biasa. Amiza pula leka dengan nasi campur berlauk
ikan keli masak lemak dan sayur kangkung. Penuh selera.
“Sebulan tu sekejap,
Ain. Pejam celik dah sampai sebulan.”
“Bukan tu masalah aku.”
“Habis tu?”
“Dia boss, Za. Pengarah Besar Urusan. Boss Garang.”
“Itu je?”
“Nak sebab apa lagi aku
ralat?”
“Pasal hari tu ke?”
Tiada jawapan daripada Nurul Ain untuk pertanyaan teman baiknya.
“Ko kenapa?”
“Entahlah.”
“Ko marah sebab dia tak
bagitau siapa dia sebenarnya atau ko marah sebab dia usha ko dengan Encik
Fairuz?”
Ish! Kenapa tekaan Amiza selalu tepat, gerutu hatinya. Sipi-sipi pun tidak pernah lagi sepanjang
persahabatan mereka terjalin.
“Ko suka kat dia ke,Ain?”
“Ish! Soalan…”
“Silap ko jugak tak tanya
sapa dia dan assume dia kakitangan
tingkat 49. Kalut ko kadang-kadang
begitu mencomelkan ko dan orang tak sampai hati nak betulkan.”
“Hmm… Agaknya lah. At least ko kata aku comel.”
“Ha’a lah. Boleh pulak.”
**********
Ketukan kedengaran di pintu pejabat Ikhwan Iman.
“Masuk.” Kata kebenaran
masuk daripada Ikhwan Iman. Tumpuannya
masih pada skrin komputer dan tangannya menaip sesuatu.
“Tuan.” Suara Farah
kedengaran.
Ikhwan Iman mengangkat muka.
“Ya, Farah?”
“Err… P.A yang gantikan Puan
Khatijah dah sampai.”
“P.A? Sampai?” Berkerut dahi Ikhwan Iman. P.A?
Bukan Farah ke P.A sementara, hatinya bertanya sendiri.
“Iya, tuan. Cik Irdina pesan tadi, P.A yang menggantikan Puan Khatijah akan datang sebelah
petang.”
Ikhwan Iman cuba mengingatkan kembali perbualan dengan adiknya.
P.A gentian, berkelayakan, tepat dan ideal.
“Oh, ya! Ok. Ok. Benarkan dia masuk. Sebelum tu terima kasih banyak-banyak kerana
membantu saya dalam tugasan dalam tempoh 3 hari ini. Awak banyak membantu meringankan sedikit
tugasan yang terdelay sejak Puan
Khatijah bercuti.”
Farah terdiam. Tidak pernah
terfikir olehnya majikannya itu akan mengucapkan terima kasih hanya kerana
mengganti tempat Puan Khatijah menyiapkan tugasan selama tiga hari.
“Ya, Farah?” Tanya Ikhwan
Iman apabila dilihatnya wajah Farah kelihatan terkejut.
“Err… Err… Terima kasih,
tuan. Eh, sama-sama tuan.”
“Awak boleh sambung
kerja-kerja rutin awak di luar. Mungkin semakin banyak memandangkan awak kebanyakkan masa awak dihabiskan untuk menyelesaikan kerja di sini. Err...
Jangan lupa minta pengganti awak masuk.
Saya nak buat penerangan sedikit.”
“Baik, tuan. Saya minta diri.”
Di luar Nurul Ain duduk menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya.
Hatinya resah tiada siapa yang tahu.
Lima minit berlalu sejak Farah, Pembantu Tadbir Am masuk ke bilik
Pengarah Besar Urusan untuk memaklumkan kedatangannya. Detikan jam di dinding pejabat itu dirasakan
amat perlahan sekali. Ish!
“Cik Nurul Ain.”
Nurul Ain tersentak. Bila
pulak Puan Farah ini keluar dari bilik Pengarah Besar Urusan?
“Ya, saya. Puan Farah…
Err… Tak perlu perkenalkan diri kan, puan?
Saya perlu duduk sini dan buat kerja ke kan?”
Farah kini berada di belakang meja. Gelihatinya melihat wajah gadis di hadapannya
ini. Mungkin inikah rupanya sewaktu
Encik Arshad, Ketua Kerani memintanya menggantikan tempat Puan Khatijah minggu
lepas.
“Tuan minta Cik Nurul Ain
masuk. Maybe ada yang dia nak terangkan tentang tugasan Cik Nurul Ain.”
“Bukan Puan Farah yang
bagi briefing?”
“Tak, bukan saya. Saya pun bukannya mahir sangat. Err… Rasanya Cik
Nurul Ain kena masuk dulu. Tuan
menunggu.”
Gulp! Tunggu? Nurul Ain
bangun perlahan-lahan daripada kerusi dan menuju ke pintu pejabat yang
memisahkan bilik P.A dan Pengarah Besar Urusan.
“Bismillah…” Doa Nurul
Ain sambil mengetuk pintu.
“Ya, masuk.” Kedengaran
suara Ikhwan Iman dari dalam bilik.
Pintu ditolaknya perlahan.
Ikhwan Iman yang dikenalinya sebagai Iman sedang khusyuk mengadap Komputer
dan sekali sekala jari jemarinya menekan kekunci dan tetikus. Nurul Ain menarik nafas panjang.
“Tuan…”
Jari jemarinya terhenti beroperasi. Dengan perlahan Ikhwan Iman berpaling.
Takkanlah…
Bab 12
Selesai memasukkan surat-surat yang telah diminit ke dalam fail,
Nurul Ain mengendong tiga buah fail ke kabinet untuk disusun dan
disimpan. Pada waktu yang sama, tanpa sedarnya Ikhwan Iman
melangkah masuk. Bilik pejabat P.A merupakan perantaraan di antara
kawasan operasi pejabat di luar dan pejabat pengarah Besar Urusan.
Kelekaan Nurul Ain menggamit matanya untuk menjamu.
“Sibuk?”
“Mak!”
Fail ditangannya melambung tinggi dan jatuh ke lantai.
Bertaburan isi kandungan fail di lantai. Ish!
“Ops!” Ikhwan Iman menekup mulutnya.
“Alamak…” Keluh Nurul Iman. Kenapalah
mamat ini selalu mengejutkannya, gerutu hatinya. Nurul Ain
mencangkung mengutip isi kandungan fail yang bertaburan di lantai.
Ikhwan Iman turut sama mencangkung, meniru aksi Nurul Ain.
Tangannya turut sama mengutip.
“Err… Saya tolong awak.” Kata Ikhwan Iman
tersekat-sekat.
“Err… Tak pe. Saya boleh buat.” Jawab Nurul Ain
tanpa memandang ke arah tuan empunya badan.
“Maafkan saya kalau saya buat awak terkejut.”
“Saya ok.”
Tanpa sebarang suara, masing-masing mengutip helaian kertas
sehingga tangan mereka tersentuh pada kertas yang sama. Gerakan tangan
terhenti, masa terhenti, kedua-duanya bertentangan mata. Kaget.
Beberapa detik kemudian Nurul Ain tersentak lalu pantas menarik
tangannya dan bingkas berdiri sambil menyembunyikan tangan ke belakang badan.
Dub! Dub! Dub! Degupan jantungnya melonjak naik dan seolah-olah
kedengaran di telinganya sendiri. Kenapa ni? Matanya pula enggan berpaling
ke arah lain. Ish!
Berlainan pula dengan Ikhwan Iman yang perlahan-lahan
berdiri dan cuba menganalisis insiden yang berlaku sebentar tadi.
Sesuatu! Mata bundar gadis itu dipandang tepat dan sesuatu
dirasakannya menusuk sehingga ke jantung. Terasa… Perit!
“Awak ok?” Akhirnya Ikhwan Iman bersuara.
Nurul Ain menelan air liurnya.
“Sa… Saya?” Tanya Nurul Ain dengan nada
tersekat-sekat.
“Ya, awak.”
“Saya ok. Err… Awak?” Nurul Ain
mengangguk sedikit.
“Saya? Saya tak pasti saya ok.” Jawab Ikhwan Iman
selamba.
“Huh?”
“Selesaikan semua ini dan masuk ke pejabat saya dalam
masa 10 minit dan buatkan kopi untuk saya.” Seraya itu Ikhwan Iman meninggalkan
Nurul Ain bersendirian dan menolak pintu berhampiran untuk ke pejabatnya.
Nurul Ain mengeluh dan kembali mencangkung untuk meneruskan misi
mengutip semula helaian kertas yang bertaburan di atas lantai.
“Tadi kata nak tolong. Then tetiba stop.
Then tetiba out of nowhere suruh
masuk pejabat. Buat kopi. Dah seminggu orang kat sini tak de pun
tetiba macam ni. Aman, tenteram. Ish!” Omel Nurul Ain sendirian.
Tanpa disedarinya Ikhwan Iman sedang menjengahkan kepalanya di pintu.
Ikhwan Iman tersenyum dengan monolog Nurul Ain. Comel!
Entah kenapa seminggu ini, tugas tambahannya memerhati tingkah laku dan gelagat
Nurul Ain. Dia sendiripun kurang pasti. Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya. Confused.
Mungkin kemudian nanti dia akan menganalisa dirinya sendiri. Ada sesuatu
yang lagi menarik utuk dianalisa.
Perhatiannya kembali pada subjek yang leka dengan tugasnya.
Tangan gadis itu pantas dan cermat mengemas dan menyusun kembali helaian kertas
ke dalam fail. Begitu teliti dan cekap. Namun tatkala Nurul Iman
tunduk hendak beralih ke pintu kabinet sebelah untuk mengambil cawan dan
piring, muncul niat nakalnya.
Nurul Ain membuka pintu kabinet dan menundukkan sedikit badannya
untuk membuka kabinet di sebelah bawah untuk mengambil cawan dan
piring.
“Ish! Kenapa Kak Kat letak ni kat bahagian
bawah? Dalam pulak tu. Takde sapa nak pakai Corell ni.” Keluh Nurul
Iman. Baru sahaja tangannya hendak mencapai set cawan dan piring…
“Nurul Ain! Coffee jangan lupa!”
Tup!
“Ouch! Sakitnya…” Nurul Ain menggosok-gosok kepalanya
yang sakit. Hentakan yang kuat pasti meninggalkan kesan. Dia pantas
bangkit dan menoleh ke belakang. Tiada!
Kedengaran ketawa besar di dalam pejabat Pengarah Besar Urusan.
**********
Kesibukkannya selepas insiden kejut mengejut pagi tadi membuatkan
Nurul Ain terlupa akan janjinya dengan Fairuz.
Dengan fail yang datang tak henti-henti daripada pelbagai bahagian yang
memerlukan consent dan tandatangan
daripada Pengarah Besar Urusan membuatkannya tidak menang tangan. Air milo panas instant yang dibancuhnya jam 10 pagi tadi pun belum terusik lagi.
Telefon bimbitnya berdering minta dijawab. Kali ini lagu Super Girl, lagu daripada boyband
Korea, Super Junior. Amiza!
“Assalammualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
“Kepala ko sakit lagi
tak?”
“Benjol kot. Kalau ditekan terasa sakit lah.”
“Ko tu memang cepat
terkejut. Bukan orang buat apa pun.”
“Sergah orang ko kata tak
buat apa?”
Amiza ketawa gelihati.
“Ko tak balas?” Giat
Amiza, menduga. Nurul Ain baginya bukan
boleh dijangka. Bom jangka, adalah.
“Sapa kata tak? Kalau niat sengaja, memang kena balas. Dendam kesumat.”
“Dia boss tau.” Amiza
mengingatkan Nurul Ain.
“Boss ke, tak boss
ke… Kalau hilang ingatan? Padan muka tak de P.A.”
Ketawa Amiza meletus lagi.
Mengekek.
“Hilang ingatan? Bukan kepala ko keras ke? Atau keras kepala?”
“Tak de insuran? Napa call?”
“Mak aku call tadi, suruh
aku balik. Azril patah kaki, cedera kat
kem PLKN.” Kata Amiza menjawab soalan Nurul Ain.
“Dia ok tak?”
“Azril? Dia ok.
Sukalah dia tak perlu ke PLKN.
“Ooo… memang suka
benarlah tu. Tak pe lah. Aku balik sorang nanti.” Nurul Ain
tersenyum. Siapa tidak kenal dengan adik
bongsu Amiza? Manja.
“Nak bagitau tu je. Aku balik awal. Lunch time terus balik.”
“Ok.”
“Boss mana?” Tanya Amiza
kemudiannya.
“Baru masuk lepas meeting
tadi.”
“Hmm… Ok lah kalau macam
tu. Bye.”
“Bye.”
Telefon bimbit dimatikannya dan dia kembali menyambung kerja. Entah bila dan bagaimana Shah Fairuz muncul
di depan pintu dan memberi salam.
“Assalamualaikum. Amboi… Sibuk P.A baru ni?”
“Wa’alaikumsalam. Encik Fairuz. Sibuk?
Tak lah sibuk. Err… Duduk dulu. Err…”
“Tak pe, Nurul. Ikhwan ada?”
“Boss? Boss ada. Baru balik daripada bilik mesyuarat. Nak jumpa boss ke?”
“Nak jumpa Nurul
sebenarnya. Tapi sekalilah jumpa Ikhwan. Setengah jam lagi nak lunch kan? Tak ingat janji
semalam?”
“Janji? Semalam? Janji… Oh. Ya, ya.
Saya lupa. Ya Allah. Sempat lagi
kan?” Nurul Ain baru teringat dan menggigit jari telunjuknya.
“Sempat. Tak perlu kalut.
Lunch
hour nanti. Boleh saya masuk?”
“Boleh, tapi nak kena inform
boss dulu.”
Dengan pantas butang interkom ditekan.
“Ya, Nurul?”
“Tuan, ada tetamu. Encik Shah Fairuz.”
Seketika tanpa balasan.
“He’s welcome.” Akhirnya
Ikhwan Iman bersuara.
“Baik, tuan.”
Nurul Ain menekan kembali butang interkom untuk ke mode asal. Mujurlah ada interkom jadi tidak perlu
untuknya keluar masuk ke pejabat itu setiap kali ada tetamu yang datang untuk
berurusan. Itulah alat komunikasi untuknya berinteraksi dengan majikannya.
Alhamdulillah.
Baru sahaja Nurul Ain hendak bersuara dan Shah Fairuz pula baru melangkah
ke pejabat Pengarah Besar Urusan, pintu terkuak.
“Apa hal, bro?” Mereka
berjabat tangan dan berlaga bahu. Trademark.
“Lama tak tengok Nurul
lah, bro. Rindu. Nak lunch
sekali.” Kata Shah Fairuz bersahaja.
Kepakarannya sejak bersekongkol dengan Irdina Iman.
Nurul Ain tersentak. Ikhwan
Iman tiada reaksi. Shah Fairuz pula
tersenyum.
“Nak lunch?” Tanya Ikhwan Iman, sedangkan dia pasti benar dengan hajat
kedatangan Shah Fairuz ke pejabatnya.
Telinganya terasa sakit sedikit.
“Semestinya. Jom join
sekali.”
“Boleh ke, Nurul?” Ikhwan
Iman menujukan soalan pada Nurul Ain.
Wajah gadis itu ditatapnya.
Shah Fairuz berpura-pura tidak mendengar soalan daripada Ikhwan
Iman yang menuntut jawapan bernada pelawaan daripada Nurul Ain.
Nurul Ain cuba kelihatan tenang.
Kenapa soalan itu dihala ke arahnya dan bukan kepada Shah Fairuz, detik
hatinya. Dia akan cuba berdiplomasi. Bak kata Amiza tadi, dia boss tau.
“Saya gembira kalau tuan
turut serta tapi saya tak janji saya boleh bayar. Kalau mahal sangat, yang bergaji besar kena
bayar. Kalau tak pun top up.”
Ikhwan Iman mengangkat kedua-dua keningnya. Shah Fairuz menepuk bahunya dan ketawa.
**********
Shah Fairuz meminta diri untuk ke bilik air. Ikhwan Iman dan Nurul Ain ditinggalkannya
berdua-duaan di tengah-tengah restoran. Tempat duduk yang paling strategik
untuk babak semasa.
“Awak diam saja,
Nurul. Tak suka makan kat sini?”
Restoran Rebung, milik Chef Ismail dan Dato Dr. Sheikh
Muszaphar? Siapa kata dan cakap tidak
suka? Cuma ditinggalkan berdua-duaan
begini buat Nurul Ain tak gemar, bukan tak suka. Cari sebab lain!
“Bukan tak
suka. Saya ok, cuma saya tak selesa makan
di tengah-tengah restoran. Kalau kat
penjuru, ok sikit.”
“Ooo…”
“Masakan dia
sedap. Masakan kampung.”
“Bukan nasi
beryani yang sedap?”
“Huh? Err…
Asam pedas dan daging salai masak lemak cili api Chef Ismail sedap. Tambah dengan kerabu mangga.” Nurul Ain mencuba gaya dan kelebihan Amiza,
tukar topik sekelip mata.
“Awak tak selesa
ke saya ikut sama?”
“Maksud tuan?”
“Mungkin awak
nak lunch dengan Fairuz sahaja?”
“Saya lunch dengan Encik Fairuz sebab Mak Su
Hanima. Tiada apa.”
Jawapan Nurul Ain seolah-olah menyuntik sesuatu rasa ke
dalam dirinya. Demi mengenangkan persahabatan, semua rasa itu diketepikan.
Ikhwan Iman meninjau-ninjau kelibat teman baiknya yang
dirasakannya agak lama ke bilik air.
“Sekarang pun tiada
saya-awak lagi. Tuan memanjang saya
dengar. Kita kawan kan?” Tanya Ikhwan
Iman tiba-tiba.
Nurul Ain diam. Mata dihalakan ke air epal di
depannya. Ish! Siapa lagi pandai tukar topik kali ini,
gerutu hatinya. Baru sahaja dia perasan
mata Ikhwan Iman sebentar tadi
meninjau-ninjau dan leher dipanjang-panjangkannya ke kawasan bilik air.
Tiba-tiba…
“Kita kawan
kan?” Ulang Ikhwan Iman sekali lagi.
“Kita majikan
dan pekerja.”
“Tapi kita kawan
kan?” Ikhwan Iman menekankan soalan yang
sama.
“Kenapa tuan insist yang kita kawan? Kalau kawan kenapa tak bagitau yang tuan…”
“Saya pemilik
syarikat? Saya Ikhwan Iman? Awak nak kawan dengan saya tak kalau saya
bagitau?”
Sekali lagi Nurul Ain diam. Tiada jawapan. Dia sendiri pun tidak tahu.
“Itu jawapan
yang saya expect daripada awak,
Nurul. Memang tidak kan? Jadi, kenapa saya nak bagitau?”
“Tuan masih
anggap kita kawan?”
“Ya.” Jawab Ikhwan Iman pendek.
“So, tuan suka
kalau saya kata kita masih kawan?”
“Nurul… Saya suka berkawan dengan awak sebab...”
Bicara Ikhwan Iman terhenti apabila Shah Fairuz menepuk bahunya.
Nurul Ain mengukir senyuman pada Shah Fairuz. Ikhwan Iman pula mengambil keputusan
menamatkan perbualan. Menghormati teman
baiknya.
“Jom blah, bro. Aku dah bayar tadi. Jom, Nurul.
Nurul selamat sebab saya belanja.”
**********
Irdina Iman memberhentikan keretanya di parkir khas
Ikhwan Holdings. Dia berpaling ke arah
Shah Fairuz yang merebahkan kerusi kereta lalu membaringkan badannya dan lengan
diletakkan menutup kedua matanya.
“Ok tak?” Tanya
Irdina Iman pada Shah Fairuz.
“Ok awak kata?
Dingin adalah.” Jawab Shah Fairuz acuh
tak acuh.
“Tiada aksi
gaduh-gaduh manja, cemburu-cemburu sayang?” Girang Irdina Iman bertanya.
“Hmm… Dingin.”
“Jeling-jeling?”
Dia mencuba lagi.
“Nope.
Tunduk.”
“Sindir-sindir
yang comel?” Soalan terakhir.
Akhirnya Shah Fairuz mengalihkan lengannya.
“Nope.
Sorang cakap, sorang diam. Sorang
tanya, sorang jawab. Teman tapi mesra? Nope. Tak teman, tak mesra. Boss dengan pekerja almost all the time. Rigid.”
Irdina Iman menyandar dan pandangannya dihalakan ke
depan.
“Haih? Plan
tak cukup baik ke?” Irdina Iman tertanya sendiri.
“Plan tu baik tapi kena improvise sikit. Tu pun kalau awak terima idea saya.”
“Apa dia?”
“Kita kena
bekerjasama dengan Nurul Ain.”
“Meaning?”
“Well, this is the plan…”
Usai menerangkan pelannya, Shah Fairuz membuka pintu
kereta untuk keluar. Irdina pun sama
bergegas keluar.
“Awak rasa boleh
ke?” Tanya Irdina Iman, inginkan kepastian.
“Memang
boleh. Malaysia boleh.”
xd pn
ReplyDeletexpelah kita sabar tunggu mlm ini... hehehhe
ReplyDeleteen.hubby x sehat. jd nurse. sori...
ReplyDelete