Bab 5 - 6

Bab 5

Hanima tersenyum apabila dilihatnya leka benar Nurul Ain dengan rancangan televisyen yang menayangkan drama korea di hadapannya.  Tangannya pulak rancak melipat baju yang telah diangkat dari ampaian di luar tingkap.  Biarpun tempat sidaian agak terhad namun entah macamana anak saudaranya itu dapat menyidai 2-3 kali sehari.  Cekap!  Tak padan dengan orangnya.  Janji cuaca panas, motto Nurul Ain apabila bab mencuci dan menyidai pakaian.

Mungkin dah sampai masa untuk berpindah ke rumah teres, desis Hanima.

   “Kata nak keluar makan?” Sapa Hanima pada Nurul Ain.
   “Hmm?” Pandangannya tak lepas dari televisyen.  Entah dengar, entah tidak.
   “Leka bebenor.  Mak Su tanya, tadi kata nak keluar makan.” Ulang Hanima lagi.
   “Ooo... Awal lagi.  Lepas solat Maghrib nanti kawan orang ambik.  Biar orang siapkan ni dulu. Siap lipat, simpan dalam almari.  Tak sedap nak lipat baju yang dah longgok.  Kalau macam ni, kering dan keras macam kena kanji.  So bila lipat nampak cantik lagi.  Esok cuma gosok baju pejabat.”

Tangannya sibuk menyusun pakaian yang telah dilipat ke dalam bakul berbentuk segiempat sebelum dibawa masuk ke bilik. Kemas.

   “Tak takut lewat bersiap?” Tanya Hanima lagi.  Tangannya pula mengeluarkan komputer riba daripada beg.  Ada kerja pejabat yang perlu disemak sebelum dihantar pagi Isnin nanti. 
   “Ish!  Sempat.  See the leg lah, Mak Su.  Mak Su betul ke tak nak join sekali ni?” Duga Nurul Ain.  Mana tau fikiran Mak Su Hanim nya berubah.
   “Tak pe.  Jangan balik lewat tau.” Pesanan mengiringi.
   “Tau.” Ujar Nurul Ain sambil mengangguk kepala.
   “Miza tak ikut?”
   “Mana nak bawak?  Dia kan kat Muar lagi.  Tengahari esok baru balik KL.  Itu pun Hamzah, adik bongsunya nak daftar Politeknik Muadzam Shah hari Isnin nanti.  Tu yang balik tengahari esok.  Balik awal boleh rehat-rehat sekejap sebelum bertolak sebelum solat Subuh.”

Jari jemari Hanima menari-nari di atas papan kekunci.  Menaip sesuatu.  Tiba-tiba tergerak hatinya untuk bertanya pendapat Nurul Ain, anak saudara yang telah dianggapnya seperti anak sendiri.  Apa-apa masalah dan keputusan mesti dikongsi dan dibincang bersama.

   “Mak Su ingat nak tanya kamu sesuatu.  Pasal rumah.”

Kali ini tangan Nurul Ain berhenti meneruskan kerjanya.  Wajah Hanima menjadi perhatian.

   “Rumah?”
   “Mak Su ingat nak ajak kamu duduk kat rumah arwah abah dan mak kamu.  Dah 3 bulan kosong lepas budak-budak kolej yang menyewa tu konvo.  Lepas diaorang keluar hari tu, Mak Su dah mintak tolong 2 orang minah indon dari pejabat dok basuh rumah.  Rajin orangnya. Kebetulan suami salah seorangnya pulak tukang rumah.  Mak Su mintak tolong baiki dan ganti apa-apa yang patut.  Minggu lepas baru selesai cat sekali dengan upah. Cuma nak kena angkat barang-barang dari sini ke sana.”
   “Apartment ni?”
   “Mak Su cadang kita sewakanlah.  Ada berbaki 8 tahun lagi jadi boleh rolling duit sewa untuk bayar bank.  Rasanya nak ambik anak-anak gadis yang bekerja.  Tak ralat sangat nak sewakan.”

Hanima sayang benar dengan apartment yang dibelinya  12 tahun yang lalu.  Tapi dengan keadaan sekarang, elok rasanya apartment ini disewakan.  Dalam masa setahun lagi stesen lrt baru akan dibina di seberang jalan besar dan seperti biasa kesesakan jalanraya di waktu kemuncaklah jawabnya.

Lama kemudian baru Nurul Ain bersuara.  Matanya beralih dari Mak Su nya ke televisyen dan dari televisyen ke arah Mak Su nya. Bukan sebab mengambil masa untuk berfikir, tapi menyudahkan perasaan ingin tahunya dengan sneak peek episod seterusnya drama korea yang akan ditayangkan esok hari di televisyen.

   “Hmm...  Orang ikut je, Mak Su.  Stesen lrt pun tak jauh cuma tumpang Mak Su pagi-pagi kalau nak ke situ.  Senang orang nak ke pejabat, kira ok lah.”
   “Miza?”          
   “Selang 2 stesen je then kitaorang naik sekali. Entah-entah dia kang join sekali dok bila kila pindah nanti.”
   “Jadi ke?” Hanima bertanya lagi.
   “Orang kira on je Mak Su.  Nanti orang tolong carikan lori.”
   “Kamu kenal ke dengan sapa-sapa?”
   “Tak jugak.  Nanti orang tolong tanya sesapa yang berkenaan.”
   “Elok sangatlah.  Start minggu depan kita punggah pakaian dengan barang yang senang dibawak.”
   “Ok.”  Keputusan telah diambil.

Hanima kembali fokus dengan komputer riba didepannya.  Dia mengeluh panjang melihatkan format laporan untuk diserahkan kepada Tan Sri Md Ghazali lusa. Banyak yang perlu diperbaiki dan kemaskini. Dalam erti kata lain, agak berterabur.  Kalaulah anak majikannya masih bertugas di Ikhwan Holdings, memang masak siapa yang in-charge buat laporan ini kena marah.  Fikirannya melayang ke peristiwa semalam sebelum habis waktu bekerja semalam.

   “Awak dah dengar ke, Hanim?” Tegur Tan Sri Md Ghazali pada Hanima, P.A nya sejak 15 tahun yang lepas.  P.A kegemaran isterinya.
   “Dengar apa, Tan Sri?”
   “Anak teruna saya?”
   “Encik Ikhwan Iman?” Berkerut dahi Hanima.
   “Mana saya ada anak teruna lain, Hanim...  Dia dah banyak berubah sekarang.”
   “Berubah macamana, Tan Sri?
   “Entahlah, tapi saya sebagai ayah ni perasan benar sejak dua menjak ni.”
           
Hanima terdiam.  Apa agaknya yang berubah tentang Encik Ikhwan Iman?  Bila dibilang dengan jari berapa kerap sangatlah dia bertentang mata dengan anak teruna Tan Sri Md Ghazali dan Puan Sri Mardinah.  Orangnya memang jejaka idaman Malaya, pakej cukup tapi cuma sikap pemarah dan garangnya mengalahkan mak datuk.  Dia sendiri tak pernah nampak macamana penangan pemarahnya, tapi sesiapa saja yang terpaksa berurusan dengannya pasti kecut perut.   Ada saja yang tak kena.

Mujurlah sekarang anak majikannya itu bertugas di Venture (M) Corporation tempat Nurul Ain bekerja.  Tiada pulak kedengaran anak saudaranya itu bercerita ataupun merungut.  Opocot! Ada jari mencuit pinggangnya dari belakang.

Berderai tawa Nurul Ain melihatkan ibu saudara kesayangannya itu melatah. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan.  Kerja mendobi dan melipat telah selesai.

   “Mak Su mengelamun jauh...  Orang panggil dengar tak dengar je.  Dah sampai mana agaknya?” Usik Nurul Ain.  Keningnya berjongkang-jongkit.
   “Err...  Boss besar kamu garang tak, Nurul?” Tanya Hanima tiba-tiba.

Topik bertukar!  Sebijik macam Amiza.

   “Boss besar?  Maksud Mak Su, Pengarah Besar Urusan?  Hmm… Orang tak pernah jumpa pun, tapi dengar-dengar memang orangnya macam garang.  Tapi tak segarang masa dia bertugas kat Ikhwan Holdings.  Itu gossip yang terkini yang orang dengar.”
   “Hmm...”
   “Ada satu cerita yang Miza bawak pulak,  dia tak lah bambu-bambu staff macam dulu.   Dia masih tegur on the spot.  Senyum semstinya tak.  Macam tak de perasaan.  Ada saja tak kena.  Perabot, pasu, kabinet, pantry, lantai, laporan, presentation bla, bla, bla.  Semua tak kena hari-hari.  Kenapa?” Tanya Nurul Ain ingin tahu.  Pagi tadi tak sempat gossip sebab bersarapan di kedai.  Tak manis orang dengar, itu nasihat Mak Su Hanimnya.

Hanima membuka lembaran sejarah terkenalnya sikap pemarah dan garang anak sulung majikannya kepada Nurul Ain.  Tiada tokok tambah, semuanya benar belaka.

Nurul Ain yang setia mendengar sambil menongkat dagu diam.  Ada ke manusia macam ni?  Apa ke hal?  Ish!

   “Mak dan ayah dia macamana pulak?”
   “Pernah sekali tu Mak Su dengar Pri Sri kata kalau anak terunanya itu naik angin time lawatan dan mesyuarat daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, dia akan berpura-pura tak kenal anaknya.  Tan Sri pun setuju.  Bunyi macam nekad je.  Macam tak pecaya suami isteri boleh komplot macam tu.” Serius wajah Hanima berkata-kata.
           
Nurul Ain ketawa bagai nak rak.  Tak nak mengaku? Boleh ke macam tu?  Dengan tawa yang masih bersisa, Nurul Ain mengesat air matanya.

   “Napa? Lawak?”

Nurul Ain mengangguk kepalanya.  Hanima tersenyum.  Memang lawak pun.

   “Maksud Mak Su, perangai dan perwatakan mereka berbezalah ni?” Nurul Ain mengagak.
   “Sangat-sangat.”  Hanima mengiakannya.
   “Ada ubat untuk orang macam ni.” Ujar Nurul Ain.  Idea datang, mentol di kepala menyala.  Dia teringat perbualan kosong semasa di pantry tempohari dengan beberapa kakitangan senior.   Tempat yang paling happening masa rehat tengahari.
   “Ubat?  Nak ubat sapa?”
   “Anak majikan Mak Su lah.  Orang rasa macam suka pulak dengan suami isteri tu. Memang kena cari ubat penawar tu.”
   “Ha… Apa dia?” Tanya Hanima ingin tahu.  Mana tahu boleh disyorkan untuk majikannya.
   “Ada pakcik kat pejabat orang kata dia kena mandi bunga dan kawin.”
   “Boleh pulak macam tu.”
   “Staff  kat pejabat pun setuju.” Kata Nurul Ain bersungguh-sungguh.

Hanima mencuit hidung anak saudaranya.  Akal panjang nak kenakan orang, detik hatinya.

   “Tapi yang tak tahan si Miza.  Mak Su nak tau Miza cakap apa?”
   “Apa Miza cakap?  Kamu berdua ni keje ke atau kut staff kat situ bergossip?”
   “Gossip time lunch hour.”
   “Iye lah tu.  Eh, apa Miza cakap?  Miza tu bukan boleh control tatabahasanya.”
   “Dia kata… Siapalah malang jadi pengantin Boss Garang.”



Bab 6

Ikhwan Iman tiba di perkarangan Apartment Sri Kaseh dan  terus memakirkan keretanya di petak bernombor B4-3-4 seperti SMS yang diterimanya daripada Nurul Ain sebentar tadi.   Pintu kereta Hyundai Tucson bewarna perak itu dibuka dan dia melangkah keluar.  Berbaju T-shirt merah Polo berkolar dan jeans biru ala-ala lusuh warna birunya, Ikhwan Iman tetap kelihatan segak walaupun ringkas.  Beberapa penghuni yang lalu lalang untuk ke kediaman masing-masing mengambil kesempatan menjamu mata melihat keindahan mahluk ciptaan Tuhan dan tidak kurang yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda yang memakirkan kereta di petak yang pada kebiasaannya kosong memanjang.

Matanya mengerling ke jam tangannya.  Awal 10 minit, detik hatinya.

Tidak sukarnya untuk mencari tempat kediaman Nurul Ain dan tidak dinafikan tempat ini strategik dan sesuai untuk gadis sepertinya berulang alik ke tempat kerja.  Persekitarannya pula agak jauh daripada jalan besar berbanding dengan apartment lain pada kebiasaannya di Kuala Lumpur.  Tadi di hadapan pintu masuk, tidak jauh daripada pondok pengawal, terdapat air terjun buatan yang pada pandangannya adalah hasil kerja gotong royong penghuni di sini.  Di belakangnya pula terdapat taman permainan kanak-kanak dan beberapa buah kerusi panjang disediakan, mungkin memudahkan para ibubapa menemani dan memantau pergerakan anak-anak semasa beriadah. 

   “Assalamualaikum.  Lama dah sampai?” Tegur Nurul Ain. Dia mengukir senyuman. Siapa sangka teman yang baru dikenalinya ini tepat masa?

Mendengar suara Nurul Ain, Ikhwan Iman menoleh.  Cantik! Gadis yang mempunyai 2 lesung pipit di hadapannya ini mengenakan blaus putih dan jeans biru.  Tudung syria awning berbunga kecil menjadi pilihan. Tanpa handbag?  Aneh bagi seorang gadis, gumam Ikhwan Iman.

   “Waalaikumsalam.” Salam dijawab.
   “Err...  Baru lagi sampai.  Eh, kata nak ajak... Mak Su awak?” Tanya Ikhwan Iman kemudiannya apabila tiada kelibat sesiapapun di belakang Nurul Ain.
   “Owh.  Tadi dah ajak.  Tanya banyak kali, jawapannya sama.  Tu pun tengah menatap laptop.  Katanya nak siapkan tugasan.”
   “Kalau macam tu, kita nak ajak Miza? Kawan baik awak?” Cadang Ikhwan Iman.  Bimbang kalau-kalau Nurul Ain sebenarnya terpaksa rela menemaninya.
   “Hmm...  Kan tadi dah bagitau Miza pun tak de.  Ke Muar, ada kenduri kawin.  Jadi tinggal awak dengan saya je.” Jawab Nurul Ain. 
   “Tak pe ke?” Ikhwan Iman berasa gusar.

Nurul Ain faham apa yang bermain-main di fikiran Ikhwan Iman.  Bukan nak buat apa pun, nak pegi makan je, hatinya berkata.

   “Dah mintak permission dah.  Pesanan daripada penaja, jangan balik lewat.  Ni pun on the way turun tangga tadi hantar SMS kat Miza.”
   “Mintak kebenaran?” Ikhwan Iman meneka.
   “Ish!  Saje je nak war-war kat dia.  Tapi dia pesan besok-besok kalau awak lapar dan nak mintak teman, dia nak ikut.”

Ikhwan Iman menggeleng kepala.  Di mana ada Nurul Ain, di situ ada Amiza.  Di mana ada Amiza, di situ ada Nurul Ain.  Kecuali kes kenduri kawin dan balik kampung.
           
   “Jom.” Ajak Ikhwan Iman.
   “Jom.” Sambut Nurul Ain.

Kereta itu menyusur perlahan di perkarangan apartment dan terus meluncur laju di jalan besar.  Mujur jalanraya tidak sesak di awal bulan seperti hari ini.  Ramai penghuni kota balik kampung untuk bercuti tambahan pula sekarang musim cuti persekolahan.

Ikhwan Iman diam mencari-cari  idea dan topik perbualan. Inilah kali pertama tinggal mereka berdua kerana biasanya ada Amiza sekali.  Nurul Ain pula melayan perasaan sendiri dan melemparkan pandangannya di luar tingkap .  Lagu Crush dendangan David Archuleta pula berkumandang diputarkan oleh penyampai radio kegemaran Amiza, Fafau.

   “Kita nak makan kat mana?” Tanya Ikhwan Iman memecah kesunyian.
   “Huh? Ish! Siapa yang temankan siapa ni?” Nurul Ain menggiat.
   “Saya jarang makan di luar so tempat pilihan tu agak terhad.  Biasanya awak akan makan kat mana?”  Ikhwan Iman bertanya pada Nurul Ain. Memang bukan kelebihannya unutk mencari port untuk breakfast, lunch atau dinner di luar.  Pada kebiasaannya Shah Fairuz ataupun adiknya.

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya, mencari ilham yang hadir dari perutnya yang akan berkeroncong sebentar lagi.

   “Saya...  Mak Su... Miza... Hmm... Kalau macam tu... Kita try nasi beryani kat JM Beryani Seksyen 13, Tesco Shah Alam.  Nak tak?” Bersemangat benar.
   “Nasi apa?  Nasi beryani?” Ikhwan Iman bertanya bagi mengesahkan tahap pendengarannya. Dinner makan nasi beryani?  Pernah terdengar staff di Ikhwan Holdings bermesyuarat tingkap, biasanya malam-malam tidak makan nasi.  Jaga badan. 

Ish!  Nurul Ain terlupa.  Kena ulang 2 kali.  One more to go.

    “Ha’ah.  Nasi beryani.  Ok ke?  Atau nak makan tempat lain?”
    “Awak makan sekali kan?”
    “Orang nak belanja, takkan tolak.  Semestinya.  Napa?” Pelik, gerutu Nurul Ain.  Takkan bayar asing-asing?  Namun soalan Ikhwan Iman kemudiannya buat dia tergamam.
   “Awak makan nasi beryani malam-malam? Awak tak diet?”
   “Ha...” Nurul Ain melopong.  Biar benar.

Dua puluh minit kemudian...

Ikhwan Iman tersengih macam kerang busuk.  Geli hatinya dengan pertanyaan tentang diet di dalam kereta semasa menuju ke sini tadi.  Sampai sahaja di Tesco Shah Alam, dia dan Nurul Ain menuju ke restoran yang dimaksudkan.  Nasi beryani gam ayam untuknya dan nasi beryani gam kambing pilihan Nurul Ain.  Teringat lagi dia riak wajah pelayan yang mengambil pesanan makanan.  Itulah Nurul Ain.

   “Awak tak takut berat badan naik?”
   “Ish! Pantang tengah tunggu makanan tanya soalan sensitif tu.”
   “Betul langsung tak risau?”
   “Memang badan susah naik pun.  Kadar metabolisma tinggi.  Awak ni pun tak de soalan lain nak tanya?”
   “Ada.”
   “Apa dia?”
   “Seronok bekerja di Venture (M) Corporation?”
   “Hmm...  Bagi saya, asalkan halal dan saya berkeupayaan untuk melakukan kerje dengan baik, itu buat saya bersyukur.   Kenapa?”
   “Boss tak pernah marah-marah?”
   “Tuan Haji?  Tak pernah pulak nampak dia marah-marah.  Baik orangnya.  Dedikasi.”
   “Boss Garang?”
   “Ish!  Mana pernah jumpa.  Simpang malaikat 44.  Napa?  Ni questionnaire nak repot kt dia lah ni?”
   “Saya?  Mana ada.  Saya dengan boss bukan rapat pun.  Habis tu mana tau dia garang?” Duga Ikhwan Iman.
   “Garang tu cuma perkataan yang paling lembut nak describe dia.  Tapi sebenarnya dia pemarah.” Lancar saja Nurul Ain bertutur.
   “Mungkin dia ada sebab kot.  Mungkin nak buatkan semua kerja berjalan dengan lancar.”
   “Marah tu boleh, tapi berpada-pada.  Sepanjang 2 minggu lepas ada terdengar cerita boss marah dalam bilik mesyuarat.  Tak taulah marahkan siapa.  Bila difikirkan kembali staff  kat opis pun bukan budak-budak.  Semua orang dewasa.  Kalau buat silap, buat salah, ada prosedur tindakan yang patut diambilkan?”
   “Awak rasa boleh guna ke cara ambik tindakan tu?”
   “Bergantung.  Yang awak bertugas kat situ macamana?”
   “Dengar kata boss dah slow sikit sekarang.  Marah tu marah tapi nak macam dulu.”
   “Macamana pulak tu?”
   “Entahlah.  Biasanya dengan P.A pun kena marah kalau kat Ikhwan Holdings dulu.  Tapi diaorang agak kamceng sekarang walaupun buat senyap-senyap.”

P.A pun kena marah, gerutu Nurul Ain.  Takkan Mak Su kot?  Tak...  Mak Su P.A kepada tuan yang  lagi besar, Tan Sri Md Ghazali.  Leka Nurul Ain bermonolog sendiri, pelayan restoran menghantar minuman ke meja.  Kedua-duanya dengan sopan mengucapkan terima kasih. Nurul Ain mengacau air teh o limau ais dengan straw ditangannya.

   “Boss dengan Kak Kat?  Seronoklah dia.  Hari tu risau benar.” Perlahan suara Nurul Ain berkata.

Ikhwan Iman membetulkan kerusinya.  Tak senang duduk.  Puan Khatijah? Kak Khatijah?  Kak Kat? Takkan P.A nya itu berpaling tadah?

   “Pernah berbual dengan Kak Khatijah ke baru-baru ni?” Tanya Ikhwan Iman pantas.

Nurul Ain mengangguk kepalanya.

   “Kat surau tingkat 25.  Dia pun ada tanya soalan pelik-pelik.”  Kening Nurul Ain berkerut apabila mengingat kembali sesi perkenalan hari itu.
   “Maksud awak?”
   “Soalan senang je. Asal mana? Belajar kat mana? Tinggal kat mana?” Nurul Ain menyedut minuman berais itu untuk membasahkan tekak.  Nikmat tekak!
   “Saya dengar tak pelik pun.” Lega.  Aku salah sangka, desis Ikhwan Iman.
   “Tak habis lagi. Jap saya minum dulu.”

Ikhwan menunggu dengan setia.  Doa apa untuk menepis sangkaan buruknya ini?  Usai menyedut minuman, Nurul Ain menongkat dagu. 

   “Apa dia?” Gesa Ikhwan Iman.
   “Dia tanya ada boyfriend tak? Dah bertunang ke?  Tu tak pelik?”
   “Owh.  Err…  Ada tak?”
   “Huh?” Nurul Ain terdiam.

Sekali lagi perbualan mereka terganggu tahap intensity nya dengan kehadiran pelayan yang menatang dulang berisi nasi beryani di sisi meja.  Aroma masakan harum menusuk di hidung. Menyelerakan.  Doa makan dibaca dan masing-masing melayan kenikmatan makanan yang dipesan.

Nurul Ain memotong sedikit daging kambing dan diletakkannya ke dalam pinggan Ikhwan Iman.  Dan begitulah sebaliknya sehingga selesai.  Namun ada yang belum selesai secara kesimpulannya.

   “Sedap tak?”  Tanya Nurul Ain apabila dilihatnya bukan sahaja pinggan dia yang licin, pinggan Ikhwan Iman pun licin.  Licin macam kepala Upin dan Ipin.
   “Boleh tahan. Terima kasih banyak-banyak temankan saya.  Tak rugi datang ke sini.  Eh, magnet JJCM pun ada dilekatkan kat dinding belakang kaunter. Recommended lah ni.”

Nurul Ain mengangguk. Dia cuma mendengar Ikhwan Iman memuji makanan yang dipesannya tadi tanpa bersuara.  Dia berazam mahu menghabiskan air minumannya memandangkan gelas Ikhwan Iman pun dah kosong.  Di belakang  Ikhwan Iman pula  kelihatan seorang ibu dan 4 anaknya sedang memandang ke arah mereka.  Mencari tempat duduk kosong.

   “Err...  Awak...  Apa kata kita bangkit?  Pelanggan pun dah semakin ramai ni. Ada yang saya nampak meninjau-ninjau tempat duduk kita ni.  Kesian pulak.”  Potong Nurul Ain.  Eloklah rasanya beredar untuk memberi laluan kepada pelanggan lain menjamu selera.

   “Siap dah?” 
   “Alhamdulillah...”
   “Jom.” Ajak Ikhwan Iman.
   “Jom.” Sambut Nurul Ain.

Di depan kaunter, selesai membayar, Ikhwan Iman bertanya kembali soalan yang tergantung tanpa jawapan tadi.

   “Saya?  Jawapan saya bagi soalan pelik tu?”
   “Ha’ah.  Tadi tak sempat jawab pun.  Pelayan datang kan?”
   “Owh!  Jawapan mudah.  Takde.  Kosong.  Zero.”

Kaki Ikhwan Iman terpaku sebentar.  Tidak mampu bergerak.

   “Laa...  Kenapa?  Jom singgah masuk Hypermarket Tesco  nak?  Nak beli ration kat opis dah habis.”  Tanpa menunggu jawapan daripada Ikhwan Iman, Nurul Ain menuju ke escalator untuk ke Hypermarket Tesco di tingkat atas.
           
Troli kosong yang tersadai di tepi pintu restoran disorong dan Ikhwan Iman menuruti langkah Nurul Ain.  Entah siapa tuan empunya troli, tapi yang pastinya ada cap Tesco.  Dan sekarang entah kenapa pula dia terasa seperti Ultraman Zero, ultraman paling power di kalangan pahlawan ultraman.

   “Boleh. Untuk awak semua boleh.” Perlahan suara Ikhwan Iman menuturkannya.  Nurul Ain berada jauh di depannya, tidak berkesempatan mendengarnya.

[Bab 7-8]

7 comments:

  1. kekurangan tanda masih belajar

    ReplyDelete
  2. post Bab 2 kat http://www.penulisan2u.my on 29/5

    ReplyDelete
  3. sori, fb still utk family... nnt try acc bru

    ReplyDelete
  4. Awk, nice story.. nk bagitahu nie..
    please disable right klik.

    nanti tak pasal-pasal ada orang copy cerita awk.. k?

    bye!

    ReplyDelete
  5. tq... terasa nk bt mcm tu tp ingatkn x serius, but noted. tq.

    ReplyDelete