Bab 15 - 16

Bab15

Ikhwan Iman sedang mengelap badannya yang basah selepas mandi ketika menerima panggilan daripada adiknya, Irdina Iman.  Dia cuma mengenakan seluar bermuda paras lutut berwarna kelabu sementara menunggu pihak hotel bahagian perkhidmatan dobi menghantar baju yang diserahkannya sebelum mandi tadi untuk digosok.  

Berbual-bual kosong seperti ini ketika berjauhan menjadi tradisi dan kemestian bagi kedua-duanya.  Tapi topik perbualan yang seterusnya pasti lebih menarik tidak seperti sebelumnya.

   “Abang balik bila?” Mulutnya penuh mengunyah Pringles.
   “Abang balik pagi esok.  Jam 10 pagi tiba.  Ingatkan nak balik malam ni tapi ada dinner.” Tangannya mengelap pula rambutnya yang basah.
   “Nak adek jemput?”
   “Tak kot.  Abang dah inform Pakcik Musa tadi.  Adek kat mana ni?”
   “Kat rumah PJ.” Kata Irdina Iman pendek.  Matanya tertumpu pada rancangan Sugar di televisyen.
   “Tak balik rumah Damansara?” Tanya Ikhwan Iman merujuk kepada rumah kedua orang tuanya.
   “Tak.  Temankan Nurul?”

Tangannya terhenti.  Tuala yang digunakan untuk mengelap rambut dicampak ke atas katil.

   “Nurul?  Ke mana?  Jumpa Fairuz?”  Ikhwan Iman menuju ke sofa lalu duduk.  Kakinya diletakkan bersilang di atas meja kopi.

   “Haih…  Cemburu?” Usik Irdina Iman.
   “Err… Tak…” Jawab Ikhwan Iman lambat.
   “Ha…  Tu lah.  Adek kata cepat sikit pegi usha.  Submit borang permohonan cepat-cepat.  Sekarang?”
   “Fairuz tu kawan abang, dek.”

Mendengarkan jawapan daripada abangnya, Irdina Iman tersenyum.  Rupa-rupanya abangnya risaukan Shah Fairuz daripada dirinya sendiri.

   “Laa…  Dia pun kira hantar borang tu. Yang bagi approval, tuan empunya badan.  Dia usha je tu.  Mana tau fast approval macam Ezy Rhb.”  Pujuk Irdina Iman berharap dapat memberi semangat.
   “Nurul tak bagi approval lagi?”
   “Rasanya tak.  Abang tak perasan ke? Nurul sendiri pun nampak blurred. Paling tak pun mesti Fairuz bagitau kat abang kan?”

Bukan sahaja Ikhwan Iman tersengih sendiri, hatinya mula berbunga-bunga.  Dia berharap sangat bunga-bunga itu tidak melayu sekembalinya ke Malaysia.

   “Err…  Adek temankan Nurul ke mana?” Tanya Ikhwan Iman menunggu jawapan.
   “Laa…  Ke mana lagi.  Kat rumah abang tingkat atas lah.”
   “Rumah abang?  Dia di sana ke?  Buat apa?” Tanya Ikhwan Iman bertalu-talu. Kehairanan.
   “Dia kata abang bagi telefon.  Abang juga bagi kunci.  Dan tak lupa juga lagi…  Abang bagi arahan verbally dan SMS.  Kemas bilik untuk jadi pejabatkan?”

Ikhwan Iman menggaru-garu kepalanya.  Rambutnya masih basah.

   “Sejak bila?”
   “Sejak Khamis.  Eh, tak.  Hari Khamis, malam Jumaat.  Malam semalam. Mula-mula dia pi tengok-tengok dulu.  Dia susun kotak-kotak tepi pintu.  Dia sapu, mop, sapu. Then dia mengelap semua build-in cabinet bilik tu. Pagi tadi dia start mengemas, masukkan semua satu persatu.” Cerita Irdina Iman panjang lebar.
   “Dia buat semua tu?”
   “Dah tu abang suruh…”
   “Sekarang dia buat apa?”

Irdina Iman memandang telefon bimbit di tangannya.  Biar benar soalan itu keluar daripada mulut abangnya.  Takkan dia boleh nampak apa yang Nurul Ain buat kalau di tingkat yang berbeza, gerutu hatinya.

   “Tak tau pulak. Tadi dengar dalam kereta lepas balik lunch, dia rancang nak mop dan sapu, vacuum satu rumah.  Banyak debu katanya.  Apatah lagi ditinggal berhari-hari.”
   “Dia seorang?”
   “Ha’ah.  Amiza temankan Kak Hanima kat rumah.”

Masing-masing diam sejenak.  Ikhwan Iman tengah merancang sesuatu, Irdina Iman pula menekan-nekan remote control mencari channel yang menarik untuk ditonton.

   “Kalau macam tu, adek boleh tolong abang tak?”

Ikhwan Iman membuka komputer riba di atas meja dan mula menaip dan melayari url portal  internet yang dikehendakinya.  Dia  bercadang menukar tiket penerbangannya ke jam yang awal pagi esok.

   “Boleh tu boleh tapi abang belanja adek. Apa dia?”
   “Jangan bagitau abang balik esok.”
   “Tu je?  Boleh…”

Irdina Iman tersengih.  Sekejap lagi berita gembira itu akan disampaikannya kepada Shah Fairuz.

   “So…  Nak abang belanja apa ni?” Tanya Ikhwan Iman sambil menyandar mendongakkan kepalanya di sofa.  Empuk.

Kali ini Irdina Iman ketawa riang.  Soalan dan pelawaan yang paling dinantinya sebagai pelakon pembantu terbaik dan bermuka-muka tahun 2012.

********** 

Nurul Ain tengah menggosok baju kurung untuk ke pejabat ketika Amiza masuk ke biliknya.  Amiza menuju ke hadapan meja solek dan menekan-nekan sebijik jerawat yang mula kelihatan di pipi kanannya. 

   “Ko buat apa tu?” Tanya Nurul Ain.
   “Jerawat ni ler.  Dalam banyak-banyak tempat, kat pipi jugak nak tumbuh.  Tak jangok.” Rungut Amiza.  Sakit.
   “Tak ja…  ape? Apa ko sebut?”
   “Ala, Abang Usop, despatch kat tingkat aku tu kan orang Marang, Terengganu.  Dia yang ajar jangok tu ape.”
   “Apa dia?”
   “Lawa.  Tak jangok, tak lawa.”
   “Ish!  Perkataan yang sesuai dengan ko je ko nak ambik.”
   “Sukatilah…”

Nurul Ain menjelirkan lidahnya pada Amiza.  Amiza pula mencebik.

   “Dah siap ke?”
   “Sehelai lagi cukup untuk 2 minggu.”
   “Alahai.  Bukan tanya baju yang ko gosok.  Kalau tak sempat pun aku boleh tolong gosok esok.  Pejabat boss yang ko nak decorate tu dah siap?”
   “Ha…  Siap tu dah.  Tengah nak vacuum lepas mop tetiba Cik Dina kena balik ke Damansara so tergendalalah.  Tak nak aku tinggal kat situ.  Buat ke dia pi lama sikit berurusan, sapa nak hantar aku balik?”
   “Bila boss balik?”
   “Ikut flight yang dia suruh tempah dalam jam 10 pagi esok sampai.  Sampai kat rumah pun dah tengahari.”

Nurul Ain menggantung baju yang sepadan dengan kain kurungnya.  Kain kurung berwarna light purple, bercorak bunga kecil diambil daripada penyangkut baju untuk digosok.  Yang terakhir.

   “Ooo… Ko ke sana besok?”
   “Ha’ah.  Sesuai tak kalau ni pakai tudung bawal purple macam design matahari ari tu?” Nurul Ain merapatkan kain kurung itu ke pinggangnya.
   “Ko pakai apa pun sesuai…  Eh, tudung yang ko baru beli dari Kak Rosminah tu ke?”
   “Yang tu lah.  Sesuai tak?”

Amiza terus membuka almari dan membuka laci kedua.  Empat tudung yang sama design, berlainan warna dikeluarkannya dan diletak ala-ala berniaga di kaki lima Masjid Jamek.

   “Ala…  Lawanya…  Sweet sangat.  Besok-besok kalau Kak Rosminah bawak lagi, ko call aku siap-siap tau.”
   “Iye lah…”

Sambil mengayakan tudung tersebut satu demi satu, dia bertanya.

   “Encik Fairuz dengan Cik Dina macamana?”
   “Ok kot.  Lunch tengahari tadi dia belanja.  Tersempak kat Amcorp Mall.”
   “Kebetulan pulak?”
   “Singgah ke situ nak ke Ambank.  Ada urusan.  Then dia hala ke Digital Mall. Nak cari external hardisk baru.”
   “Cik Dina?”
   “Bab macam ni aku tak berapa pasti tapi ada chemisty yang tersembunyi.”
   “Boss?”
   “Kenapa dengan boss?”
   “Bukan kenapa dengan boss.  Ko kan suka tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta dulu?  Ni aku nak tukar tajuk.  Ada Apa Dengan Boss…  Aku syak dari dulu lagi dia minat kat ko, Ain.”
   “Ish! Ko ni…  Tengok buku dan akaun bank dulu.”
   “Dia buka mata duitan lah.”
   “Ish!  Pening jugak ko ni, Za.  Even kalau kita berkawan dan berbaik pun, orang akan kata aku yang mata duitan.  Tak nyempat-nyempat.  Baru kerja dah tangkap Pengarah Besar Urusan.”
   “Ko ok ke dengan dia?” Tanya Amiza, berpaling.
   “Boss?  Dia tu susah nak cakap.  Sekejap macam ni, sekejap macam tu.  Angin kus-kus, garis badai, monsun, tornado, rebut petir, bayu laut, bayu darat semua ada.  Tunggu apa jadi je.”

Amiza duduk di birai katil.  Tudung berwarna kuning cair masih di kepalanya.  Berbaju tanpa  lengan, berseluar pendek paras lutut tapi bertudung. Tidak sesuai.

   “Paling tinggi pun orang akan kata cinta pejabat macam artis and pelakon kata, cinta lokasi.”

Nurul Ain mengerutkan keningnya.  Pulak dah!

   “Ish!  Sampai situ ko yek?” Marah Nurul Ain.
   “Esok ko ke sana lagi?” Amiza bertanya, tidak mengendahkan Nurul Ain.
   “Awal kot, tak nak bertembung.  Aku pinjam kereta Mak Su.  Nak ikut?”
   “Tak kot.  Hamzah jemput aku jam 9 pagi esok.  Abah ajak kami sekeluarga pi lepak kat PD.  Petang Ahad balik.”
   “Seronoknyer…”

Memang di hati kecilnya terbit sedikit cemburu dengan Amiza dan keluarganya. Kemesraan yang terjalin, kasih sayang yang ditunjukkan.

   “Cik Dina tak ambik?  Tak temankan?”
   “Dia kata lambat kalau tunggu dia so dia dah bagi tenant punya access card.”

**********

Ikhwan Iman sempat melelapkan mata ketika Musa menegurnya memecah kesunyian.

   “Penat sangat, Encik Ikhwan?”
   “Taklah penat sangat tapi belakang tengkuk ni lenguh sejak semalam lagi.” Kini matanya terbuka luas.
   “Ooo…  Kita ke Damansara ke ni?” Tanya Musa kepada anak majikannya.
 
Tanpa apa-apapun tanda isyarat seperti lampu isyarat di jalan raya, tiba-tiba Ikhwan Iman bingkas menegakkan cara duduknya dan tersengih.  Lupa sebentar dengan lenguh di tengkuk dan puncanya sekali.
Musa mengerut kening. Pertanyaan Musa langsung tidak berjawab.

   “Kenapa Encik Ikhwan?” Musa kehairanan.  Tidak pernah dia melihat Ikhwan Iman berkelakuan seperti ini sepanjang dia bekerja sebagai pemandu kepada Tan Sri Md Ghazali, suami isteri.

Ikhwan Iman meraup wajahnya dengan kedua tangannya.  Senyuman terukir di bibirnya.

Musa menggeleng kepala.

   “Saya nak tanya sesuatu boleh, Pak Musa?”
   “Boleh… Encik Ikhwan nak tanya apa?” Matanya dihalakan ke depan dan isyarat masuk ke lorong tengah diberikan.  Kereta Toyota Vios berwarna putih memintasnya dengan laju.
   “Kenapa Pak Musa sentiasa berencik-encik dengan saya?”

Musa  tersenyum.  Minggu lepas, Irdina Iman bertanya tentang perkara yang sama.  Hari ini jawapan yang sama juga akan diberikan kepada abangnya pula.

   “Seisi keluarga Tan Sri Md Ghazali adalah majikan saya, jadi itu yang patut pekerja buat kan?”

Ikhwan Iman diam.  Agak-agaknya Nurul Ain pun berfikir tentang logik yang sama, hatinya berkata.

   “Perbezaan majikan dan pekerja?”
   “Memang berbeza pun.  Tapi tanda menghormati majikan dan di sebalik itu, diharap majikan suka dengan cara kita bekerja.”
   “Itu je?”
   “Encik Ikhwan nak tahu apa?”
   “Err…  Ada seorang kawan baik saya ni… Dia ada pekerja yang dia minat. Pekerja itu tak tahu latar belakang kawan saya ni.   Dulu dia dan gadis tu berkawan.  Tak lah baik sangat tapi ok.  Entah bagaimana, keadaan tidak mengizinkan.  Kawan baik kepada kawan baik saya ini, minat jugak. So, keadaan yang agak genting.  Lebih kurang time itulah gadis tu tahu latar belakang kawan baik saya ini.  Gadis itu seperti menjauhkan diri tapi dia baik pula dengan kawan baik kepada kawan baik saya ini.  Kawan baik saya ni serba salah.”

Musa mengangguk sahaja.  Bukan dia tidak pernah mendengar celoteh Irdina Iman dan Puan Sri Mardinah di dalam kereta tentang perkara yang sama.  Tuan empunya badan yang punya kisah. Musa mengambil langkah selamat dan diplomasi.

   “Susah jugak ni, Encik Ikhwan.”

Ikhwan Iman dilihatnya tersentak.  Air mukanya keruh.

   “Susah?” Ulang Ikhwan Iman.
   “Kawan baik Encik Ikhwan dan kawan baik kepada kawan baik dia…  Hmm… Tak salah kalau kita bersaing secara sihat dan tidak melukakan hati sesiapapun. Tapi keputusan samada menerima atau tidak, bergantung pada gadis tu.”
   “Tapi gadis tu macam tak suka dan tak bagi respond.”
   “Encik Ikhwan harus faham situasi si gadis. Sifat pemalu tu ada.”
   “Malu…”

Kenangan lalu diimbas.  Bukan tempoh masa yang lama, baru dalam 7-8 bulan.  Nurul Ain gadis yang ceria dan berpotensi menceriakan orang di sekelilingnya hanya dengan senyuman.  Dia juga gadis yang sentiasa tidak berpuas hati. Protes memanjang, tapi protes dalam diam dan dalam diam akur juga.

   “Kenapa, Encik Ikhwan?”
   “Saya tak fikir gadis tu pemalu.”

Musa tersenyum.  Anak majikannya itu tanpa sedarnya mengesahkan perasaannya sendiri.

   “Kita ke rumah saya di PJ, boleh?”
   “Siapa kata tidak boleh?” Ujar Musa.

**********

Nurul Ain menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang didownloadnya dalam MP4 yang tersangkut di poket jeans nya. Di kedua telinganya terpasang earphone MP4 hadiah daripada Mak Su Hanima nya semasa harijadinya ke-23.  Dengan usia yang bakal menginjak ke-24 tahun, dia berharap Mak Su nya menghadiahkan Food Processor jenama Panasonic untuk projeknya dengan Amiza.  Dia tersenyum sendiri.  Konon!

Volume dikuatkan sehingga hampir ke tahap maksimum. Tangannya pula rancak dan sibuk membasuh kuali leper dan kuali yang digunakannya untuk memasak sebentar tadi.  Ayam masak lada hitam dan kerabu mangga. Bukan niat di hati untuk memasak dengan harapan untuk mengampu tetapi mengenangkan majikannya pasti penat sekembalinya dari Singapura.

Di luar pintu kediaman mewah itu lain pula kisahnya. Puas  untuk Ikhwan Iman menekan loceng berkali-kali namun tiada jawapan.  Nombor telefon bimbit juga ditekan untuk memberitahu kedatangannya namun tiada jawapan juga.  Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka pintu dengan kunci pendua diikuti dengan nombor keselamatan sistem penggera.   

Pintu ditolak.

Dia melangkah menuju ke dapur mengikut suara yang menyanyi-nyanyi kecil.  Pintu ditutup semula dan beg dan jaket diletakkan di atas sofa.  Baru sahaja dia memasang langkah untuk masuk ke pintu dapur, matanya tertumpu pada selendang dan anak tudung yang tersidai di kerusi meja makan.  Langkahnya dimatikan.

Ikhwan Iman mengeluarkan telefon bimbitnya dan seperti tadi menekan nombor milik Nurul Ain tapi nampaknya bunyi telefon bimbit itu kedengaran di dalam beg pouch di atas meja kopi.  Dia mengeluh dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk berbaring di sofa dan menutupkan matanya sambil mendengar Nurul Ain menyanyi kecil.  Stoking di kaki ditanggalkan.

Mata yang ditutup terus lelap, letih.

**********

Entah berapa lama majikannya telah tertidur di sofa.  Jam baru menginjak ke pukul 11 pagi.  Seingat Nurul Ain, dia sampai di kediaman ini tepat jam 8:30 pagi dan leka di dapur semenjak itu.

Nurul Ain duduk menongkat dagu. Duduk pun serba tidak kena.  Sekali sekala dia mengeluh mengenang nasibnya sendiri.  Kenapalah…

Dia curi-curi melarikan matanya pada sekujur tubuh yang baring di sofa di hadapannya.  Tegap! Wajah itu pula kelihatan tenang dalam tidurnya.  Hilang stress yang kadang-kala nampak ketara pada air mukanya. Dan…  Satu yang dia tidak nafikan.  Kacak!

Nurul Ain  memejam mata dan menggeleng-gelengkan kepalanya dengan harapan wajah kacak itu terpelanting keluar daripada ingatannya.  Anak tudung berawning dengan selendang dibetulkannya.  Goyang-goyang, geleng-geleng, senget fesyen tudung. Ish!

   “Apa yang awak geleng-gelengkan tu?”

Tersandar Nurul Ain, terperanjat. 

   “Saya tau saya kacak, Nurul.” Seraya berkata, Ikhwan Iman duduk dan meraup wajahnya dengan kedua tangannya.

Mata Nurul Ain terkebil-kebil.  Biar benar… Cepat-cepat dia berdiri dan mengambil pouch bag di meja.

   “Err…  Kalau tuan dah bangun, saya nak balik dulu. Ehemm… Aaa…  Nasi saya dah panaskan, lauk pun ada atas dapur.  Kerabu mangga dalam…”

Ikhwan Iman bangun. Nurul Ain berundur setapak. Majikannya maju dua tapak, Nurul Ain berundur dua tapak.  Majikannya mengerut kening, Nurul Ain menelan air liur. Kenapa baru hari ini dia perasan majikannya ini tinggi, tegap dan kacak? Sekali lagi dia menelan air liur.

   “Siapa bagi kebenaran awak balik?  Saya tak periksa lagi bilik yang saya minta tolong awak kemaskan hari tu.”
   “Err…” Nurul Ain teragak-agak.
   “Sapa lagi nak temankan saya makan?”
   “Tuan…”
   “Nombor security di pintu saya dah tukar time masuk tadi.” Ikhwan Iman berbohong.
   “Huh? Tukar?” Nurul Ain terkedu.
   “Awak duduk diam-diam kat sini.  Saya nak mandi.  Kita makan sekali dan kita ada perkara nak dibincangkan.”

Bukan dia tidak tahu apa yang bermain-main di fikiran gadis itu.  Sengaja dia berbohong tentang pintu untuk mengelakkan Nurul Ain beredar cepat. 


Bab16

Hujan turun dengan begitu lebat.  Tempiasnya di tingkap membuatkan pemandangan di luar pun kabur. Nurul Ain mengeluh kecil.  Bukan tidak mensyukuri rahmat Allah, tapi terkandas di sini bersama majikannya bukan sesuatu yang dipanggil rahmat.  Lambat-lambat dia meletakkan dua gelas jus oren Peel & Fresh di atas dulang.

Ikhwan Iman sedang membelek-belek telefon bimbitnya ketika Nurul Ain datang menatang dua gelas air dan menghidangkannya di atas meja.  Wajah itu kelihatan keruh ketika bunyi SMS masuk buat sekian kalinya sejak sebelum makan tengahari tadi.  Nurul Ain duduk diam membisu.  Siapa agaknya?

Ikhwan Iman mengambil keputusan untuk menutup telefon bimbitnya.  Bukan itu sahaja, bateri pun ditanggalkannya sekali.

   “Hmm…  Menyusahkan betul!” Marah Ikhwan Iman.  Nurul Ain tersentak lalu tunduk.

Majikannya itu menyandarkan badannya.  Dahi dipicit-picitnya.  Tengkuknya kembali lenguh.

   “Tuan, minum dulu.” Pelawa Nurul Iman.

Ikhwan Iman cuma mengangguk kemudian mengubah posisi duduknya.  Mereka bertentang mata.

   “Nurul, saya nak tanya awak sesuatu.  Boleh?”
   “Tanya?  Tuan nak tanya saya?”  Nurul Ain menunjuk jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri dan Ikhwan Iman mengangguk.
   “Saya perlukan enclosure.”

Mendengar kata-kata majikannya, Nurul Ain diam.  Ikhwan Iman menarik nafas panjang.

   “Awak ingat lagi perbualan semasa kita di rumah awak beberapa minggu lalu?”

Alamak! Buat malu ni, hatinya mengeluh.  Badannya terasa berpeluh-peluh.  Peluh sejuk.

   “Tuan…  Saya rasa saya faham maksud…” Nurul Ain cuba mengelak bercakap tentang perkara yang membuatkannya malu sendiri.
   “Tak… Awak tak faham, Nurul.  Saya nak awak tahu yang saya suka kalau awak berkawan dengan Fairuz atau Fairuz berkawan dengan awak.  Ikhlas saya katakan sebab Fairuz seorang lelaki yang baik.”
   “Tuan.” Nurul Ain bersuara.
   “Saya juga gembira awak berkawan dengan Fairuz dan sebaliknya.” Sambung Ikhwan Iman. Suka dan gembira.

Nurul Ain menggigit bibirnya.  Aku yang tidak faham rupanya? Nampaknya, lelaki di hadapannya ini perlu diberitahu siapa sebenarnya tidak faham, gerutu hatinya.  Kemudian kedua-duanya diam sejenak.

   “Tuan gembira, semua orang gembira tapi saya tak gembira langsung.  Tuan, kenapa kita perlu berbincang tentang perkara yang dah berlalu?” Nurul Ain cuba menamatkan perbualan.
   “Saya ada sebab… Err… Err… Fuh!  Baik saya berterus-terang, Nurul. Entah kenapa, sekarang saya rasa tidak gembira pulak awak dan Fairuz berkawan.  Saya sendir rasa pelik.”  Ikhwan Iman menahan nafas menunggu reaksi Nurul Ain.
   “Huh?” Nurul Ain seperti tidak pasti apa yang didengarnya.
   “Saya tidak pasti kenapa, tapi saya akan menganalisa diri saya sendiri.  Mungkin silapnya pada saya.”

Cepat-cepat Ikhwan Iman menyampaikan sebabnya kerana tidak mahu berada dalam situasi janggal ini terlalu lama.

Pelik! Nurul Ain kehilangan kata-kata. 

Melihatkan Nurul Ain diam dan memandang tepat ke arahnya, Ikhwan Iman berasa malu dan menggaru kepalanya.  Berfikir tentang ayat seterusnya.

   “Awak ok kan berkawan dengan Fairuz?”

Nurul Ain diam.  Air di gelas diteguknya.  Kering tekaknya.

   “Err… Lu… Lupakan apa yang sa… Saya cakap sebentar tadi.  Ta… Tapi saya agak kekok bila dengar Fairuz memanggil awak dengan panggilan baby.”

Air tersembur keluar dan Nurul Ain terbatuk-batuk. Ikhwan Iman lencun. Alamak!

   “Maaf.  Maaf.”  Kata Nurul Ain tersekat-sekat, terbatuk-batuk.
   “It’s okay.  A very sensitive word, I guess.” Ikhwan Iman mengesat air di mukanya dengan baju.

Nurul Ain mengurut dadanya dan tangannya digerak-gerakkannya mengatakan tanda tidak.  Mahu sahaja Nurul Ain menceritakan tentang komplot Shah Fairuz untuk memancing Irdina Iman, apakan daya kerana janji.  Janji harus ditepati.  Mungkin ada jalan penyelesaiannya.

   “Encik Fairuz hendak berkawan. Dia panggil untuk mengusik saya, tuan.”

Ikhwan Iman mengukir senyuman.  Ada benarnya kata-kata adiknya, Irdina Iman.

**********

Shah Fairuz yang sedang membetulkan kolar bajunya di cermin kereta terhenti.  Wajah Irdina Iman, bakal buah hati kesayangan dipandang.  Itu sebab Irdina Iman mengajaknya ke sini.  Kali pertama dalam sejarah, Irdina Iman mengundangnya ke rumah persendiriannya bukan rumah kedua orang tuanya.

   “Ikhwan balik awal? Hari ni? Jam berapa?” Tanya Shah Fairuz.  Fokus.
   “Ha’ah.  Tak pasti jam berapa, tapi awal lah.  Nak call pun tak dapat lagi.  Signal terganggu.  Hujan lebat kan?” Jawab Irdina Iman acuh tak acuh.
   “Dia tak cakap kenapa dia balik awal?” Shah Fairuz menyandar di kereta.
   “Tak.  Kenapa? Abang tukar tiket sebelah petang before dinner, semalam.” Irdina Iman menyandang beg tangan di bahunya.

Shah Fairuz menggosok dagunya.

   “Kenapa?” Irdina Iman kehairanan.
   “Dia call tak lepas dinner semalam?”
   “Tak. Sampai sekarang pun tak.  For the third time, kenapa?”
   “Kenal Syarini?”

Pertanyaan Shah Fairuz menguatkan perasaan ingin tahunya.

   “Sya…  Who?”
   “Syarini… Azmeer…  Jacklyn? Ingat?”
   “Syarini…” Irdina Iman mengimbas nama itu.  Siapa yang tidak kenal? Dia mengangguk kepala. Kenal.  Kenal benar…

Shah Fairuz mengangkat bahunya.

   “She’s back.”
   “Dah hampir 7 tahun kan…” Ujar Irdina Iman.
   “Dia SMS Ikhwan di Singapore.  Semalam berjumpa semasa dinner.” Kata Shah Fairuz lagi.
   “Okay.  Tapi kenapa kita berbual tentang Syarini?” Tanya Irdina Iman.  Entah kenapa dia seolah-olah tahu ke mana hala perbualan mereka ini dan dia tidak begitu pasti dia akan menyukainya.
   “Nampak gaya lepas Azmeer, Ikhwan pulak kot.”

**********

Ikhwan Iman kembali duduk menyandar di tempat tadi cuma kali ini pakaiannya telah ditukar dengan yang lain.  Wajahnya pun nampak segar, bersih dan bebas  semburan percuma daripada Nurul Ain. Nasib badan…

   “So, kita masih kawan?  Awak pun dah selesa kawan dengan Fairuz atau dengan Shah, panggilan manja?” Usik Ikhwan Iman.  Nada mengusik tapi perasaan ingin tahu membuak-buak tentang status Shah Fairuz di mata Nurul Ain.
   “Err… Shah… Ooo… Itu… Itu saya balas panggilan dia kerana mengusik saya.”  Entah kenapa Nurul Ain cuba menangkis soalan kedua berbaur usikan daripada Ikhwan Iman tapi soalan pertama masih tergantung, tidak berjawab.
   “Maksud awak, Nurul?”

Loceng di pintu yang kedengaran menyelamatkan Nurul Ain untuk menjawab a.k.a berterus-terang dengan majikannya.  Nurul Ain mengeluh lega.  Namun dalam hatinya cuak. 

Siapa? Pegawai agama?  Pegawai pencegah maksiat? Ish!

Ikhwan Iman dengan tenang bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu lalu dibukanya.  Shah Fairuz dan Irdina Iman tercegat di luar pintu sambil tersenym lebar.

   “Assalamualaikum.” Shah Fairuz memberi salam. Irdina Iman menghadiahkan ciuman di pipi abangnya.  Perlakuan yang diharamkan oleh abangnya ketika berada di pejabat.  Malu…
   “Waalaikumsalam.” Ikhwan Iman dengan senyuman, menjawab salam.

Irdina Iman menjengketkan kakinya dan melambai tangan kepada Nurul Ain yang berada jauh di belakang abangnya.

   “Ha…  Abang dengan baby buat apa?” Usik Irdina Iman melangkah masuk.

Ikhwan Iman memejam mata menyeringai mendengar usikan adiknya. Baby lagi!  Shah Fairuz pula menepuk bahunya beberapa kali.  Pintu ditutup kembali.

Nurul Ain menyambut dengan senyuman.  Senyuman gelabah.  Ikhwan Iman kemudiannya menyandar sebelah bahunya di dinding.  Pandangannya terarah pada Nurul Ain.  Menunggu reaksi daripadanya.

   “Dah siap?” Tanya Irdina Iman sekadar berbahasa, menyelamatkan Nurul Ain yang gelabah dan serba salah.
   “Siap?” Nurul Ain bertanya kembali.
   “Pejabat boss?” Kata Irdina Iman perlahan.
   “Ooo… Dah.  Tadi lagi.  Nak gerak balik tapi hujan lebat.”  Jawab Nurul Ain juga perlahan.
   “Tak pe.  Boss boleh dipercayai.” Bisik Irdina Iman.
   “Erk!”
   “Hmm… Kenapa macam bau masakan je ni?” Irdina Iman terus menuju ke dapur meninggalkan Nurul Ain terkedu.  Aroma sedap dan menyelerakan. 
   “Lunch kot?  Belum makan ni, bro.  Takkan makan sorang?” Shah Fairuz mengekori Irdina Iman ke dapur.

Nurul Ain dan Ikhwan Iman saling berpandangan. Pandangan tertanya-tanya kedatangan Irdina Iman bersama Shah Fairuz ke situ.

   “Abang! Dina dengan Fairuz nak jemput diri sendiri makan ni!”  Suara Irdina Iman sedikit kuat dari dapur.
   “Huh? Makan? Err… ”  Nurul Ain serba salah.
   “Sedap…  Jangan risau.  Jom temankan diaorang.” Ajak Ikhwan Iman. 

Bukan sedap atau tidak menjadi keutamaan Nurul Ain tapi kewajaran situasi dengan mereka berempat di kediaman mewah itu. 

   “Tuan…”
   “Jom.  Bukan orang lain pun. Adik dan kawan saya.”

Hendak ditolak, terasa lagi pelik.  Akhirnya Nurul Ain menurut.

   “Siapa masak ni?  Nurul?” Tanya Irdina Iman.  Tangannya mengeluarkan lauk ayam masak lada hitam daripada microwave.  Kemudian dia mencedok kerabu mangga daripada bekas tupperware tertutup berbentuk bulat dan diletakkan ke dalam mangkuk.

Shah Fairuz pula sibuk tanpa banyak bicara mencedok nasi ke dalam pinggan. Dua pinggan.

   “Eh, sayur dah habis…  Ok ke?” Tanya Irdina Iman kepada Shah Fairuz di meja makan.
   “Ok je.  Jom.  Makan sekali…  Lagi?” Pelawa Shah Fairuz kepada tuan rumah dan dan bakal tuan rumah.

Ikhwan Iman menjongketkan keningnya dan menggelang kepala.  Nurul Ain menelan air liur.

**********

Di dalam bilik pejabat baru, Ikhwan Iman dan Shah Fairuz ditinggalkan berdua oleh Irdina Iman dan Nurul Ain yang beransur keluar ke ruang tamu setelah membuat lawatan tapak hasil dekorasi Nurul Ain. Shah Fairuz menggelengkan kepalanya mengagumi bakat gadis itu.  Ringkas dan praktikal. Entah bagaimana kehidupan teman baiknya itu kelak jika asyik menghabiskan masa di bilik di mana mendapat sentuhan emas daripada Nurul Ain.

   “Macamana Syarini?” Akhirnya Shah Fairuz bersuara menunggu seketika selepas Irdina Iman dan Nurul Ain menutup pintu.
   “Entahlah.” Agak lambat Ikhwan Iman menjawab walaupun dia tahu Shah Fairuz menanti saat ini untuk bertanya.  Dia menyandar pada kerusi dan menutup mata.

Shah Fairuz menyelak majalah Anjung Seri keluaran terbaru yang diambilnya daripada rak di tepi meja.  Terdapat initial Nurul Ain di front page. Bukan setakat sentuhan emas Nurul Ain di sini tapi majalah pun ditinggalkan di bilik ini.

   “Aku call kau banyak kali sejak awal pagi tadi tapi tak dapat-dapat pun.  Mujur Dina ajak aku ke sini.”
   “Aku off kan telefon. Bateri pun aku tanggalkan.”
   “Macam tu sekali?”  Shah Fairuz mengangkat muka.

Ikhwan Iman memicit-micit dahinya.

   “Aku jumpa dia mabuk di hotel, bro. Di luar bar.  Dia… Dia agak berbeza daripada dulu.  Hmm… Jauh berbeza.”
   “Bukan berbeza, bro.  Dia berubah.  Kau tegur dia tak?”
   “Aku tak kenal langsung pada mulanya.  Then bila dia tegur… Aku speechless.  Sejak bila dia jadi begitu?  Jadi macam tu?”  

Ikhwan Iman memandang ke siling.  Terbayang-bayang keadaan dan situasi pada waktu itu.

   “Aku tak tahu berapa lama, bro.  Semua pilihan di tangan sendiri.  Tapi kenapa kau off kan telefon?  Apa kena mengena dengan Syarini?” Tanya Shah Fairuz tidak faham.

Dilihatnya Ikhwan Iman menggosok kedua matanya. 

   “Dia mabuk or separuh mabuk. Itu aku kurang pasti.  Entah berapa banyak air penyakit itu diteguknya.  Aku terserempak pun time dia bergaduh dengan seorang Chinese lady.  At first, aku tak pasti tentang apa.  Then ada sorang Mat Saleh masuk campur.  Kemudian bertambah ramai.  Then out of nowhere aku yang tetiba jadi Good Samaritan.  Aku sendiri pun confused.”
   “Itu saja?”
   “Afterward baru terbongkar yang Chinese lady tu isteri kedua kepada one of the prestigious tycoon in South East Asia.   Syarini claimed aku boyfriend dia dan bukan suami Chinese lady tu. Aku tak pasti aku di dalam situasi mana tapi since last night aku dapat SMS dari Syarini dan calls daripada reporters.  Itu belum kedua orang tua aku lagi.”

Shah Fairuz meletakkan kembali majalah di tangannya pada tempat asalnya.

   “Reporter?”
   “Itu aku cakap tadi aku confused.”
   “So apa yang Sya nak?”
   “Dia tak kata nak apa-apa pun.  Just to have a  dinner and to say sorryThat’s it.  Tapi yang reporters ni aku tak berapa faham apa tujuannya.”
   “Pasal reporters tu aku akan uruskan.  Tapi Sya?”
   “Aku tak tahu tapi dia sempat SMS sejurus lepas arrival pagi tadi bagitau dia akan pulang ke KL petang ni.”
   “Kau nak tahu apa pendapat aku?”
   “Apa dia?”
   “Kau kena ada plan A, plan B and plan C.
   “Kenapa?  Maksud kau, bro?”
   “Kau tengok je nanti.  Bincang dengan Dina.”

[Bab 17-18]

8 comments:

  1. still in progress... luv,peace!

    ReplyDelete
  2. Penantian itu suatu penyiksaan... Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. to Lia... pg ni ada final exam, 2nd paper. we'll be in touch. gamsahamida...

    ReplyDelete
  4. Tak per... Masih tabah menanti... Good luck... ;)

    ReplyDelete
  5. Ala... Tak sempat nak feel lebih2.. Hehehehe... Tak ok tu Dari tak de kan... Wahhh... Rajin nyer nurul... Buat pelik pulak ikhwan ni.. Dah bagi kunci rumah... Apa lagi nurul tu nak buat kan.. Tapi tak puas la tak dapat tahu apa yang nurul rasa... Hehehehe... Nak lagi boleh???!!!... Hehehehhe....

    ReplyDelete
  6. Wahhhh.. Ni yg best ni... Tak sabar rasanya... Heheheehee.. Tq3...

    ReplyDelete
  7. sempat layan citer ni. best. suke part 'ko dengar-ku dengar apa' tu...nak tunggu cam ne en-analyst tu nak tackle cik ain...

    ReplyDelete