Bab 17 - 18

Bab17

Amiza melambai-lambai kedua-dua tangannya setinggi-tinggi yang boleh sehingga kelibat MPV Ezora milik keluarganya hilang dari pandangan.  Dia tersengih dan menutup pagar rumah. Sunyi.

   “Amoi!  Lu balu balek kah?”  Tegur Mrs. Lee, jiran sebelah rumah.

Amiza menoleh ke sebelah kirinya.

   “Haiya…  Aunty Lee.  Balu maahh…”
   “Lu talak mau balek lumah kamu sendili sana?” Mrs. Lee menunjuk ke arah utara.
   “Bukan talak mau, aunty. Lumah sana saya sayang, lumah sini saya suka.  Satu tempat keleja, aunty.”
   “Ooo… Itu macam kah?  Lu balek dali mana?  Manyak hitam ini hali?”
   “Pegi cuti di PD.  Dekat je.” Kata Amiza kemudiannya.
   “Itu Nulul?”
   “Nurul…  Bukan Nulul, aunty.” Amiza membetulkan sebutan nama Nurul Ain untuk Mrs. Lee.
   “Susah mau sebut itu macam.  Sama bunyi cukup maah…”
   “Dia ada banyak keleja lah, auntyBusy…
  “Itu macam aunty nampak sunyi ini lumah.  Minah, aunty nampak.”
  “Siapa?  Minah?”

Amiza ketawa besar sambil menahan perut. 

   “Hanima lah, aunty.” Sekali lagi Amiza membetulkan nama untuk Mrs. Lee tapi kali ini nama Mak Su Hanim.  Hanima bukan Minah!
   “Sudah tuka kah?” Mrs. Lee tersengih sumbing.

Amiza mengesat airmatanya.  Sakit perutnya ketawa dengan nama Mak Su Hanim yang terbaru.  Minah!

   “Aunty nak ke mana ni?” Tanya Amiza.
   “Ini Siro mau buang air itu macam.” Mrs. Lee merujuk kepada anjing baka Labrador-Retriever miliknya.
   “Laa… Anjing pun mau teman ke?” Amiza kehairanan.  Bukan sahaja anjing itu besar tapi ganas rupanya.  Siapa berani hendak dekat apatah lagi hendak menculik jika dibiarkan buang air bersendirian pun diluar, omel Amiza di dalam hati.

Mrs. Lee tetap dengan senyumannya dan seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Amiza.

   “Aunty manyak sayang ini anjing.  Jaga lumah aunty, jaga lumah Nulul.  Itu sebab mau baik-baik maahh..”
   “Ha’ah kan, aunty.  Jangan marah aunty.  Saya mau masuk dulu.  Nak solat.”
   “Wokey, wokey.  You go, you go.”
   “Bye, aunty.” Amiza melambai tangannya lalu menuju ke pintu rumah yang sedia terbuka.

Nurul Ain tersengih di tepi tangga berhampiran pintu utama rumah.

   “Suka benar ko gelak dengan aunty tadi?”
   “Ko dengar tak dia sebut nama ko dengan nama Mak Su?  Mau tak aku ketawa sampai sakit perut.”
   “Dengar…  Dengar ko gelak lebih.  Awal sampai? Baru jam 3 petang.”

Amiza membuka kasutnya dan menghentak-hentakkan kasutnya yang masih berpasir.

   “Abah kena gerak ke JB malam ni.  Lepas Isyak kot.  Ada meeting di UTM.”  Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
   “Ooo…  Dah makan?” Tanya Nurul Ain.
   “Dah.  Singgah di Dengkil tadi.  Mak Su mana?” Amiza meninjau ke dapur.  Dua beg kertas yang sederhana besar diletakkannya di lantai.
   “Pi kenduri kat jalan depan tadi.”  Nurul Ain mengekorinya dari belakang.
   “Nampak jugak tadi ada kenduri.  Ko tak pi?”
   “Penat.  Ada buah tangan ke?”

Kini, tangan Amiza sibuk mengorek hingga ke dasar beg kertas.  Jumpa!

   “Haa… Ni ada 5 keychain felt ikan dan 5 penanda buku.  Ok?”
   “Thank you.  Mak Su?”

Amiza bergerak ke tangga.

   “Aku beli kain pareo 2 helai.  Dia pesan hari tu.  Ko tengok dalam beg kertas yang satu lagi tu.”  Amiza melangkah tangga untuk ke tingkat atas.

Nurul Ain terus mendapatkan beg kertas yang kedua.  Dua kain pareo itu diangkat tinggi.  Satu berwarna biru dan terdapat corak kepah menghiasi kaki kain.  Satu lagi berwarna ungu dengan motif batu karang.

   “Fuh! Cantik! Pi makan tak tempat yang Abang Halim syorkan tu?” Tanya Nurul Ain tanpa memandang Amiza.
   “Mau nye tak abah aku tak pegi.  Makan sakan dia.  Ibu aku takut dia gout je.  Ada novel jugak dalam tu.  Sempat aku singgah karnival buku kat Padang Merdeka PD.  Aku nak mandi, nak solat dulu.”
   “Itu yang nak dengar tu…”  Nurul Ain tersenyum.

**********

Nurul Ain bersila kemas bersedia untuk mengopek dan mengunyah kuaci, salah satu titbits yang menjadi kegemarannya. 

   “Then lepas tu?” Tanya Amiza ingin tahu.
   “Aku dgn Cik Dina keluar.  Lama jugak boss dengan Encik Fairuz kat dalam bilik tu.  Maybe ada perkara tentang kerja kot.  Malas nak ambik tau.  Hari Sabtu kan?  Sabtu Ahad cuti.”
   “So boss puas hati tak dengan bilik opis yang ko decorate tu?”
   “Sampai ke sudah tak cakap apa pun.”
   “Encik Fairuz dengan Cik Dina?”
   “Hmm?”
   “Kalau dah jumpa kuaci, nak jawab soalan aku pun nak tak nak yek?”
   “Tengah kusyuk, beb.  Rasanya mereka tak perlukan bantuan aku.  Ok je tu.  Datang bersama, balik pun bersama. Aku pun tak perlu pekak telinga bila Encik Fairuz panggil aku baby.  Boss pun tak perlu asyik sebut benda pelik-pelik.”
   “Ni menarik je bunyi nye.  Boss sebut pelik-pelik yang macamana?”
   “Semua tak masuk akal.  Kalau macam yang Aunty Lee selalu sebut, cakap itu macam, cakap ini macam.  Suda tuka kah?”  Nurul Ain mengikut pelat Mrs. Lee berbahasa Melayu.

Amiza tersengih.

   “Boss belikan apa-apa tak untuk ko?”
   “Beli?  Aku tak pesan pun.”
   “Ko ni…  Latest phone pun boleh beli, takkan souvenir kecik pun tak de?”
   “Ish!  Buat apa nak beli untuk aku?”

Bip! Bip!  SMS masuk.  Kelam-kabut Nurul Ain menyeluk poket seluar tracksuit mengambil telefon.
     
      As-Salam. Bt pe?

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya.

           W’slm. X bt pe.
      Esok dtg awal.
           Sy mmg dtg awal, tuan.
      Bgslh.  Jmpa esok. Bye.

Nurul Ain terkebil-kebil sendiri.  Matanya masih pada skrin telefon bimbitnya.

   “Pening ke apa?” Rungut Nurul Ain.
   “Boss?”
   “Ada orang lain lagi ke tau nombor ni?  Ko je.  Dia suruh aku datang awal esok.”
   “Bukan ko selalu datang awal ke?”
   “Itu yang aku balas tadi.”
   “Ikut suka lah labu…”

Nurul Ain teringat perbualannya dengan Irdina Iman semalam.

   “Abang saya buli awak tak, Nurul?”
   “Buli?”
   “Tukar perkataan kot.  Tegas ke?  Tegas sesangat?”
   “Dia…  Dia sukar dijangka.”
   “Saya anggap sama lah tu.  Dia ada bagitau apa-apa tak tadi?”
   “Tadi?”
   “Tadi, before kami datang?” Irdina Iman merujuk kepada dirinya dan Shah Fairuz.
   “Tak.  Tak de apa-apa pun.  Kenapa, Cik Dina?” Bagi Nurul Ain tiada apa-apa yang diberitahu majikannya kecuali cakap perkara yang di luar jangkaan.
   “Hmm…  Puan Khatijah bertukar ke Ikhwan Holdings minggu depan.”
   “Kak Kat bertukar?  Tapi pejabat dia…”
   “Mama yang mintak Puan Khatijah ditukarkan.  Sekarang kan Papa dan Mama saya berkongsi P.A.  Mama fikir elok Puan Khatijah bekerjasama dengan Kak Hanima di Ikhwan Holdings.”
   “Tak. Maksud saya tempat Kak Kat sekarang, bagaimana?”
   “Kosong.  Nurul Ain tak nak apply?”
   “Apply?” Ulang Nurul Ain semula.

Aku? Apply?  Tak naklah, boleh ke tak? Nak bekerja di bawah Pengarah Besar Urusan sebulan pun rasa macam setahun, omelnya sendiri.

Lengannya dicuit.  Amiza di sebelahnya.  Kuaci di hadapannya.

   “Kak Kat bertukar ke Ikhwan Holdings minggu depan.” Kata Nurul Ain tiba-tiba.
   “Kak Kat?  Habis tu sapa nak ganti tempat ko sekarang? Ko dok situ lagi?”
   “Tak nak lah.  Kena apply dulu.  Aku tak nak.  Nak keje dengan Tuan Haji Bahari.  Hari tu jumpa kat kafe pun dia usik aku dah tak nak keje dengan dia lagi.”
   “Boss ko bagi tak ko ke tempat asal?”
   “Tempat asal tu banyak makna, Za.  Baik lebih spesifik.”

Mengekek Amiza ketawa.

   “Ko ingat tak si Tajul cakap time kita konvo dulu?”
   “Apa dia?”
   “Si Daniel kata kat Nora si comel yang diaorang tiga sekawan dok busy nak tackle kat kampus, kau pergi yang Aizat nyanyi tu.  Si Man jawab, kau pergi jua.  Tetiba si pening Tajul kata, pergi tak kembali.  Hampeh!”

Mereka ketawa bersama.  Amiza dengan sia-sia tawanya sempat bertanya.

   “Ko apply tak?”
   “Tak.” Ringkas dan pendek jawapan Nurul Ain.
   “Tak apply pun ko dapat jawatan tu, Ain.” Ujar Amiza selamba.
   “Jawatan aper?”
   “Jawatan yang ko tak apply lah.” Jawab Amiza acuh tak acuh.
   “Ish!”

Jawatan apa pulak yang tidak pernah dimohonnya? Jawatan P.A? Ooo…  Yang ini ganti Kak Kat sahaja, katanya dalam hati.

**********

Hanima sedang leka mencuci beras dalam periuk di sinki ketika Nurul Ain dan Amiza berlari berkejaran dari ruang tamu ke dapur. 

   “Hai…  Roboh rumah anak dara dua orang berlari.”
   “Ala…  Rumah teres mana roboh, Mak Su.” Ujar Nurul Ain, manja.
   “Pandai menjawab tu.” Hanima mengecilkan sedikit matanya memandang ke arah Nurul Ain dan Amiza yang berdiri tegak sepertinya lagu Negaraku sedang berkumandang. 

Kedua-duanya tersengih.  Amiza menyiku lengan Nurul Ain.  Nurul Ain menyiku Amiza.

   “Nak apa?” Tanya Hanima sambil tangannya meneruskan mengangkat periuk nasi sedia untuk dimasakkan di rice cooker .  Bukan dia tidak kenal perangai anak saudara kesayangannya dan Amiza.  Mesti ada sesuatu.
   “Kitaorang nak pi  MJ kejap, boleh?” Kata Amiza pantas menyambar peluang.
   “Sekejap ke.  Before Maghrib kiraorang balik.” Sokong Nurul Ain.
   “Nak beli barang sikit.” Sampuk Amiza.
   “Ha’ah.  Mak Su nak kirim?”  Nurul Ain bertanya.  Pancing… Jangan tidak.

Amiza terbayang-bayang tudung ala-ala Fareeda berwarna biru di deretan kedai di arked yang dikunjunginya sebelum gaji minggu lepas.

Nurul Ain pula berkira-kira untuk menyambar kerongsang pelbagai warna untuk dipadankan dengan 8 pasang baju kurung yang baru siap ditempahnya dengan Mak Nani, ibu kepada Amiza.

   “Amboi.  Sempat ke?  Kang sampai situ tak ingat jalan balik rumah.”
   “Sempat…” Serentak kedua-duanya menjawab.
   “Iyelah.  Hati-hati.  Pick pocket banyak time macam ni.  Jangan leka sangat kalau menyinggah.” Pesan Hanima dengan harapan tiada apa-apa perkara buruk berlaku kepada kedua-duanya.  Al-maklumlah ada kejadian mencuri dompet semasa pengunjung berasak-asak membeli-belah sejak kebelakangan ini. Itu belum lagi kes menyimbah asid.
   “Ok.  Mak Su tak nak ikut?” Tanya Nurul Ain, mana tahu Mak Su nya berkenan hendak turut serta.
   “Tak.  Esok nak puasa sunat tak?” Hanima bertanya.
   “Orang cuti, Mak Su.  Miza?” Jawab Nurul Ain sambil mengangkat bahu.
   “Saya ok…  Saya join Mak Su.  Esok saya sahur sekali.”
   “Ha…  Hati-hati.  Cepat pegi, cepat balik.” Pesan Hanima buat sekian kalinya.

**********

Tangannya menepuk-nepuk bantal dan meletakkan posisi bantal di kepala katil.  Dia kemudiannya menyandar.

   “Abang tak sempat beli lah, dek.” Kata Ikwan Iman sewaktu adiknya mengemas a.k.a menyelongkar  beg pakaiannya yang terbuka di atas katil.

Irdina Iman mencerlungkan matanya.  Penat-penat tolong boleh buat-buat lupa…

   “Bukan tak sempat.  Abang cakap lupa pun cukup. Penat adek aje tolong kemas beg.”
 
Ikhwan Iman tersengih.  Seronok mengusik adiknya yang tengah merajuk.  Memang dia tahu kedatangan adiknya ke rumah untuk menuntut hadiah bukan saja-saja tolong mengemas beg pakaiannya.

   “Abis tu, abang tak beli apa-apa untuk adek lah ni? Sampai hati…”
   “Kan dah bagitahu tak sempat tadi.”
   “Untuk Nurul?”
   “Sempat.  Untuk Fairuz pun sempat. Papa dan Mama lagilah sempat.”
   “Haaah…? Abang beli apa?” Perlahan suara Irdina Iman bertanya pada abangnya.
   “Tu abang dah letak dalam almari.  Bukak pintu yang hujung sekali. Ada beg kertas kat situ.”

Lambat-lambat kaki adiknya melangkah.  Pintu almari dibuka dan terdapat 5 beg kertas yang serupa cuma saiznya berbeza. Senyumannya melebar.

   “Ala…  Abang dengki. Mana satu Nurul punya?”
   “The biggest one.”
   “Haaah…?”
   “Dah tu adek pesan benda yang kecik takkan dapat beg kertas besar?  Dapat beg kertas yang sesuai dengan saizlah.”
   “Yelah, yelah.  Nak tengok.”

Irdina Iman sibuk mengeluarkan kotak-kotak pelbagai saiz daripada beg kertas tersebut. Ikhwan Iman masih menyandar sambil menggelengkan kepala.

Bukan satu dua kedai yang dijelajahnya di sepanjang Orchard Road.  Bukan mudah juga mencari cenderahati untuk Nurul Ain.  Kalau boleh semua yang disyorkan oleh oleh pembantu jualan dia turuti.  Sedar-sedar penuh beg kertas dengan pelbagai barangan untuk Nurul Ain.

   “Banyak ni?  Semua?” Irdina Iman memandang abangnya.
   “Abang tak tau nak pilih mana.”
   “Haih? Napa adek punya kotak kecik? Beg kertas besar?”
   “Itu upon request. Abang ikut yang adek pesanlah.  Kalau tak pesan, baru dapat macam tu.”
   “Macam Nurul dapat? Iyelah tu.”

Puas membelek dan membuka satu per satu kotak di dalam beg kertas tersebut, Irdina Iman merebahkan badannya di katil.

   “Abang tak de apa nak cerita kat adek?”
   “Nak cerita apa?”
   “Pasal dinner.  Err…  Tak.  Lepas dinner.”
   “Ooo…  Fairuz bagitau ke?”
   “Hmm…”
   “Benda yang kecik.  Reporters yang buat abang kurang senang.”
   “Kak Sya?”
   “Hmm… Entahlah.  Bila difikir-fikirkan mungkin ada sebab semua ini berlaku.  Abang dengan dia pun dah agak lama tak berhubung.  Cuma pernah sekali dia contact hari tu masa pertama kali abang ajak Nurul keluar makan yang adek siram abang guna water sprinkler.  Ingat tak?”

Irdina Iman mengangguk.  Ingat.

   “Dia called?” Tanya Irdina Iman.

Ikhwan Iman menghulurkan bantal kepada adiknya.

   “Yup.”
   “Dia nak apa?”
   “Ucap tahniah pasal muka depan Men’s Health.”
   “Haa…  Mana dapat phone number abang?”
   “Itu abang tak tahu.”
   “That’s scary.”

Ikhwan Iman cuma tersenyum.
   “Abang nak tahu tak apa berlaku dalam tempoh seminggu ni nanti?”
   “Apa dia?”
   “Mesti dia datang cari abang kat office.”
   “Err…  Ok.  Main point?”
   “Dia nak tackle abang lah.”

Kali ini Ikhwan Iman ketawa gelihati. Entah dalam banyak-banyak main point, kenapa main point itu yang menjadi pilihan adiknya.  Tak masuk akal langsung.

Irdina Iman mengeluh lalu menutup mukanya dengan bantal. Entah kenapa apabila perkara mengenai Nurul Ain, abangnya akan berfikir panjang?  Analisa sini, analisa sana? Tapi perkara yang patut diambilkira dan difikirkan baik buruknya, abangnya cuma tersengih.  Lebih teruk lagi, ketawa. Betul ke tak betul ni, omelnya dalam hati.


Bab18

Langkahnya teratur dan penuh dengan misi. Awal pagi lagi dia bersiap-siap untuk ke Ikhwan Holdings untuk berjumpa dengan Ikhwan Iman. Untuk berterima kasih dan meminta maaf.  Peristiwa tempohari yang berlaku di hadapan bar benar-benar memalukan dirinya.  Sebelum ini dia seolah-olah lupa dengan malu dan segannya tetapi apabila kembali bersua muka dengan Ikhwan Iman, teman baik arwah Azmeer, semua itu berubah.

Apabila difikirkan kembali, sepanjang menuntut di universiti yang sama, dia tidak pernah mengetahui asal usul lelaki yang sentiasa bersama dengan arwah Azmeer.  Tidak pernah bertanya barang sedikitpun. Mungkin kedua orang tuanya bukan berpangkat Datuk mahupun Datin seperti arwah Azmeer tapi siapa tahu bergelar Tan Sri dan Puan Sri?  Tiada siapa pun yang tahu, tapi mungkin arwah sendiri sahaja.  Gaya yang bersahaja tidak sedikit pun menampakkan latar belakangnya sehingga wajah itu terpampang di salah satu majalah kesihatan entah beberapa bulan yang lalu.

   “Boleh saya bantu, cik?”

Syarini tersentak.  Berapa lama dia tercegat di depan kaunter penyambut tetamu?

   “Err…  Maaf.  I nak berjumpa dengan Encik Ikhwan Iman?” Syarini menerangkan tujuannya ke Ikhwan Holdings.
   “Maaf, cik.  Tuan tak bertugas di sini lagi.” Jawab gadis dengan tanda nama Yasmin tersemat di bajunya.
   “Tak bertugas lagi?”
   “Maksud saya, sekarang tuan bertugas di Venture (M) Corporation. Dah dekat nak setahun lepas raya hari tu.”
   “I see.  I tak dapat contact Encik Ikhwan dah beberapa hari dah.  You ada number dia?”
   “Kalau nombor P.A  di sana ,saya ada.  Emm... Ini nombor dia.”  Yasmin menghulurkan kad bisnes kepada wanita anggun di depan kaunternya.
   “Nombor telefon bimbit?” Tanya Syarini sambil membaca nama yang tertera pada kad tersebut,  Khatijah Abdul Rahim, Pembantu Khas.
   “Selain nombor pejabat, tiada, cik.”
   “Iye?  Ok.  Thank you.”
   “Sama-sama, cik.”

Tangannya membetulkan letak cermin mata hitam di kepalanya kembali ke matanya menghalang pancaran matahari  pagi menerjah.  Dengan tenang dia mengorak langkah menuju ke parkir kereta.

Di kaunter…

   “Sapa tadi tu?  Lawanya…  Seksi gitu.” Puji Daniel, pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di situ.  Juga satu-satunya lelaki lembut yang bertugas di Ikhwan Holdings.
   “Tak tanya pulak.  Dia tanya tentang boss.” Kata Yasmin sambil mengangkat bahu.
   “Encik Ikhwan ka?  Girlfriend kot.  Terlepas suda…”  Sampuk Christy, gadis Sabah di sebelah Yasmin yang dari tadi menjadi pemerhati setia.
   “Memandai je ko yek?  Tak salah kalu betul pun.”  Ujar Yasmin.
   “Korang tak tengok lagi makwe boss sebenar.  Real punya.  Secara live lagi.” Hilmi, pembantu bangunan menyampuk.  Sejak tadi dia di situ membetulkan lampu dinding yang dilaporkan malap sejak malam tadi.
   “Ko pernah nampak ke?” Serentak Yasmin dan Christy bertanya, berminat.

Sengaja melambat-lambatkan jawapan, Hilmi mencangkung sambil mengemas toolkits nya.       

   “Abang ni…  Nampak ke?” Daniel bersuara manja kepada Hilmi.  Yasmin dan Christy tersengih.
   “Ko ni, Daniel.  Cuba insaf sikit, jadi lelaki.  Geli bila ko panggil abang-abang ni.  Eeiii…” Hilmi menggosok-gosok belakang tengkuknya.  Seram dan geli.
   “Ala…  macam tak biasa.  Nampak ke?” Tanya Daniel lagi.
   “Sekali je.  Kat Tesco. Korang tengok dulu baru tau sapa lawa.  Pakai tudung lagi.” Beria-ria Hilmi bercerita.
   “Iye?  Aku ingat anak-anak orang kaya pilih yang macam tadi nyer…  Ada kelas gitu.  Aww…” Tangan Daniel mencuit lengan Hilmi.  Bingkas Hilmi bangun.

Yasmin dan Christy ketawa.
  
**********

Nurul Ain sedang kusyuk dan fokus menaip surat ketika Puan Sri Mardinah memberi salam.

   “Assalamualaikum.”
   “Waalaikumsalam.  Boleh saya bantu, puan.” Nurul Ain menjawab salam dan lantas berdiri menyambut tetamu kepada majikannya.  Tanda hormat.
   “Encik Ikhwan ada di dalam?”
   “Tuan ada.  Puan duduk dulu, saya inform boss dulu?  Err…  Boleh saya tahu puan siapa dan tujuan puan?”
   “Hmm… Terima kasih.  Bagitahu kat boss, saya,  Puan Mardinah datang dan kedatangan saya untuk collect hadiah.”

Nurul Ain menelan air liur. Collect hadiah?  Kontraktor ke?  Rasuah ke?  Walaupun berat hati, kakinya tetap melangkah.  Berat juga tangannya mengetuk pintu.

Pun Sri Mardinah menguntum senyuman. Bakal menantunya cantik!

Ikhwan Iman meletakkan gagang telefonnya.  Perbualannya dengan Tan Sri Md Ghazali baru sahaja ditamatkan ketika mendengar ketukan di pintu.  Dilihatnya Nurul Ain melangkah masuk dan seraya itu dia berdiri dan berjalan menuju ke arah Nurul Ain.

Langkah Nurul Ain untuk maju ke depan terhenti sebaliknya kakinya bersiap sedia berundur setapak demi setapak.

   “Kenapa awak berundur, Nurul?” Ikhwan Iman bertanya kehairanan.
   “Kenapa tuan bergerak ke depan?” Balas Nurul Ain, berani.
   “La…  Semua orang berjalan bergerak ke depan, mana ada belakang.  Awak je saya tengok yang menapak ke belakang.”
   “Huh?”
   “Cuba berhenti bergerak ke belakang.” Kata Ikhwan Iman dengan nada mengarah.

Nurul Ain mematikan langkahnya.  Ikhwan Iman menuju ke arahnya dan meninggalkan jarak lebih kurang semeter di antara mereka berdua.

   “Ha…  Bukan susah pun.  Ada apa?”
   “Huh?” Nurul Ain memandang ke arah simpulan tali leher majikannya.  Cuak untuk bertentang mata.
   “Nurul…  Lebih sopan kalau bercakap dengan seseorang dengan memandang ke arah matanya.”

Gulp! Ah, sudah!

   “Nurul...  Kalau awak pandang tali leher saya, sampai esok kita berdiri macam ni.” Ugut Ikhwan Iman.

Automatik mata Nurul Ain memandang ke wajah majikannya.

   “Erk!”  Ikhwan Iman terpana dengan pemilik mata bundar berwarna hazel asli itu.  Padan muka aku, bisiknya sendiri.

Nurul Ain menggigit bibir melihat wajah majikannya yang tiba-tiba pucat lesi.  Buruk sangat ke rupa aku, gerutu hatinya.

   “Tuan…”

Tiada reaksi.

   “Tuan…” Panggil Nurul Ain lagi.  Majikannya tersentak.
   “Ha…  Iya.  Ok.  Iya.  Ada apa, Nu… Nurul?” Tersekat-sekat Ikhwan Iman bertanya.
   “Tuan ada tetamu.  Dia memperkenalkan diri sebagai Puan Mardinah dan datang…” Belumpun habis Nurul Ain menerangkan tujuan kedatangan tetamunya itu, majikannya meluru keluar.
   “Ish! Macam Carl Lewis.  Laju betul.” Rungut Nurul Ain.

Kakinya turut melangkah mengekori majikannya.

   “Assalamualaikum, Mama.  Lama sampai?  Abang baru siap berbual dengan Papa.”
   “Waalaikumsalam.  Tak lama.  Baru lagi.” Ujar Puan Sri Mardinah.  Sempat juga dia menonton wayang percuma drama maju satapak, undur setapak, pandang memandang, bertentang mata kedua anak muda itu melalui bahagian kecil yang transparent pada pintu pejabat itu.

Ikhwan Iman mengucup kedua-dua pipi Puan Sri Mardinah.  Nurul Ain terkedu.  Alamak!  Mama?

   “Nurul, ini ibu saya.  Puan Sri Mardinah.  Mama, ini Nurul.  Pengganti sementara Puan Khatijah.”
   “Puan Sri…”  Nurul Ain menghulurkan tangannya bersalaman. Huluran salam disambut mesra.
   “Nurul.  So Nurul lah yang banyak membantu di sini?”
   “Err…  Sekadar yang saya mampu, Puan Sri.” Jawab Nurul Ain merendah diri.
   “So, anak saya tak bagi apa-apa souvenir balik dari business trip?”
   “Bagi?  Souvenir?”  Nurul Ain bertanya.  Pelik! Apa kaitan...
   “Sekejap.” Ikhwan Iman masuk semula ke pejabat dan kemudian menjinjing 2 beg kertas berlainan saiz.  Saiz kecil diserahkannya kepada Puan Sri Mardinah manakala yang besar diserahkannya pada Nurul Ain yang terkebil-kebil memandangnya.
  
Puan Sri Mardinah tersenyum.  Ikhwan Iman menggaru belakang telinganya yang seperti biasa langsung tidak gatal.

**********

   “Baby…

Hampir-hampir saja gugur jantung Nurul Ain mendengar panggilan itu.  Cepat-cepat dia mengunci pintu bilik fail.  Matanya melilau kala-kalau ada kakitangan yang tidak keluar rehat jam 1 petang lagi.  Mujur kosong.  Perlukah memanggil aku dengan gelaran itu? Tak sesuai, gumam hatinya.

   “Encik Fairuz…”

Shah Fairuz yang terkenal dengan senyum sumbing itu tersengih macam kerang busuk.  Tak sah kalau tidak mengusik Nurul Ain apatah lagi di pejabat Ikhwan Iman. 

   “Yes, it’s me.  Saja usik Nurul.  Dina dah sampai?” Tanya Shah Fairuz. 
   “Belum. Cik Dina nak ke sini ke?” Nurul Ain bertanya kembali.
   “Ha’ah. Tak sangka pulak saya sampai dulu.  Kita lunch sekali?”
   “Terima kasih, Encik Fairuz.  Tak pegi kot.  Miza puasa so saya ingat nak makan kat pantry je.  Kejap lagi nak duduk rehat dengan Amiza.”

Shah Fairuz mengangguk mendengar nama Amiza disebut.  Teman kamceng Nurul Ain.

   “Owh. Boss mana?”
   “Boss di bilik pejabat lagi.”
   “Ada sesiapa datang?”  
   “Ada.  Tadi.”
   “Siapa?”  Berkerut dahi Shah Fairuz mendengar jawapan Nurul Ain.
   “Ibu kepada boss.  Collect hadiah.”
   “Ooo…  Aunty Dee.  Saya datang ni pun sebenarnya nak collect. Dina kata Nurul dapat banyak dalam satu beg kertas.”
   “Cik Dina bagitau?”
   “Yup.  Betul ke?”
   “Entah lah.  Boss bagi satu beg kertas bersaiz besar tadi.  Tak tengok lagi apa di dalamnya.”
   “Selain dari Puan Sri, ada sesiapa lagi?”
   “Kenapa? Ada lagi yang datang nak jumpa boss collect hadiah?” Nurul Ain bertanya ingin tahu. Berapa banyak boss beli?
   “Belum tahu lagi dia nak collect apa.”
   “Huh?” Nurul Ain terkedu. Tadi Shah Fairuz bertanya siapa yang ada datang, tapi nampak macam yang bertanya kenal benar dengan siapa yang dimaksudkan akan datang. Kalau bukan collect hadiah, hendak collect apa pula? Pelik, gerutu hatinya.

Derapan langkah di belakang menyebabkan kedua-duanya menoleh.  Ikhwan Iman melangkah tenang dan kedua tangannya dimasukkan di poket depan seluar.

Kacak!  Nurul Ain memejam mata dan menggelengkan kepalanya sedikit beberapa kali. Kenapa dengan aku?

   “Apa yang collect-collect ni?” Ikhwan Iman berminat, ingin tahu.  Dia langsung tidak terkejut kalau Shah Fairuz datang ke Venture (M) Corporation setiap hari.  Kalau tidak datang, barulah dia akan berasa pelik tapi tidak terkejut.
   “Hadiah aku, bro.  Souvenir.  Ada tak?” Giat Shah Fairuz.
   “Tengok dulu…  What’s up?”
   “Bro… Tak aci macam ni.  Lunch?” Ajak Shah Fairuz. Ikhlas.
   “Nurul?” Ikhwan Iman memandang ke arah Nurul Ain.
   “Saya?”
   “Ya, awak.  Lunch dengan Fairuz?”
   “Baby tak lunch sekali.” Shah Fairuz menjawab bagi pihak Nurul Ain.  Bukannya dia tidak tahu paras kemenyampahan teman baiknya itu mendengar dia memanggil Nurul Ain.  Tahu…  Cuma saja buat tidak faham dan tidak nampak.
   “Erk!” Nurul Ain kehilangan kata-kata setiap kali Shah Fairuz memanggilnya baby di hadapan majikannya.  Wajah majikan yang sedikit berubah membuatkannya cuak.  Kalau diikutkan hati, mahu sahaja ditekup mulut Shah Fairuz dengan tangannya.
   “Tak…”  Belumpun habis Ikhwan Iman untuk bertanya kenapa, telefon bimbit Shah Fairuz berdering nyaring.
 
Save by the bell! Shah Fairuz menjawab telefonnya.  Ikhwan Iman memandang Nurul Ain.

   “Bro, jom.  Dina terus ke Bangsar.  Dah cop meja.”
   “Nurul?”
   “Amiza puasa so tadi ada masak lebih sikit untuk bersahur, saya dah bawak bekal.  Sayang pulak membazir.  Kejap lagi pun nak duduk rehat dengan Amiza tingkat bawah.”

Mendengar jawapan daripada Nurul Ain, idea lain muncul di kepalanya.  Ikhwan Iman tersenyum.

   “Aku ada banyak lagi kerjalah, bro. Thanks anyway. Malam ni sekali dinner ok kot. Call nanti bagitau kat mana.”
   “Ok.  Aku blah dulu.  Nurul, jumpa nanti.”  Bergegas Shah Fairuz meninggalkan keduanya.  Bimbang Irdina Iman lama menunggu.

Ikhwan menarik nafas pendek.

   “So, just you and me.  Jom ke pejabat sekejap.  Ada kerja sikit.”  Ikhwan Iman berkira-kira untuk turut serta dalam aktiviti makan tengahari bersama Nurul Ain dan bekalnya.  Cuma perlu sedikit alasan.

Mereka berjalan beriringan namun tiada butir bicara yang kedengaran. Masing-masing diam membelai perasaan.  Sampai sahaja di depan pintu bilik, Nurul Ain terus menghampiri mejanya.  Kabinet belakang kerusi dibuka dan beg kertas berwarna hitam pekat ditarik keluar. Dia nekad dengan niatnya.

Ikhwan Iman cuma menjadi pemerhati.

   “Err… Kita makan dulu, tuan.  Saya lapar.  Kejap lagi saya buat tolong tuan buat kerja.  Saya panaskan nasi dan lauk dulu kat pantry.”  Cepat-cepat Nurul Ain beredar untuk ke pantry dengan membawa beg kertasnya.  Memang dia tersangat lapar.

Kata-kata Nurul Ain membuatkan Ikhwan Iman tergelak besar.  Tak sangka!
 
Nurul Ain tersenyum sendirian.

**********

Nurul Ain sedang mengemas mejanya kerana jam beransur menginjak ke 5 petang.  Hari ini hari paling bersejarah dalam hidupnya, makan tengahari yang dibekal dari rumah dengan Pengurus Besar Urusan. Salah seorang lelaki muda di bawah umur 35 tahun yang berpengaruh di rantau ASEAN.  Dia tergelak kecil.

Mungkin hubungan mereka bukan sebagai kawan seperti sebelum ini tapi cukuplah sebagai majikan dan pekerja yang bekerja dalam suasana harmoni.  No complaint!

Pagi tadi semasa bersahur…

   “Rajin kamu bangun?” Tanya Hanima kepada anak saudaranya.
   “Ala.  Kalau yang tak berpuasa, tetapi pi jaga dan hidangkan makanan bersahur dan berbuka untuk yang berpuasa, besar pahala.” Kata Nurul Ain bersahaja.
   “Tu saya musykil ni, Mak Su.  Tapi dah ada yang tolong masakkan dan perangatkan, who am I to complain?” Amiza tersengih.
   “Tapi banyak ni…” Kata Hanima.  Ada ikan pari masak asam pedas, telur masin, bendi yang dicelur dengan air panas beserta cicah sambal belacan.  Memang macam nak makan 5-6 orang.

Melihatnya Nurul Ain terkial-kial, mengorek jawapan jauh di dalam otaknya yang genius itu, Amiza menyampuk.  Wakil…

   “Bawak bekal, Mak Su.  Saya kan puasa, dia tak nak turun sorang ke kafe lah tu.”

Hanima mengangguk dan berlalu menuju ke sinki untuk membasuh tangan.

   “Psst…  Betul ke ko nak bawak bekal ni?” Perlahan suara Amiza bertanya.
   “Iyelah.” Pendek jawapan Nurul Ain.
   “Ko nak ajak sapa makan?  Boss?” Sekadar meneka.
   “Ish!”
   “Apa ish-ish pulak? Ato nak ajak Encik Fairuz?” Giat Amiza bertanya.
   “Sapa-sapa yang langkah kanan besok.” Ujar Nurul Ain sambil mencedok nasi de dalam pinggan untuk Mak Su nya dan Amiza.
   “Boss lah tu.  Korang dah ok ke?”
   “Kawan tu tak tapi aku boleh terima majikan dan pekerja in a good term.”

Amiza melopong.  Boleh pulak?

   “Apa bisik-bisik ni?” Tanya Hanima tiba-tiba.
   “Erk!  Tak de apa-apa, Mak Su.  Cakap kuat-kuat nanti, Aunty Lee di sebelah bangun nanti.” Jawab Nurul Ain pantas.
   “Kamu ni…”

Senyuman terukir dibibirnya dan membelakangi pintu pejabat tatkala seseorang menghampiri mejanya.  

   “Excuse me?  Ini pejabat Encik Ikhwan Iman?”

Siapa?  Bukankah sekarang sudah tamat waktu bekerja?  Nurul Ain menoleh dan bertentangan mata dengan tetamu yang datang.  Cuma meja yang memisahkan jarak mereka berdiri.

Syarini sedikit tersentak.  Inikah Puan Khatijah, P.A kepada Ikhwan Iman? Gadis tinggi lampai di hadapannya ini berpotensi untuk menggugat sesiapa yang menjadi majikannya untuk menghabiskan waktu di pejabat daripada di tempat lain.  Cantik, manis dan approachable dengan killer smile di bibirnya.  Bagaimana dengan Ikhwan Iman? Hatinya tertanya-tanya sendiri.
   “Ya, cik.  Apa boleh saya bantu.”
   “Saya Syarini dan saya kawan Encik Ikhwan Iman.”
   “Kalau macam tu, cik sila duduk dulu dan saya akan inform boss dengan kedatangan cik.  Sebentar.”  Nurul Ain menjalankan tugasnya seperti biasa. 

Syarini memerhatikan gerak-geri gadis itu dengan ekor mata sahaja.  Seketika kemudian…

Seraya bunyi pintu terkuak, Syarini berpaling. 

   “Sya?”
   “Ikhwan.”

Nurul Ain diam tidak terkutik.  Jejak kasih?  Inikah tetamu yang Shah Fairuz maksudkan tengahari tadi?

[Bab 19-20]

4 comments:

  1. waaa..baru jumpa blog ni..best cerita dia..tak sabar nak tau sambungan..ikhwan tuh comel je kan..haha..sambung lagi cik penulis..=D

    ReplyDelete
  2. hehe..ikhwan iman dah gelabah..cik penulis bila nak update lagi?? tak sabar..

    ReplyDelete
  3. Jangan lah kasi ikhwan buli nurul. Sekali sekala biar lah ikhwan jadi hero nurul ke.. Kesian nurul

    ReplyDelete