Bab 3
Nurul Ain
tengah kusyuk menyiapkan pembetulan bagi laporan akhir beserta presentation
slide yang diserahkan oleh Tuan Haji Bahari, Pengurus Bahagian Sumber
Manusia & Hal Ehwal kepadanya sebelum jam 07:50 pagi lagi. Awal pagi
tadi terkedu sebentar apabila dilihat pengurusnya itu menghampirinya sewaktu
baru melabuhkan punggungnya di kerusi di meja kerja dengan membawa bungkusan sandwich
dan mug berisi milo instant panas kegemarannya dari pantry.
Breakfast beb! Mujurlah dia dan Amiza sampai awal setiap hari.
Belumpun rekod datang awal tercalar sepanjang lima hari bekerja di sini.
Selepas solat
Jumaat nanti, Tuan Haji nak kedua-duanya siap dalam bentuk softcopy dan hardcopy
kerana petang sebelum jam 03:30 petang kedua-duanya akan diserahkan kepada P.A
Pengurus Besar Urusan di tingkat 49. Okay. Kira beres.
Deringan
telefon bimbitnya bernada lagu Doraemon menjengah telinga. Nurul Ain
tersentak. Kus semangat! Hantu punya Amiza!
“Ko tukar ring
tone telefon aku ke?” Marah Nurul Ain pada Amiza di hujung talian.
Kedengaran
Amiza mengekek ketawa. Mesti Nurul Ain gelabah dengan kalut giler dengar
bunyi ring tone baru yang kiut, detik hatinya.
“Assalamualaikum,
salam dulu. Ha’ah. Cepat skit ko jawab panggilan coz
itu ring tone untuk aku. Aku setkan ring tone untuk Mak Su
ko gak. Tak nak tanya lagu aper?” Galak Amiza mengusik.
“Waalaikumsalam.
Ish... Bagitau je lah. Ko tak de keje ke?” Rungut Nurul Ain. Time
macam ni buat kacau. Tak senonoh betul.
“Lagu cerita
Om Shanti Om. Mak Su kan minat SRK so kalau dia call, baik ko
cepat jawab. Kalau tak satu floor gempak Bollywood mari. ”
“Hai...
Rosak, rosak kawan aku ni. Ni call ni nak bagitau tu je?”
“Keje banyak.
Dah siap, cuma tengah print. Jap lagi nak mintak Abang Usop
fotostat. So sementara terluang ni dok bertanya kabar.”
“Abang Usop?”
“Ala...
Kalau ko ada Abang Deen tolong despatch dgn fotostat, aku ada Abang
Usop. Mana aci kalau ko sorang je ade. Eh, jangan lupa tau. Jam
12:30 tengahari aku lepak tempat ko tau. Ni ada pesanan dari...
Err... Tiga orang lagi secret admirers.”
Nurul Ain
menjulingkan matanya ke atas dan keluhan kecil dilepaskannya. Tak
habis-habis.
“Ok.
Dah le, aku nak siapkan ni. Dah nak jam 11:00 pagi ni. Harap-harap
sempat siap semua.”
“Chiao.”
“Bye.”
Nurul Ain memutuskan talian.
Tumpuannya
kembali pada skrin komputer. Ada 2 slide lagi ...
Chaiyok! Chaiyok!
Sejam
kemudian...
“Nurul tunggu
siapa?” Tanya Kak Rosminah, kehairanan melihat Nurul Ain duduk di luar bilik
Tuan Haji Bahari. Di tangannya menjinjing beg kertas Pooh berisi
telekung.
“Err...
Saya nak bagi pendrive dan hardcopy ni kat Tuan Haji. Dah
siap dah. Pagi tadi dah janji kat Tuan Haji. Saya dah buat pembetulan
dan periksa banyak kali. Semua ada kat sini dan fail ni.”
Kak Rosminah
menggeleng kepala.
“Laa...
Nurul tak tau ke?” Tanya Kak Rosminah padanya.
“Tau? Tau
apa, Kak Ros?” Nurul Ain bertanya kembali. Terlepas sesuatu ke?
“Isteri Tuan
Haji masuk wad baru kejap tadi. Accident on the way balik
dari UPM, tempat dia mengajar. Tu yang Tuan Haji bergegas keluar
tadi. Nurul tak perasan kot. Kusyuk sangat.”
“Iye ke? Tak
tau pun. Habis tu saya nak serah ni kat sapa? Tuan Haji kata hari
Isnin nak guna tapi hari ni dan kena hantar salinan kat P.A Pengarah Besar
Urusan.”
“Nanti akak
tolong tanyakan. Jom kita ke belakang dulu. Cari boss. Boss nombor dua
ada seminar di Penang. Boss nombor tiga boleh tolong kot.”
Kak Rosminah
melangkah ke kawasan operasi bekerja. Nurul Ain membuntuti di
belakangnya. Belum pernah lagi kakinya melangkah ke kawasan ini biarpun
pada aras yang sama. Ada yang melambai tangan, ada yang mengukir
senyuman, ada yang mengangguk-ngangguk kepala dan ada yang nakal mengenyit
mata. Fuh! Sakit mata.
“Nurul, ni
Encik Badrul, boss nombor tiga. Encik Badrul, ni Nurul Ain trainee
P.A Tuan Haji yang ganti Pn. Elizabeth nanti. Hari tu Encik Badrul
baru balik dari umrah so Nurul tak jumpa semasa majlis meraikan pekerja
baru Isnin lepas.” Kak Rosminah memperkenalkan mereka.
“Cantik nama,
cantik orangnya. Ada apa Kak Ros? Nurul?” Tanya Encik Badrul tanpa
membuang masa. Pujiannya sekadar mukaddimah bukan menggatal.
Nurul Ain
mengulang semula versi penerangan yang sama kepada Encik Badrul. Selesai
Nurul Ain, Kak Rosminah pula. Lelaki yang berumur lingkungan awal
40-an itu diam, mendengar dengan penuh perhatian. Sepuluh minit kemudian
keputusan diambil dan jalan penyelesaiannya, Nurul Ain akan menyerahkan pen
drive dan hardcopy sendiri dengan P.A Pengarah Besar
Urusan.
Jam tangan
jenama Alba di tangan kanannya menunjukkan pukul 12:45 tengahari. Entah
sempat ke tak ni nak tangkap Kak Khatijah, gusar hatinya. Sebaik
saja pintu lift terbuka Nurul Ain cepat-cepat keluar. Keluar dari lift,
belok ke sebelah kiri. Itu pesan Kak Rosminah tadi.
Dia
meninjau-ninjau dan menjengket kakinya. Pejabat Kak Khatijah sunyi.
Ruangan berpartition yang menempatkan beberapa meja kerja juga tiada
orang. Pasti P.A Pengarah Besar Urusan dah keluar. Al-maklumlah
hari ini hari Jumaat. Waktu rehat tengahari pun agak panjang. Baru
sahaja Nurul Ain berkira-kira hendak berpaling...
“Mak!!!”
Tidak pernah
seumur hidupnya menjerit sekuat itu. Kecut perut dan terkejut dengan
kehadiran seorang lelaki yang begitu hampir di belakangnya. Dia mengurut
dada dan beristigfar. Sesak dada.
Ikhwan Iman
menyeringai menahan telinganya mengelakkan jeritan gadis di hadapannya ini
menusuk ke gegendang. Boleh tahan juga kuat dan nyaringnya.
Mujur semua pekerja dah bergerak keluar pejabat jam 12:15 tengahari tadi.
Kalau tak...
“Ya Allah, Ya
Rabbi... Terperanjatnya saya. Awak betul-betul mengejutkan
saya. Apa awak buat berdiri di belakang saya?”
“Same goes
to me. Apa yang awak buat di hadapan saya dan apa yang awak buat di
tingkat ni dan melilau-lilau, tercari-cari?”
Nurul Ain
menggigit jari telunjuknya. Soalan berbalas soalan. Alahai mamat
ni.
“Awak
bertugas kat tingkat ni?” Tanya Nurul Ain lagi. Harapannya bolehlah mamat
ni tolong hantarkan kepada Kak Khatijah. Teringat dengan Amiza tengah
menunggunya di tingkat 20. Belum dikira perut lapar lagi.
Giliran
Ikhwan Iman terasa pula hendak menggigit jari. Penilaiannya tak pernah
salah. Sah, gadis ini pekerja baru. Siapa lagi yang berani bertanya
kepada pemilik syarikat soalan bonus macam ni? Apatah lagi seseorang yang
bereputasi sepertinya? Cari nahas!
Kesempatan
yang ada disambar. Wajah gadis di hadapannya ini diperhatikannya.
Cantik dan manis orangnya. Matanya bundar sesuai dengan kening yang rapi
terletak. Hidungnya kecilnya mancung dan bibir yang mekar itu...
“Err...
Awak bertugas kat ni?” Tanya Nurul Ain buat kali kedua. Apa ke jadah
mamat di hadapannya ini, rungut Nurul Ain. Sekejap nampak macam blurred,
sekejap nampak macam sedang berfikir.
“Saya?
Ehem... Ha’ah. Sekejap lagi saya nak kunci pintu dan on kan alarm.
Ada apa yang boleh saya tolong Cik...?” Entah kenapa spontan jawapan itu
keluar.
“Saya
Nurul. Nurul Ain dari Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal.
Err... Saya ke sini nak hantar softcopy dan hardcopy
laporan beserta presentation slide ni untuk Pengarah Besar
Urusan. Salinan. Berkejar nak bagi kepada Kak Khatijah tapi nampak gaya
ni tak sempat jugak. Agaknya dia pun dah keluar pejabat kot.”
“Ooo...
Bukan sebelum jam 03:30 petang?”
“Saya tau,
tapi saya ditugaskan untuk menghantar. Lagipun Tuan Haji Bahari cuti
segera hari ni.”
“Cuti?
Segera?”
Ikhwan Iman
mengerut keningnya. Cuti segera? Pantang benar baginya kalau ada pekerja
yang bercuti segera. Perancangan cuti kena betul dan teratur. Kalau
sepuluh orang yang ambik cuti segera hari ini...
Nurul Ain
menggaru kepala yang tak gatal. Mamat ni tak dengar ke apa yang aku
cakap? Semua kena ulang dua kali ke? Penat kalau bercakap dengan
mamat ni padahal tujuannya ke sini nak hantar laporan dan presentation slide,
rungut Nurul Ain.
“Saya tak
berapa pasti kenapa, tetapi tadi ada senior staff yang bagitau, isteri Tuan Haji
yang mengajar di UPM terlibat dalam kemalangan. Warded." Jelas
Nurul Ain ringkas. Apabila tiada reaksi daripada pemuda di hadapannya,
Nurul Ain terus ambik short cut.
“Saya pun tak
boleh lama kat sini. Staff pun tak de. Awak pun rasanya nak
ke masjid kan?” Laju Nurul Ain berbicara,
Ikhwan Iman
mengangguk kepalanya. Entah mengiakan untuk menerima sebab kenapa
Tuan Haji Bahari bercuti segera ataupun mengiakan pertanyaan gadis di hadapannya ini yang dia hendak ke masjid. Alih-alih kedua-dua tangannya
dimasukkan ke dalam poket.
Nurul Ain
mengukir senyuman. Terpana! Ikhwan Iman menelan air liur. Killer smile!
“Kalau macam
tu, saya berharap sangat awak dapat tolong saya kali ni.” Sampai juga hajat di
hati Nurul Ain.
“Tolong?”
Nurul Ain
menjulingkan matanya ke atas. Kena ulang dua kali. Sekali lagi.
“Tolong bagi
ni kepada Kak Khatijah bagi pihak kami.” Nurul Ain menghulurkan sampul surat
bersaiz besar kepada Ikhwan Iman. Senyuman masih tak lekang daripada bibirnya.
Hulurannya bersambut.
“Kenapa tak
letak sendiri?” Tanya Ikhwan Iman pantas.
“Arwah mak
saya kata, jangan masuk kalau tuan rumah tak de. Perbuatan saya
meninjau-ninjau dan berjengket-jengket tadi pun dah tak elok. Ni pulak
nak menerjah masuk.”
“Bagaimana
dengan kes saya pulak?”
“Maksud awak?
“Saya boleh
terjah bilik Kak Khatijah?”
“Tadi
awak kata awak bertugas kat sini kan? Saya pulak dari tingkat 20.
Jadi tahap boleh aksesan semestinya berpihak kat awak bukan saya. Lagipun
ada satu lagi sebab.”
“Apa dia?”
“Saya tak
berani nak jumpa atau terserempak dengan boss. BOSS GARANG. ” Tutur Nurul
Ain tenang dan riak wajah tidak bersalah terpapar. Perkataan boss garang
dihighlightkannya.
Ikhwan Iman
terbatuk-batuk. Tiba-tiba tekaknya gatal. Garang? Kenapa
macam kenal saja perkataan keramat tu, keluh Ikhwan Iman.
“Awak ok?”
Nurul Ain risau apabila pemuda si depannya ini tiba-tiba batuk. Out of
nowhere.
“Sa...
Saya ok.”
“Hmm...
Baguslah kalau ok. Sebelum tu saya nak ucap terima kasih
banyak-banyak. Err... Saya rasa elok saya beredar dulu. Takut
awak pulak lambat ke masjid.”
Langkahnya
laju menuju ke pintu lift yang sedia terbuka. Butang nombor 20
ditekan namun pantas butang open ditekan untuk mengelakkan pintu
tertutup. Lupa, beb!
Ikhwan Iman
tergamam. Inilah kali pertama dia ditinggalkan oleh seseorang tanpa
dia sendiri mengetahui tahu hujung pangkal situasi. Dan lebih magisnya ditinggalkan
oleh seorang gadis yang cuma meninggalkan pesanan untuk menghantar sampul surat
kepada dirinya sendiri selaku Pengarah Besar Urusan. Sayu, sungguh.
Tiba-tiba
gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Nurul Ain itu menjengah kepalanya
dari dalam lift.
“Maafkan saya
kerana lupa nak tanya nama. Tak sopan rasanya kalau saya tak kenal dengan
siapa saya mintak tolong.”
“Sa... Saya
Iman. Ya, saya Iman.”
“Selamat
berkenalan, Iman... Terima kasih.”
Pintu lift tertutup rapat.
Bab 4
Irdina Iman menongkat dagu memandang abangnya yang sejak dua menjak ni tersenyum simpul memanjang. Bukan saja tersenyum, kekadang tergelak kecil. Dan buktinya sekarang, abangnya tengah tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Padahal di tangannya novel karangan Dan Brown, The Da Vinci Code. Haih! Ini sudah lebih.
Pintu lift tertutup rapat.
Bab 4
Irdina Iman menongkat dagu memandang abangnya yang sejak dua menjak ni tersenyum simpul memanjang. Bukan saja tersenyum, kekadang tergelak kecil. Dan buktinya sekarang, abangnya tengah tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Padahal di tangannya novel karangan Dan Brown, The Da Vinci Code. Haih! Ini sudah lebih.
Irdina Iman
menepuk meja kopi dengan kuat. Ikhwan Iman tersentak. Tau pun terkejut!
“Haih…
Terkejut adek ketuk meja? Ingatkan tak sedar adek kat depan ni.”
“Apa pulak
ni, adek? Tepuk-tepuk meja?”
“Nak kata
adek saiz kecik tak jugak. Boleh tahan jugak besar dan berat badan adek
ni.”
“Apa kaitan
ketuk meja dengan saiz? Err... Berapa berat sekarang?” Usik Ikhwan Iman.
“Haih…
Metafor ler. Tak payah ler tanya berat. Adek tengok abang
tersenyum, tersengih, tergelak sorang kebelakangan ni kenapa? Ada sapa ke yang
buat lawak?”
Pertanyaan
adiknya membuatkan Ikhwan Iman diam. Adiknya perasan ke? Takkan
ketara sangat kot. Semenjak dua menjak ni je. Apabila dikira dengan
jari ada dalam 3 minggu dah.
“Abang ada
jawapan tak?”
“Heh…
Hehe… Tak boleh ke nak senyum-senyum? Mama kata abang kena rehat minda.”
“Ni bukan
rehat minda dah. Ni minda dah mereng.” Irdina Iman menggerakkan jari
telunjuk di tepi dahi. Huruf O.
Puan Sri
Mardinah membawa dulang berisi hidangan minum petang yang disediakannya
sendiri. Hujung minggu beginilah dia berkesempatan memasak sepenuh masa
untuk seluruh ahli keluarga. Manakala hari-hari yang lain dia sibuk
dengan urusan di syarikat.
“Kenapa
adek?” Tanya Puan Sri Mardinah.
“Abang ni
ha…, Mama. Adek rasa abang ni semacam sekarang ni.” Irdina Iman mengulang
semula aksi menggerakkan jari telunjuk dengan huruf O di tepi dahinya.
“Adek ni suka
serkap jarang.” Tuduh Ikhwan Iman kepada Puan Sri Mardinah.
“Apa yang
serkap jarang?” Marah Irdina Iman.
“Kenapa?”
Sekali lagi Puan Sri Mardinah bertanya. Kehairanan.
“Mama tak
perasan ke abang lain macam sekarang ni? Adek rasa ada sesuatulah.”
“Ya ke?” Puan
Sri Mardinah memandang anak sulungnya. Mencari sesuatu yang didakwa lain
macam oleh anak bongsunya. Bukan lain macam tapi kabur adalah.
Ikhwan Iman
selamba mengangkat bahu.
“Abang
teringat hal kat pejabat tempohari. Budak tu silap orang.” Ujar
Ikhwan Iman pendek.
“Habis tu?
Apa kena mengena dengan abang sampai tersengih macam kerang busuk? Adek
bercerita ke, bertanya ke, semua kena ulang 2 kali.” Omel Irdina Iman,
tak puas hati.
“Ulang?
Iye ke?” Serentak Ikhwan Iman dan Puan Sri Mardinah bertanya. Mereka saling
berpandangan.
“Silap orang?
Siapa silap, abang? Tanya Puan Sri Mardinah. Aneh. Selalunya
Ikhwan Iman tak bagi muka bagi yang buat silap ni.
“Macam ni,
ceritanya Mama.”
Selesai
berpenglipurlara, Ikhwan Iman menggaru belakang telinga apabila dilihatnya
tiada reaksi daripada kedua-dua wanita kesayangannya itu. Mama dan
adiknya saling berpandangan. Sunyi. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berdering. Ikhwan Iman memberi isyarat tangan untuk ke hujung
halaman rumah kepada kedua-duanya untuk menjawab panggilan telefon.
Irdina Iman
mencuit lengan Puan Sri Mardinah.
“Apa yang
Mama fikir?”
“Betul adek
cakap tu. Abang lain macam.”
“Tapi abang
nampak lebih santai sekarang kan? Dulu Isnin sampai Ahad stressed
je walaupun nampak cool.”
“Papa ada
jugak bercakap tentang abang tapi Mama berapa nak ambik tau.”
“Iye? Papa cakap macam tu? Hmm... Mama perasan
ada satu lagi tak?”
“Apa dia?”
“Mama ada
dengar tak abang kata dia marahkan staff tadi tu?”
“Tak
jugak. Tak pulak. Just amused. I think so. Just
amused.”
“See?
Kan dah confirm abang lain macam.”
Di tepi
halaman rumah Ikhwan Iman duduk menyandar di bawah gazebo.
Pandangannya di hala ke kolam kecil di hadapannya. Kelihatan beberapa
ikan koi, ikan koleksi Papa berenang-berenang di dalamnya. Empat ekor
kura-kura peliharaan adiknya pula duduk bertenggek sun-bathing jam 05:00
petang Sabtu. Ikhwan Iman mengeluh kecil.
Panggilan
tadi begitu mengejutkannya. Syarini. Hampir 6 tahun dia tidak
mendengar berita daripada Syarini. Entah hidup, entah tidak sejak majlis
konvokesyen mereka di Melbourne, Australia.
Kematian
Azmeer, teman baik mereka benar-benar memberi kesan dalam persahabatan yang
telah terjalin di antara mereka sejak mula-mula mendaftar di Universiti of
Melbourne 4 tahun sebelumnya. Gelak tawa dan susah senang semuanya
dikongsi bersama sehingga kehadiran Jaclyn, gadis kacukan Irish dan Cina
dalam hidup Azmeer. Semuanya berubah sedikit demi sedikit.
Siapa sangka
Syarini memendam rasa pada Azmeer? Siapa sangka Syarini bertindak sejauh
itu? Siapa sangka Jaclyn membawa diri? Siapa sangka Azmeer akan
kecewa? Dan siapa sangka dirinya akan kehilangan teman baik? Tiada
yang menyangka.
Selepas
mendapat panggilan daripada Syarini, cepat jari jemarinya menghantar SMS kepada
Nurul Ain, gadis yang tak tersengaja berkenalan dengannya semasa insiden lebih
kurang sebulan lepas. BerSMS dengan Nurul Ain pasti dapat menenangkan
dirinya.
Bip!
Bip! Tanda SMS masuk dan nama Nurul Ain terpapar pada telefon
bimbit. Senyumannya terukir di bibir. Cepat jugak dapat reply.
Bru
lps solat. Napa?
X lepak dgn Miza?
Miza ke Muar. Sepupu kawin. Tghri esok bru blik cni. Awak bt
pe?”
Di rmh. Tggu awak bls sms. Boring.
Hahaha. Pi senam.
Dh slim. Body pn dh ketak2. Boring.
Ish… Pi rht.
Tgh rht ni. Boring.
Pi solat dh?
Lom. Jap lg.
Klu jwb boring td, putus kawan. Pi dlu kang kita sms. Mak Su
pggl. K?
K? Err… Kluar mkn nk?
Mkn? Bila?
Mlm ni?
Jap. Kita tanya Mak Su.
SMS klu ok. X ok pun sms.
K.
Teringat dan
terbayang-bayang lagi Ikhwan Iman pada wajah terperanjat Kak Khatijah, P.A nya
apabila diminta untuk mendapatkan fail Nurul Ain seminggu yang lepas.
Sejak hari itu, Pengarah Besar Urusan dan P.A nya menjadi agak kamceng dan
suasana bekerja pun kurang tegang seperti hari-hari sebelumnya. Rahsia
boss, rahsia P.A. Komplot boss, komplot P.A.
“Saya mintak
Kak Khatijah tolong diamkan perkara ni, boleh?”
“Maksud tuan,
rahsiakan?” Riak wajah Puan Khatijah menggambarkan perasaannya.
Tanggapannya, anak jutawan ni ,mesti hendak mempermainkan anak dara orang.
“Rahsia tu
kedengaran macam saya nak buat perkara tak elok. At least
perkataan diamkan ada soft meaning.” Tenang Ikhwan Iman bersuara.
“Bo... Boleh
saya tahu kenapa, tuan?”
“To tell you the truth, saya tak
pernah dikenali dengan nama Iman. Ikhwan Iman tu pula satu jenama bagi
sesetengah orang. Gadis ni mengenali saya dengan nama Iman dan
penerimaannya terhadap saya pun kerana saya adalah Iman bukan Ikhwan Iman.”
Puan Khatijah
mengangguk perlahan . Faham.
Dan kini SMS
jadi penghubung mereka. Nurul Ain mengisi sesuatu dalam rutin hariannya
yang ketat dan penuh dengan urusan rasmi. Ada sesuatu tentang gadis itu
yang menggamitnya sejauh ini dan Irdina Iman, adiknya mula mengesyaki sesuatu
yang padahal dia sendiripun tak tau pasti apa. Apa salahnya tersenyum,
tersengih, tergelak? Kata Mama, berehat dan bersosial.
Bip!
Bip! Tanda SMS masuk dan kali ini bukan nama Nurul Ain terpapar pada
telefon bimbit tapi Irdina Iman. Ikhwan Iman mencerlungkan matanya
kot-kot silap. Sah, tidak!
U r smiling. I wonder y? Abg kena mandi bunga ni.
Ikhwan Iman
menoleh ke belakang. Irdina Iman berada tidak jauh di situ dan
ditangannya ada water sprinkler yang selalu digunakan oleh Pak Kassim,
tukang kebun menyiram bunga di halaman rumah. Ah, sudah! Perang!
nak teruskan ke tak?
ReplyDeleteTeruskan... nak tahu apa kesudahan nya...
Deletepost Bab 2 kat http://www.penulisan2u.my on 29/5
ReplyDeletehahaha..lawak btl la.. bos siap rse sayu lak tuh..
ReplyDelete