Irdina Iman sedang meneliti fail di atas meja
ketika Syed Faiz menegurnya.
“Morning, Dina.”
Seraya itu Irdina Iman mengangkat muka.
“Abang Faiz... Abang Faiz?
Bila Abang Faiz sampai? What a suprise!”
Irdina Iman menjerit kegirangan dan bangun dari kerusi.
“Tak tanya sihat ke tak?” usik
Syed Faiz.
Irdina Iman bergerak meninggalkan meja lalu
menghulurkan tangan untuk bersalam menyambut kedatangan abang sepupunya.
Abang sepupu yang cool.
“Sihat tu Dina tak nak tanya.
Dina tau Abang Faiz sihat. Ceria memanjang.” Sambung Irdina Iman
kemudiannya.
Syed Faiz pula mengambil kesempatan melarikan
pandangannya pada Irdina Iman, adik sepupunya. Semakin cantik, hatinya
memuji.
“Kenapa tengok Dina macam tu?”
“Dulu Dina montel. Dah 7 tahun
tak jumpa sekarang dah cantik. Slim.”
“Ala... Puji Dina bukan
dapat apa pun. Dapat awek baru dah?”
“Baru sampai petang semalam,
takkan dah dapat awek?” Syed Faiz menyambut usikan Irdina Iman.
“Abang Faiz datang petang
semalam? Siapa lagi? Uncle? Aunty?”
“Abang je. Next month most probably. Mak Long dan
Pak Long mana? Tak nampak pun?”
“Meeting. Jap lagi keluarlah tu. Sejak abang ke Venture
(M) Corporations, Papa dan Mama agak aktif dalam pengurusan syarikat.
Sebelum ni abang yang busy. Dah
jumpa Abang Ikhwan dah?”
“Semalam dengan tunangnya...”
Jawab Syed Faiz lambat-lambat.
Irdina Iman terbatuk-batuk mendengar perkataan
tunang daripada mulut Syed Faiz. Siapa? Syarini?
“Tunang?”
“Yeah. Petang semalam. Abang Faiz terserempak kat depan lobi.”
“Abang Ikhwan dengan
tunang? Kat depan lobi? Jam berapa?” Tanya Irdina Iman cuak.
“Hmm... Time tu lepas Maghrib.”
“Ooo... Pakai tudung warna apa?”
Berkerut seribu dahi Syed Faiz mendengar
pertanyaan daripada Irdina Iman. Tudung? Warna?
“Warna light purple. Kenapa siap tanya warna tudung ni?”
Bukan tujuannya bertanya warna tudung tetapi
untuk mengecam siapakah yang dimaksudkan oleh Syed Faiz. Jika bertudung,
pastinya Nurul Ain dan jika tidak, pastinya orang lain. Paling tidak pun
wajah Syarini terbayang di fikirannya.
Senyuman Irdina Iman kembali mekar di
bibirnya.
“Saja tanya. Dina jumpa
jugak diaorang semalam. Kalau warna tadi tu, betullah. Kalau tudung
warna lain tu, makwe lain kot...”
Syed Faiz mengangkat keningnya.
“So, berapa lama Abang Faiz bercuti ni?”
“Kali ni bukan bercuti tapi balik
terus.”
“Balik? Syarikat di sana?”
“Faizah dan suaminya kan ada?”
Irdina Iman mengangguk kecil, faham.
Pastinya Sharifah Faizah, adik kepada Syed Faiz yang baru melangsungkan
perkahwinan dengan pemuda keturunan Iran yang telah lama menetap di Liverpool,
England yang akan menguruskan syarikat milik keluarganya di sana.
“So... How’s life?”
“Dina biasa je. Ke
pejabat. Balik rumah Mama dan Papa. Balik rumah Dina. Dina
dah beli rumah kat PJ.”
“Tu bukan rumah. Tu
kondominium.”
“Sama je konsep.
Tempat berteduh kan? Haih... Mana Abang Faiz tau ni?” Irdina Iman mencekak
pinggang.
“Mama Dina yang bagitau dengan
Mak Su.”
Mak Su a.k.a Datin Mariana, ibu kepada Syed
Faiz dan Sharifah Faizah merupakan adik tiri kepada Mama nya. Mata Irdina
Iman melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Risau akan topik
seterusnya yang akan menjadi perbualan.
“Err... Berapa lama dah
Ikhwan bertunang?”
“Huh?”
“Dah lama ke Ikhwan bertunang?”
Irdina Iman berkira-kira sendiri tentang
jawapan yang akan keluar daripada mulutnya. Kenapa abang cakap dia dan
Nurul telah bertunang, omel hatinya.
“Baru sebulan. Majlis kecil
je. Mula-mula majlis risik sahaja tapi Papa kata baik terus
bertunang. Risik sekali dengan tunang. Mudahkan urusan.”
Syed Faiz diam. Wajah Nurul Ain masih
terbayang-bayang di ingatannya. Kenapa?
“Kenapa Abang Faiz tanya?”
“Err... Saja.”
**********
Shah Fairuz tersengih. Irdina Iman
menjeling tajam.
“Kenapa awak tersengih?” Marah
Irdina Iman kepada Shah Fairuz. Ada yang menggelikan hatinya?
“Salah ke?” Giat Shah Fairuz.
“Saya cerita tentang
abang... Yang awak tersengih macam kerang busuk kenapa? Bukan buat
lawak pun.”
“Nak tau kenapa?
Okay. Ni nak tanya ni. Ada dua soalan.”
“Apa dia?” Sempat juga
Irdina Iman menyuap nasi ke mulutnya dengan sudu.
“First question. Kenapa Ikhwan cakap dia dah bertunang?”
Berkerut kening Irdina Iman di hadapannya
memikirkan pertanyaan Shah Fairuz, kekasih hatinya. Mulutnya berhenti
mengunyah.
“Next question. Kenapa Faiz tanya banyak kali. Berapa
kali tadi?” Tanya Shah Fairuz santai.
Matanya dikerdipkan beberapa kali.
Irdina Iman cuba mengira dengan tepat.
“Dalam... Err...
Empat kali.” Jawab Irdina Iman acuh tak acuh kemudiannya.
“So? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri.”
Shah Fairuz kembali tersengih melihat wajah
Irdina Iman yang mencuka. Cantik, puji hatinya.
Irdina Iman mengimbas kembali
perbualannya dengan Syed Faiz pagi tadi sementara menunggu Puan Sri Mardinah
dan Tan Sri Ghazali selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan syarikat.
“Nurul bertugas sekali dengan
Ikhwan?”
“P.A gantian. Itu yang
selalu Nurul sebut.”
“Jatuh cinta di pejabatlah ni?”
Syed Faiz membuat kesimpulan sendiri.
“Sort of.” Jawab Irdina Iman pendek.
“Err... Dah lama mereka
bekerja bersama?”
“Setahun dah. Plus minus. Kenapa?” Pertanyaan
bertubi-tubi dibalas Irdina Iman dengan pertanyaan kembali.
“Saja. So bila nak langsung?”
Ketibaan Tan Sri Ghazali dan Puan Sri Mardinah
di depan pintu bilik pejabatnya menyelamatkannya daripada terus mereka cerita
karut untuk abang kandungnya.
Shah Fairuz yang sedang menyedut minuman di
tangannya mencuit hidung Irdina Iman.
“Jauh lagi ke nak flash back?” Shah Fairuz kembali
mengusik Irdina Iman.
Irdina Iman tersentak.
“Abang ni pun satu. Entah
apa dia fikirkan.” Rungut Irdina Iman.
“Si Ikhwan risau Faiz nak kat
Nurul. Bukan tu saja. Kalau Nurul ok dengan Faiz, dia yang gigit
jari.”
“Tapi benda ni kecik je kan?”
Irdina Iman berasa pelik.
“Siapa tak kenal Ikhwan? The Analyst. Perkara simple pun jadi tak simple. Cukuplah cerita tentang Ikhwan. Kita macamana pulak?”
Malas Irdina Iman melayan perubahan topik baru
yang menjurus kepada perhubungan mereka berdua. Matanya difokuskan kepada
kelibat pelanggan yang baru masuk ke dalam restoran.
Shah Fairuz mengetuk meja makan seperti
mengetuk pintu rumah.
“Senyap nampak?”
Tanpa memandang ke arah Shah Fairuz, Irdina
Iman bersuara.
“Kenapa dengan kita?”
“Dina...”
“Ada ke saya bagitau nak kawin
dengan awak?”
Shah Fairuz kelihatan tidak puas hati dengan
kata-kata Irdina Iman. Timbul idea untuk mengenakan buah hati pengarang
jantung.
“Sapa kata awak nak kawin dengan
saya?” Tanya Shah Fairuz sambil menjungkit bahu.
“Huh? Awak... Apa maksud
awak?”
“La... Tak dengar ke? Saya tanya
tadi, sapa kata awak nak kawin dengan saya?”
“Habis tu selama ni? Awak
main-mainkan saya ke?”
“Tak. Awak tak nak jawab ke? Sapa
kata awak nak kawin dengan saya?”
Kata-kata Shah Fairuz yang agak kasar
membuatkan hati wanitanya tersentap. Pilu.
“Kalau macam tu... Tak sapa
kata.” Perlahan Irdina Iman menjawab. Selera untuk makan hilang serta
merta. Marah sangatkah Fairuz dengan gurauannya tadi, hatinya tertanya.
Melihatkan wajah Irdina Iman keruh, timbul
perasaan bersalah dalam dirinya dengan idea terlampaunya.
“Dina...”
“Hmm...”
“Sedih tak bila saya buat macam
tu?”
Diam.
Shah Fairuz menarik nafas panjang.
“Tak de sapa kata awak perlu
kawin dengan saya tapi... Saya yang nak kawin dengan awak. Boleh ke
keluarga saya datang merisik bulan depan?”
“Risik? Kawin?”
**********
Tan Sri Ghazali memandang ke arah isterinya
yang sedang menatang dulang air. Puan Sri Mardinah meletakkan air
nescafe panas yang dibancuh beserta muffin
yang dihantar oleh Ikhwan Iman awal pagi tadi. Dia kemudiannya melabuhkan
punggung bersebelahan suaminya.
“Faiz bermalamlah di sini malam
ini. Kat rumah kamu pun sunyi.” Pelawa Puan Sri Mardinah kepada anak
saudaranya.
“Malam ini tak dapat, Mak
Long. Insya-Allah lain kali. Itupun kalau Mak Long pelawa lagi.”
Tan Sri Ghazali tersenyum.
“Bila-bila pun kamu boleh
bermalam di sini, Faiz.” Tangannya menghulurkan secawan nescafe kepada
Faiz.
“Terima kasih, Mak Long.
Semakin lawa dah Mak Long sekarang. Semalam tak sempat nak puji.” Kata Syed
Faiz sambil menghirup nescafe di tangannya.
Puan Sri Mardinah ketawa. Bapak borek, anak
rintik. Mulut manis seperti ayahnya, suami kepada adik tirinya.
“Mama kamu bila nak balik
sini? Tak rindu nak balik kampung?” Tanya Puan Sri Mardinah.
“Mungkin hujung bulan depan, Mak
Long. Pak Long tak minum?” Selesai menjawab pertanyaan Puan Sri Mardinah,
Syed Faiz beralih kepada Tan Sri Ghazali, Pak Long nya.
“Pak Long nak makan muffin ni dulu. Cuba rasa dulu.”
“Hmm... Sedap muffin ni.” Puji Syed Faiz.
“Ikhwan yang hantar pagi
tadi. Nurul yang bagi.” Ujar Tan Sri Ghazali senang hati.
“Nurul? Tunang Ikhwan?”
Kedua suami isteri itu saling
berpandangan. Tunang?
Setelah seketika tiada tindakbalas daripada
Pak Long dan Mak Longnya, Syed Faiz berpendapat kisah pertunangan sepupunya itu
bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan ke lingkungan bukan
keluarga.
“Saya terserempak dengan mereka
petang kelmarin di lobi. Itu yang Ikhwan perkenalkan saya dengan Nurul.”
Syed Faiz menerangkan keadaan.
Tan Sri Ghazali berdehem beberapa kali menghilangkan rasa tekak yang kelat. Puan Sri Mardinah pula cuma mengukir senyuman.
“Siapa yang bagitau Ikhwan dah bertunang kepada kamu ni, Faiz? Ikhwan?” Tanya Puan Sri Mardinah dengan lembut.
“Memang Ikhwan yang perkenalkan.
Itu pun secara tidak sengaja. Saya terserempak dengan Nurul semasa
memberhentikan kereta di depan syarikat. Semalam pun, Dina cerita
sedikit.”
“Dina? Dina cakap apa?” Tan Sri
Ghazali sedikit terkejut dengan penglibatan anak bongsunya dalam merekacipta
cerita pertunangan ini.
“Mereka kerja di pejabat sama.
Cinta pejabat. Err... Saya mintak maaflah kepada Pak Long dan Mak
Long kalau berita pertunangan ini bukan untuk digembar-gemburkan.
Saya...”
“Bukan untuk dirahsiakan, Faiz.
Cuma bila nak langsung baru lah diwar-warkan. Jodoh di tangan Tuhan
kan?” Balas Puan Sri Mardinah. Kedua suami isteri itu berbalas pandangan.
Ikhwan! Irdina!
Syed Faiz mengangguk kecil faham kerana
melalui penceritaan Irdina Iman, majlis yang berlangsung pun sepatutnya majlis
merisik cuma di'bidan terjun'kan kepada majlis pertunangan.
“So, Faiz
betul-betul nak balik terus ke Malaysia kali ini?” Tan Sri Ghazali bertanya
seraya menukar arah perbualan.
“Kali ini memang saya
merancang nak menetap terus. Itu yang Mama dan Papa ikut sekali tu.
Faizah yang akan stay untuk menguruskan syarikat bersama Razif,
suaminya nanti.
“Kalau macam tu boleh Faiz
membantu Pak Long di pejabat nanti.” Cadang Tan Sri Ghazali disambut anggukan
daripada isterinya.
“Di Ikhwan Holdings? Layak
ke Pak Long?”
“Apa yang tak layaknya
kalau dah penat belajar tinggi-tinggi? Pengalaman pun menguruskan
syarikat keluarga di luar negara. Syarikat besar atau kecil bukan
masalah. Elok sangat. Kalau malu nak bertugas di Ikhwan Holdings,
bantu Ikhwan di Venture (M) Corporations.”
Puan Sri Mardinah yang sedang menghirup
nescafe terserdak mendengar cadangan daripada suaminya. Ikhwan dan Faiz
bertugas di tempat yang sama? Sekali dengan Nurul? Biar benar...
Tan Sri Ghazali tersenyum sumbing.
Tangannya mengurut belakang isterinya untuk meredakan batuk.
“Venture (M) Corporations?”
Hatinya melonjak kegembiraan.
Bukan niat kedatangannya ke rumah banglo
tersebut untuk mendapatkan kerja dengan mudah kerana pemilik syarikat merupakan
suami kepada Mak Long nya, tapi sekadar menunjukkan rasa hormat dengan
menziarahi orang yang lebih tua. Namun cadangan daripada Pak Long nya
amat sukar untuk ditolak. Kenapa?
“Venture (M) Corporations?” Tanya
Syed Faiz untuk kepastian.
“Kalau berminat, Isnin ni lapor
diri.” Jawab Tan Sri Ghazali dengan ringkas.
**********
Amiza ketawa besar melihat Nurul Ain
yang menjelirkan lidah kepadanya.
“Ko selalu tersepit kat
tengah-tengah, Ain. Hari tu team dengan Encik Fairuz. Kali ni team
dengan boss sendiri. Apa pulak lah kali ni? Encik Fairuz dengan Cik
Dina dah on. Kali ni siapa pulak yang nak on.”
Nurul Ain menyelesaikan misinya menocang
rambutnya sendiri. Dia menoleh ke arah Amiza yang kini tersengih sambil
mengunyah cocoa crunch kotak besar di depan pintu biliknya.
“Tolong orang dapat pahala tau.”
“Pahala tu kena tak dengan
tempat. Bohong dapat pahala ke?”
Giliran Nurul Ain tersengih. Terkena
batang hidung sendiri.
“Napa tersengih? Betul kan aku
cakap?” Kata Amiza.
“Entahlah, Za. Aku pun
menonong je ikut boss. Bila difikirkan semula, apa kes? Ish!”
“Boss ko syok kat ko kot?”
“Ish! Lain kali tu cuba
bagitau benda yang bernas sikit? Logik sikit?”
“Yelah, yelah. Err...
Encik Faiz tu handsome ke?”
Nurul Ain mengerut kening. Mata
dikerdipkannya beberapa kali. Mengimbas...
Kacak. Tetapi... Tetapi apa?
“Lama bebenor nak describe?”
Sergah Amiza, tidak sabar.
“Orangnya tinggi macam
boss. Segak macam boss. Pelik pun macam boss.” Nurul Ain membuat
kesimpulannya sendiri. Ringkasan.
“Macam boss?”
Cuma anggukan yang diterima Amiza daripada
Nurul Ain. Baru sahaja Amiza membuka mulut hendak bertanya, Nurul Ain bersuara.
“Ada sesuatu yang pasti tentang
boss dan Encik Faiz. Mereka tak ngam.”
Tangan Amiza berhenti di tengah jalan daripada
memasukkan cocoa crunch ke mulutnya.
“Sepupu pun boleh tak ngam?
Orang kaya-kaya ni banyak konflik. Ko tengok cerita Indon. Tak pun
cerita Filipina.” Amiza berkata sendiri.
“Ish! Ko ni. Kenapalah
tiba-tiba masuk cerita Indon dengan cerita Filipina ni?”
“Ko mana tau... Ko tengak
cerita Korea. Romantic comedy, so gelak memanjang. Aku suka yang
ada drama. Konflik sana, sini. Misteri itu, misteri ini.
Konspirasi.”
“Maksud ko?” Nurul Ain memandang
wajah Amiza yang kini serius.
“Ni mesti kes perebutan harta
warisan keluarga, perebutan wanita yang dicintai. Dua ni je selalunya.”
Nurul Ain mengetuk kepala Amiza dengan sikat.
“Adoi! Kenapa ko
ketuk? Sakit.”
“Hello? Ni realiti.
Tu lakonan. Ish! Jom ke bawah. Masak.” Nurul Ain menarik tangan
Amiza.
“Mak Su mana? Balik jogging tadi
terus tak nampak pun batang hidung?”
“Tak balik malam ni. Ada
reunion dinner kat Melaka.”
“Jumpa geng dia lah tu.
Seronok lah dapat jumpa geng-geng lama.” Amiza berangan-angan sendiri.
“Tu lah. Nak masak apa yek?”
“Masak? Tak payahlah.
Mak Su bukan ada pun. Kita order je Domino's. Aku
belanja.” Cadang Amiza dan dia pasti Nurul Ain pun akan setuju.
“Betul? Jangan bohong...”
“Lepas gaji bolehlah. Kalau
tengah bulan... Blah lah.” Amiza menjeling.
“Okaylah. Set.” Nurul Ain
melonjak kegembiraan. Bukan kerana tidak perlu memasak ataupun menunya
pizza Domino's... Tapi seronok sakan sebab Amiza belanja dan dia
bercadang mengenakan Amiza dengan pesanan tahap gaban.
**********
Ikhwan Iman menutup novel ditangannya, karya
daripada John Grisham yang terbaru.
“Kenapa aku cakap macam tu?”
Dia mengubah posisi daripada baring di sofa,
kini duduk menyandar. Tangan didepakan seluas-luasnya.
“Nurul tak bertanya satu pun. Dia
tak curious ke?”
Kini Ikhwan Iman bangun dan berjalan
mundar-mandir tidak jauh daripada sofanya tadi.
“Kalau Papa dan Mama tau...
Dina? Fairuz dah sah akan gelakkan aku.”
Kedua tangannya meraup muka.
“Apa yang tak kena dengan aku
ni?”
Sukar untuk Ikhwan Iman melupakan pandangan
mata Syed Faiz sewaktu Nurul Ain berpaling melihatnya memakirkan kereta di
belakang kereta milik sepupunya itu.
Lagi sukar juga untuknya melupakan mata bundar
yang bersinar milik Nurul Ain tatkala dia ditujukan dengan panggilan
sayang. Bukan pandangan mata tanda jatuh cinta, tapi pandangan nakal yang
menyatakan
Boss ada konspirasi terhadap
sepupunya, dan sebagai pekerja, kena bantu. Okay, boss!
Sekali lagi Ikhwan Iman meraup wajahnya.
Apabila diimbas kembali, sedikit pun Nurul Ain
tidak terusik untuk bertanya perihal kenapa tanpa ada mukaddimah dirinya
menjadi tunangan orang. Tenang.
“Nurul... Pasal tadi tu...”
Ikhwan Iman membuka bicara di dalam kereta setelah agak jauh meninggalkan
perkarangan lobi syarikat namun dicantas oleh Nurul Ain.
“Boss, saya cuma nak cerita
sesuatu yang ringkas. Dulu boss saya rujuk dengan gelaran tuan kan?
Sekarang saya panggil boss cuma B.O.S.S. Apa pun panggilan,
gelaran mesti ada sebab. Pasti boss pun ada sebab. Saya okay.
Err... Boss kata nak belanja makan. Jadi tak?” Nurul Ain
tersenyum ke arahnya.
Bunyi deringan telefon bimbit mengembalikan
Ikhwan Iman ke situasi semasa. Nama Syarini terpapar.
“Nurul... Lupa belikan
cincin tunang.” Ikhwan Iman menarik nafas panjang.
Bab24
Syarini memilih
untuk duduk di penjuru restoran, tempat yang agak selesa untuk bertemu kali
pertama setelah bertudung. Blouse biru laut dan seluar panjang
berwarna putih. Tudung berwarna
kebiru-biruan pilihan Nurul Ain untuk digayakan sekali. Bibirnya mengukir senyuman. Nurul Ain!
Nurul Ain,
gadis itu memang memiliki sesuatu yang dia sendiri kurang pasti apakah ia. Setiap senyuman, tawa, usikan, patah
perbualan dan perlakuan daripada gadis itu menarik perhatian. Mudah untuk gadis itu mendekatinya tanpa
sedar.
Apa yang pasti,
satu hari nanti setiap satu kebaikan yang ada pada Nurul Ain akan dibalasnya
dengan setekad dan sebaik mungkin.
Insya-Allah.
“Assalamualaikum, lama dah tunggu?”
Syarini
tersentak dalam lamunannya sendiri.
Ikhwan Iman berdiri di sebelah mejanya.
Dengan senyuman.
“Wa’alaikumsalam... I pun baru sampai. Awal lagi kan?” Syarini mengerling ke arah
jam tangannya.
“Kena tepat masa.” Jawab Ikhwan Iman pendek.
Tanpa menunggu
pelawaan, Ikhwan Iman menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Syarini.
“Sibuk memanjang sekarang?” Tanya Syarini
memulakan perbualan.
“Adalah sikit. You?”
“I tolong ibu saudara I kat butik. I apply jawatan kosong tempat you tiada jawapan, so I fikir baik tolong ibu saudara I.” Kata Syarini sekadar mengusik.
Ikhwan Iman
kelihatan terkejut.
“You
apply? I tak tau.”
“Ala...
I usik you. Jangan panik and you jangan rasa bersalah.”
“Tapi you kata...”
“Usik you sikit you dah gelabah. Relaks.
Hmm... Kita order dulu?” Cadang
Syarini.
Ikhwan Iman
mengangkat tangan ke arah salah seorang pelayan restoran.
Masing-masing
memesan makanan mengikut citarasa.
Pelayan nampak tekun dan sopan dengan layanannya.
Syarini menarik
nafas panjang setelah pelayan tersebut beredar.
“Kenapa?” Tanya Ikhwan Iman.
“You nampak segak.”
“Come
on lah, Sya. You pun nampak nice.”
“Thanks. I
pun tak sangka I boleh berpakaian
sebegini. Well, life goes on.”
“Setiap sesuatu ada hikmah.” Perlahan Ikhwan
Iman bersuara.
Syarini mengangguk. Memang kata-kata Ikhwan Iman tidak akan
dinafikannya.
“Hmm... You
tak busy hari ni? Tiada schedule
lain?”
Terdiam Ikhwan
Iman sebentar. Ada...
“Maybe
later. Tapi ada seseorang mengajar I jangan skip breakfast, lunch and
dinner walau sesibuk mana pun. You?”
“I
free hari ini. Saja ajak you makan sebab lama dah tak berbual
dengan you. You busy memanjang. That’s why I selalu cari Nurul.”
“Nurul?”
“Siapa lagi.
P.A you.”
“I see.”
“She’s
a very nice and interesting person. I like her very much. Untung P.A dapat boss macam you.”
Ikhwan Iman
cuma tersenyum mendengar kata-kata Syarini.
Siapa yang tidak menyenangi Nurul Ain? Cuma dia tidak bersetuju dengan
komen terakhir daripada Syarini. Bukan
Nurul Ain yang beruntung tetapi sebaliknya.
“You
senyum ni teringatkan siapa?”
“Huh?”
“You
banyak berubah dari dulu. Dulu pendiam
dan agak serius. Now you looked different. Maybe there is someone? I terlambat
lah ni?”
Cuma tawa
Ikhwan Iman menjadi jawapan. Entah
kenapa, Syarini terasa sedikit kecewa.
Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia berharap Ikhwan Iman sudi untuk
memandang ke arahnya walaupun hanya sekilas... Bukan sebagai sekadar kawan.
Setiap kali
Syarini berkata-kata, pasti ada nama Nurul Ain yang menghiasi isi
perbualannya. Nurul Ain begitu, Nurul
Ain begini. Ikhwan Iman dalam diam berterima
kasih kerana Nurul Ain, bekas teman wanita kepada arwah teman baiknya kini
telah kembali. Perkara lalu patut
dilupakan tapi patut diingat sebagai pengajaran dan teladan.
Kemudian...
“I
ingat I nak introduce Nurul Ain dengan one
of my cousin.”
Ikhwan Iman yang tengah menyedut minuman yang
baru dihidangkan terserdak.
“Are
you okay?”
Cepat-cepat
Ikhwan Iman mengelap mulutnya. Wajah
Syarini kini dipandang penuh tanda tanya.
“You
nak perkenalkan Nurul dengan... Siapa?”
“Cousin
I. Kenapa?”
“Err...
Nurul tau?”
“Well...
I ada suggest dengan Nurul. Dia
cuma ketawa.”
“Ketawa?” Tanya Ikhwan Iman.
Syarini
mengangguk kepala.
“I suggest
pun sebab bila I tanya banyak kali
ada seseorang yang istimewa tak, dia geleng kepala. Senyum.
Bila I cakap I nak introduce cousin I, dia
ketawa. Kenapa?”
“No. Nothing.”
“Hmm...
One more thing. I pelik SMS di cellphone Nurul berderet-deret masuk time I jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak dengan Nurul. Bila I tanya
siapa hantar, boyfriend ke... Dia kata tak sampai seru.”
“Tak sampai seru?” Ikhwan Iman mengulang kata-kata Syarini.
Syarini memandang
ke arah Ikhwan Iman. Ada sesuatu di
wajah itu...
“Kat pejabat SMS pun masuk ke?” Tanya
Syarini.
Ikhwan Iman
menggeleng kepala.
“Nurul tiada teman istimewa, tiada boyfriend.” Jawab Ikhwan Iman setelah
agak lama membisu, menjamah makanan tengahari yang dipesan.
“Tiada?
Mustahil!” Syarini sedikit terkejut.
Ikhwan Iman
mengukir senyuman. Syarini agak pelik
dengan Ikhwan Iman yang tiba-tiba tersenyum.
“Tiada. Confirm.”
“So,
boleh I introduce cousin I nanti.”
Syarini membuat keputusan.
Lambat-lambat
Ikhwan Iman bersuara.
“Nurul Ain dah bertunang.”
**********
Ikhwan Iman
memakirkan keretanya. Enjin kereta
dimatikan. Beg kertas Tiffany & Co.
dicapai dengan cermat. Kotak didalamnya
dikeluarkan dan dibuka.
Nurul Ain...
“Nurul, teman lelaki awak tak marah kalau
dia tau?”
“Teman lelaki? Siapa?
Encik Fairuz?” Usik Nurul Ain sambil tangannya menekan butang end call pada telefonnya.
“Fairuz?
Fairuz mana?” Tanya Ikhwan Iman cemas.
Nurul Ain
tersenyum. Melihatkan senyuman daripada
Nurul Ain membuatkan Ikhwan Iman tersedar dirinya terkena.
“Awak kenakan saya ke Nurul?”
“Boss, kalau saya ada teman lelaki, Encik
Fairuz mintak tolong nak tackle Cik
Dina pun saya tak tolong. Tak sesuai.”
“Tak de means
tiada?”
“Nope. None.
Zero. Nothing.” Jawab Nurul Ain.
Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta.
Jawapan Nurul
Ain membuatkan Ikhwan Iman terdiam namun terasa menyenangkan. Kenapa...
Tok! Tok!
Cermin kereta diketuk dari luar. Ikhwan
Iman membuka pintu kereta.
“Bro, termenung jaoh?” Tegur Shah Fairuz.
“Tungga Dina?”
“Hmm... Dah 15 minit aku tunggu, bro. Mengikut perkiraan, ada 15 minit lagi. Dah biasa.”
“Call
lah.” Ikhwan Iman menutup pintu kereta.
“Tak naklah. Saja tunggu dalam kereta. Dari mana, bro?”
Ikhwan Iman
mengangkat beg kertas dan dihalakan ke arah Shah Fairuz yang kini melopong.
“Tiffany & Co.? Siapa?”
“Tunang lah, bro.”
Shah Fairuz
menggaru dagu, sedang berfikir.
“Untuk Nurul? Biar betul, bro... Ni dah kes lain. Tiffany & Co.?” Shah Fairuz
terkejut dengan jawapannya sendiri.
Ikhwan Iman
tersengih.
Shah Fairuz
terdiam. Tidak pernah sepanjang
persahabatan mereka Ikhwan Iman begitu spontaneous. Kali ini teman baiknya ini betul-betul
kelihatan berlainan.
“Semahal ni?” Tanya Shah Fairuz menduga.
“Maksud?”
“Kalau nak berlakon pun depan Faiz, takkan Tiffany & Co.? Bukan Faiz kenal pun jenama cincin tunang kat
jari manis Nurul. Janji ada tanda.”
“She’s
different. This suits her.” Ringkas
dan tegas Ikhwan Iman menjawab.
“Sampai bila, bro?”
Jawapan yang
menjadi tanda tanya kepada dirinya sendiri.
Ikhwan Iman menggeleng kepala.
“Well,
cuma satu nak confirm ni, bro. Kalau satu hari nanti Nurul pulangkan? Bagaimana?” Shah Fairuz menyeluk tangannya di
poket seluar jeans.
“Semuanya tamat. In a
good term.”
Mengerti dengan
perasaan Ikhwan Iman, Shah Fairuz menepuk bahunya.
“Dia gadis yang baik, bro. Aku doakan yang terbaik.”
**********
Tan Sri Md Ghazali dan Puan Sri Mardinah sedang duduk di gazebo tepi halaman rumah menikmati
suasana petang yang redup hujung minggu.
“Abang betul ke nak mintak
Faiz bekerja bersama Ikhwan?” Tanya Puan Sri Mardinah.
Tan Sri Md Ghazali melipat surat khabar ketiga yang yang dibeli
awal pagi tadi untuk aktiviti membacanya seharian.
“Apa tak betulnya?”
“Abang bukan tak kenal
dengan Ikhwan dan Faiz tu macamana?”
“Macamana?”
Puan Sri Mardinah diam. Mustahil untuk Ikhwan Iman bekerjasama
dengan Syed Faiz dengan adanya Nurul Ain di situ. Anak-anak tidak dapat menipu pandangan dan
pengamatan ibubapa.
Ikhwan Iman dan Syed Faiz, kedua-duanya menyimpan perasaan yang
sama pada Nurul Ain. Nurul Ain... Sedarkah gadis itu tentang perkara yang
berlaku di sekelilingnya?
“Saya rasa tak sedap hati
bila abang cadangkan Faiz bekerja di Venture (M) Corporation. Kat Ikhwan Holdings pun dah memadai.”
“Awak kena tengok the bright side.”
“Maksud abang?” Tanya Puan
Sri Mardinah kepada suaminya.
“Tadi pun dah ada contoh.”
“Apa dia?”
“Dina dan Fairuz. Kalau
tak kerana Nurul Ain, entah bila lagi nak tahu hujung dan pangkal kisah
percintaan mereka. Tup! Tup! Bulan depan
keluarga Fairuz nak datang merisik. Cuba
tengok Ikhwan pulak. Dulu stress memanjang. Baran jangan cakaplah. Sekarang?”
“Tapi...”
“Bukan saya tak tahu
Ikhwan dan Faiz tidak sebulu. Si
Faiz... Nasib baik awak nakkan saya,
kalau tidak, ayah Faiz dah sambar dulu.”
Tan Sri Md Ghazali memotong percakapan isterinya.
“Abang ni... Tu zaman kita muda-muda. Ni zaman sekarang.”
“Pendekatan abang mudah
je. Kalau Ikhwan dan Faiz saling
bekerjasama dan berbaik, syarikat keluarga lagi
maju. Lagipun mereka kan
sepupu. Tiada yang boleh membantu selain
keluarga sendiri.”
Sekali lagi Puan Sri Mardinah terdiam.
“Pasal Nurul Ain tu awak
jangan risau. Kita nak kenenkan dengan
siapapun, keputusan di tangan empunya badan.
Mungkin Ikhwan, mungkin Faiz atau mungkin ada orang lain.” Sambung Tan
Sri Md Ghazali.
“Abang lupa sesuatu.”
“Apa dia? Pasal
tunang-tunang tu?” Tan Sri Md Ghazali meneka arah tujuan perbualan isterinya.
“Fairuz kata abang beli
cincin.”
“Laa... Nak berlakon jadi tunang kena ada cincin
belah rotan. Apa salahnya membeli?”
“Kat Tiffany & Co.” Puan Sri Mardinah tersenyum.
**********
Hanima sedang menyidai telekung ketika Amiza mengetuk bilik
tidurnya.
“Mak Su, masuk boleh? Orang
nak tanya sikit.” Amiza duduk di tepi
katil, di kerusi meja solek.
“Haa... Apa dia?
Dah masuk pun. Lambat Mak Su nak
pelawa.”
Amiza tersengih namun kata bicara belum dilontarkan.
“Tadi nak tanya. Apa dia?”
“Kalau Boss Garang nak
kat Ain, Mak Su bagi tak?”
“Hmm... tu kena tanya tuan punya badan. Kenapa? Kamu berkenan kat Encik Ikhwan?”
“Nau’zubillah... Tak nak saya.
Tak boleh nak handle. Tiada kepakaran.”
“Iye lah tu. Tanya ni kenapa?”
“Hmm... Ain.”
Hanima yang sedang membuka pintu almari, terhenti.
“Mak Su.....” Panjang
benar alunan panggilan daripada Nurul Ain dari tangga di ruang tamu.
Amiza memandang ke arah Hanima.
“Panjang umur dia, Za.”
Ujar Hanima.
“Hehehehe...” Amiza ketawa kecil. Memang panjang umur.
Seketika kemudian Nurul Ain berada di depan pintu bilik.
“Ha, apa pula ni? Tadi Miza.”
“Err... Mak Su nampak tak beg barang kemas arwah mak
warna biru yang selalu orang simpan kat laci tengah. Lepas pindah ari tu tak pernah nampak. Orang pun lupa nak tanya Mak Su.”
“Beg barang
kemas... Rasanya ada.”
Nurul Ain mengangguk. Hanima
membuka laci yang terkunci di dalam almari.
“Kebetulan Mak Su pun
nak betulkan rantai tangan yang putus hari tu.
Hmm... Ni dia.” Hanima
menghulurkan beg kepada Nurul Ain.
Amiza mengerut kening.
“Ko nak pakai barang
kemas dah ke? Buang tebiat ke?” Amiza
kehairanan.
“Bukan macam mami jarum. Satu barang je.” Nurul Ain membuka zip dan mula menyelongkar
isi kandungan beg tersebut.
“Apa dia?”
“Sabar... Ni dia.”
Nurul Ain mengeluarkan sebentuk cincin belah rotan pemberian arwah
ayahnya.
“Cantik... Baru beli ke?”
Tanya Amiza.
“Tak. Mak belikan tapi aku tak pernah pakai. Takut
terlucut dari jari.”
“Haa... Tu yang masih dalam bekas cincin ni. Tapi ko nak buat apa?” Amiza semakin pelik.
“Kamu ni Miza. Dia nak pakai lah.” Sampuk Hanima.
“Betul kata Mak Su
tu. Nak pakai.” Nurul Ain mengenyit mata
pada Hanima.
**********
Syed Faiz
sedang menghala ke lobi ketika melihat kelibat Nurul Ain dan Amiza berada di
depan lif bersama beberapa kakitangan syarikat.
Masing-masing rancak bercerita yang pada perkiraannya mungkin tentang
aktiviti hujung minggu yang baru berlalu.
Senyuman Nurul
Ain yang diselang-selikan dengan ketawa kecil itu memang menggetarkan hati
kecilnya. Apa yang sedang berlaku, detik
hati kecilnya.
“Abang Faiz tengok siapa tu?” Seseorang
yang amat dikenalinya menegur dari belakang.
“Bagi salam dulu kat abang kalau nak
mengusik pagi-pagi.” Tegur Syed Faiz pada Irdina Iman.
“Assalamualaikum. Abang Faiz tengok siapa?” Usik Irdina Iman.
“Waalaikumsalam. Tengok pemandangan.” Syed Faiz tersenyum dan menggelengkan
kepala. Entah berapa lama dia berdiri telah
di situ?
Mata Irdina
Iman melilau mencari seseorang yang boleh dijadikan penyebab abang sepupunya
itu berdiri di tengah alam. Tiada...
“Calon awek ke?”
Mereka berjalan
beriringan menuju ke lif yang sudah lengang.
Nurul Ain dan temannya telahpun menaiki lif ke tingkat masing-masing
tatkala Irdina Iman menegurnya.
“Mula dah.
Jom. Dina bertugas di sini hari
ni?” Tanya Syed Faiz.
Irdina Iman
membetulkan anak rambutnya di dahi.
“Tak.
Dina nak ambik laporan yang abang dah tolong check dengan amend untuk
Dina. Abang mintak ambik kat Nurul pagi
ni. Abang lewat sikit sebab papa nak
jumpa di Ikhwan Holdings.”
“Nurul?”
Syed Faiz menoleh ke arahnya.
“Yes. P.A abang... Jom.
Naik.” Irdina Iman bergerak masuk
ke dalam lif diekori Syed Faiz.
*******
Terkial-kial Nurul Ain mengeluarkan telefon bimbitnya. SMS!
As-Salam.
Dh smpi?
Nurul Ain mengecilkan sedikit matanya. Geram.
W’slm. Bru,
boss. Boss x smpi lg?
Beg diletak di atas meja dan tangannya mengeluarkan kunci bilik
pejabat Ikhwan Iman. Masa untuk mengemas
.
Nmpk
awak smpi td...
Langkah Nurul Ain terhenti di depan pintu bilik yang telah
dibuka. Nampak? Pantas dia menoleh ke
siling mencari kebarangkalian adanya kamera tersembunyi yang baru dipasang.
Irdina Iman dan Syed Faiz yang baru tiba di tidak jauh dari
belakangnya ikut sama mendongak ke siling.
Jarinya kembali membalas teks SMS.
Boss nmpk? Boss
kt mn?
Ikhwan
Holdings. Napa? Tengah mendongak ke atas
siling cari kamera?
Nurul Ain mengetuk skrin telefon tanda tidak puas hati. Irdina Iman dan Syed Faiz saling
berpandangan.
Nak ape SMS ni, boss?
Sy bwk laksa penang. Ok?
Ok. Dina dh smpi?
X. Napa?
Bg report yg hr tu
kt dia.
Yess, boss.
Jam 11 sy
smpi. Ready fail untuk projek MY1.
Nnt fax surat yg Dina bwk ke
SG. Call Edward pasal unjuran
perbelanjaan.
Set.
One more. Xde camera.
Jaki kt awk. Bye.
“Aish! Geram betol!” Nurul Ain membebel
sendiri.
Irdina Iman
mengukir senyuman. Pasti Nurul Ain
mendapat teks pesanan daripada abangnya.
Berlainan pula dengan Syed Faiz yang pelik dengan reaksi Nurul Ain
dengan telefon di tangannya.
“Amboi, Nurul... Sibuk dengan telefon?” Usik Irdina Iman,
memula bicara.
Nurul Ain
berpaling. Alamak!
“Cik Dina?
Encik Syed Faiz? Err...”
“Abang hantar SMS?” Irdina Iman giat
mengusik.
Cuma senyuman
yang mampu dilemparkan.
“Cik Dina nak report ke? Jap.” Nurul Ain meluru masuk ke bilik pejabat
Pengarah Besar Urusan diekori oleh Irdina Iman dan Syed Faiz di belakangnya.
“Masak apa hari ni?” Tanya Irdina Iman.
Nurul Ain
sedang membuka kabinet fail.
“Laksa penang. Miza yang cadangkan sebab dah habis resipi
sarapan pagi.” Jawab Nurul Ain bersahaja mengundang tawa Irdina Iman.
Syed Faiz
mengerutkan kening dan mencuit bahu adik sepupunya.
“Resipi?” Tanya Syed Faiz dengan suara yang
perlahan.
“Abang sarapan di pejabat. Nurul masakkan pagi-pagi setiap hari.” Irdina Iman mengiakan.
“Ikhwan makan sarapan?” Syed Faiz kenal benar dengan Ikhwan Iman
jarang makan sarapan pagi apatah lagi yang berat seperti laksa penang.
“Tunang masak kena makan. Special
order.” Tambah Irdina Iman dengan perlahan juga.
Dengan
senyuman, Nurul Ain menghulurkan sampul putih kepada Irdina Iman.
“Thanks.
Ni surat abang bagi semalam.
Nurul tolong fax, boleh?”
“Baiklah. Nak saya buatkan air dulu?”
“Saya nak cepat. Tapi Nurul boleh tolong
abang sepupu saya get familiar dengan
syarikat? Abang Faiz, I’ll leave you in a great care of
Nurul. Got to go.”
Irdina Iman
bergegas keluar meninggalkan abang sepupunya bersama Nurul Ain.
“Err...
Encik Syed Faiz duduk dulu kat dalam pejabat. Saya akan hidangkan minum pagi.” Seraya itu
Nurul Ain menolak pintu pejabat Pengarah Besar Urusan.
Tanpa banyak
soal, Syed Faiz menuruti.
**********
wow!!makin panas ni.Cpt update ya cik penulis....
ReplyDeletewaaaa....ada saingan,
ReplyDeletex sabo nk tggu next n3,
jgn lama sgt ye azfeen...
Cerita makin menarik. x sabar tunggu sambungan.
ReplyDeletecik writer...
ReplyDeletetlg ler post new n3 cepat2. ntah baper kali dok ualng baca bab 23-24 ni. makin best & rasa makin tak sabar...
Mana sambungan bab 25? Takdok pongggg
ReplyDelete