Amiza masuk melalui pintu dapur setelah selesai membuang 2 plastik besar
sampah terakhir di tong sampah perbandaran di hujung taman perumahan. Agak jauh
juga kakinya menapak. Mujur ada payung untuk mengelakkan panas matahari
tengahari menggigit kulitnya. Cik Siti Payung gelaran yang disandangnya sejak
di bangku sekolah rendah. Ke mana-mana
mesti ada payung lipat. Tapi kali ini
payung ini hak milik sendirian berhad Mak Su Hanim. Payung merah menyala jenama Avon itu
kemudiannya dilipat dengan cermat lalu digantung pada penyangkut di belakang
pintu.
Nurul Ain pula sedang mengemop bahagian terakhir di sebelah wet kitchen. Siap mop dengan air panas campur dettol,
hilang kuman yang lama bertapak, katanya.
Mak Su Hanim pula sedang memasang alas meja makan yang baru, corak
petak-petak kecil bewarna biru sedondong dengan langsir biru yang juga baru
dipasang sebelum dia keluar membuang sampah tadi.
Peti sejuk dibuka dan botol air jus oren kecil diteguknya untuk
menghilangkan haus. Dia kemudiannya menarik malas kerusi di meja makan dan
merebahkan kepalanya beralaskan lengan.
“Alhamdulillah. Fuh! Selesai
semua dah. Ko keje besok?” Tanya Amiza
pada Nurul Ain setelah agak lama juga melayan perasaan.
“Rasanya tak kot... Selasa.”
Jawab Nurul Ain tanpa mengangkat muka. Kusyuk menyudahkan tugas
terakhirnya.
“Boleh pulak rasa-rasa?” Rungut
Amiza. Tangannya kini sibuk membetulkan
ikat toncet rambut pendek paras bahu.
“Aku dah apply sampai esok. Dah lulus pun. Kan dah bagitau kat ko seminggu sebelum tu.
Cuti tu back up je. Itu pun kalau penat tak hilang lagi.
Kalau time tengahari macam ni
dah siap semua, maybe pi lah kot. Napa?”
“Ala… Ni tak syok ni. Aku apply
Khamis dan Jumaat lepas je. Jadi esok
kena keje dah.”
“Laa… Keje je lah.”
Amiza memuncungkan mulutnya. Aksi
kegemaran. Bukan malas hendak menunaikan
tanggungjawab di pejabat tapi kalau Nurul Ain cuti, sunyi. Tiada sesiapa untuk disakat.
“Nak masak ke, nak bungkus untuk
tengahari ni?” Celah Hanima. Gubahan bunga di atas meja makan dibeleknya.
Nurul Ain mengeliat meredakan lenguh di belakangnya. Mop dan baldi diletaknya dalam bilik
air. Dia mencuci tangan.
“Bungkus jelah. Petang sikit baru masak.” Ujar Nurul Ain dari
dalam bilik air.
“Siapa nak pegi beli?” Tanya
Amiza diiringi dengan bunyi menguap.
Wuaahh…
Hanima menepuk bahu Amiza.
“Kita pi sekali. Mak Su ingat nak beli kat Carrefour kat Mid
je. Dekat.”
“Orang nak singgah MPH!” Jerit Nurul Ain. Gembira.
“Tu dah melampau tu. Nak beli apa?
Terasa macam ko pulak dapat duit BR1M, baucer RM200. Membeli buku.
Tak penat lagi tengok buku.” Omel Amiza.
“Dapat newsletter minggu lepas dari MPH.
Novel terbaru Julie Garwood dah mula dijual sejak semalam. Nak grab
lah. Dulu tu buku sekolah, ni novel.
Buku sekolah tu ada tahap kejemuaannya tapi novel ni susah nak jemu.”
“Kalau dah tu, bersiaplah. Jam 1 kita gerak.” Arah Hanima. Malas mendengar kedua-duanya gaduh mulut.
“Set.” Jawab kedua-duanya
serentak.
Dua jam kemudian…
“Hanima?” Tegur Puan Sri
Mardinah.
“Puan Sri?” Balas Hanima sedikit terperanjat.
“Laa… Keciknya dunia. Banyak shopping?” Puan Sri Mardinah memandang ke troli.
“Ada lah sikit, Puan Sri. Err... Puan Sri sorang saje?” Hanima meninjau di
belakang isteri majikannya.
“Anak teruna saya temankan. Tengah
tolak troli tadi. Entah tak nampak
bayang dah.”
“Err… Saya tak sangka pula Puan Sri membeli barang
dapur sendiri. Saya ingatkan macam dalam
televisyen, pembantu rumah tolong belikan.”
“Awak ni, Hanima. Dalam tv tu lain, saya lain. Eh, sorang?”
“Anak saudara yang baru bekerja
di Venture (M) Corporation hari tu yang temankan. Sekali dengan kawan baiknya.”
“BFF, Best Friend Forever. Saya
pun baru belajar bahasa budak-budak sekarang, Hanima. Nak buat kek ke ni?”
Tanya Puan Sri Mardinah, menjengah ke troli di tepi Hanima. Ada 2 troli.
“Yang troli satu ni, Ain
punya. Anak saudara saya yang saya cakap
tadi tu. Katanya teman kat pejabat nak
tempah muffin coklat esok untuk dessert. Last minute. On the way ke sini tadi. Lepas kalut-kalut memilih tu dia ke MPH. Jap lagi sampailah tu.”
“Dessert? Muffin?” Puan
Sri Mardinah tertanya sendiri. Kebetulan!
Hanima meminta diri beredar apabila ternampak kelibat Amiza tidak jauh
daripada kaunter perkhidmatan. Puan Sri
Mardinah cuma melemparkan senyuman.
Puan Sri Mardinah terdiam sejenak.
Bukankah esok ada mesyuarat pagi di pejabat? Irdina Iman, anak bongsunya
yang menempah katering 3 hari lepas untuk mesyuarat tersebut.
“Jauh termenung? Depan Mee Sedap pulak tu.” Sapa Ikhwan Iman
sambil menyorong troli yang sarat dengan barangan keperluan rumah.
“Hmm… Mama nak tanya sesuatu
kat abang. Boleh ke?”
“Kenapa pulak tidak, Mama? Apa dia?” Ikhwan Iman kehairanan. Sejak bila Mama mintak kebenaran bertanya.
“Esok mesyuarat macamana?”
Panjang lebar jawapan yang diberikan Ikhwan Iman kepada Puan Sri
Mardinah. Tapi itu soalan pertama. Soalan kedua, the main point.
“Untuk catering tu?”
“Adek yang uruskan cuma adek last minute nak tambah chocolate muffin.”
“Chocolate muffin?” Ulang Puan Sri Mardinah.
“Ha’ah.”
“Yang abang called semasa driving tadi tu?” Tanya Puan Sri Mardinah untuk kepastian.
“Yup.”
“Caterer tak cater tu
sekali?”
“Adek nak muffin yang abang
bawak balik dari office hari tu. Abang suruh adek beli, dia tak nak. Nak home
bake.”
“Home bake? Bukan beli ke yang hari tu?”
Puan Sri Mardinah teringat dalam kotak biru gelap berribbon putih yang di dalamnya terdapat 6
bijik chocolate muffin tempohari. Memang sedap.
Lembut dan ada chocolate chip
beserta inti coklat di dasarnya. Siap
dengan sugar dusting dan kacang badam
di atasnya.
“Tak, kawan yang abang kenal
hari tu buatkan. Sebenarnya ada jamuan perpisahan
staff tingkat 20, so ada potluck.
Abang dapat tumpang sekaki.”
“Abang ikut jamuan?”
“Tak. Special
delivery. Kenapa?”
“Tak de apa. Mama teringat sesuatu tapi dah lupa dah.”
“Nak bayar dah ke ni, Mama?”
“Siap dah. Nanti singgah kat England Optical. Adek pesan.”
“Okay.”
Ikhwan Iman mengekori langkah Puan Sri Mardinah tanpa banyak soal. Selesai membayar mereka menuju ke destinasi.
Bip! Bip! Deringan SMS. Nurul Ain!
Kat MPH. Napa?
Keje esok?
Cuti lagi.
Yg muffin tu?
Bt awal pg nnt. Start
jam 3 am. Pg Miza akan hntr ke tgkt 49.
Penat
mengemas?
Jgn ditanya. Awal2 dh pengsan mlm ni.
Miza hntr?
Miza tdo kt rmh. Ada 5 blk so bg 1 kt Miza.
Hahaha. Srnk jd Miza.
Awk kt ne?
Kedai cermin
mata. Tmnkn Mama.
Ooo… Baik ank mak. Kita nk pi byr kt kaunter. Bye.
Bye.
Puan Sri Mardinah menghulurkan nota kecil kepada salah seorang optician yang bertugas di kaunter untuk
mendapatkan kanta lengkap seperti dinyatakan oleh optometrist. Matanya
dikerling ke arah Ikhwan Iman yang leka membalas SMS. Asyik!
Jam 3 pagi…
Selesai membasuh muka dan menggosok gigi, kakinya melangkah menuruni
anak tangga. Nurul Ain menyanyi-nyanyi kecil.
Mujurlah kesemua barang keperluan untuk membuat chocolate muffin telah
disediakannya di atas meja makan di dapur sebelum masuk tidur jam 10 malam tadi. Yang nak menjadikan muffin cuma tinggal tuan punya barang nak menjayakannya atau
menjahanamkannya. Ish! Nak 50 muffin.
Mujur ada 2 oven besar. Satu milik
arwah mak dan satu lagi Mak Su Hanim.
Sebelum menuju ke dapur, dia menghampiri pintu utama rumah kerana di
sebelah kanan pintu terdapat sistem penggera yang telah diset awal malam tadi
sebagai langkah keselamatan. Lega
hatinya kerana semuanya dalam keadaan baik.
Lampu bilik Mak Su nya belum
terpasang. Nampaknya Mak Su nya masih lena dibuai mimpi.
Amiza pula usah ditanya. Banyak kali
mengetuk pintu pun masih senyap. Bom
jatuh depan rumah pun belum tentu sedar lagi.
Sejam setengah berlalu…
Tangannya pantas dan cekap melaksanakan misinya. Siap sudah 25 chocolate muffin. Ada 25
bijik lagi tapi tadi dah bancuh banyak. Dapat extra dalam 20 bijik lagi.
Bip! Bip! Telefonnya berbunyi.
“Ish! Sapa pulak yang berSMS pagi-pagi buta
ni. Kalau bulan puasa tak heranlah. Ish!” Marah Nurul Ain sendiri. Tangannya comot dengan adunan muffin.
Tertera di atasnya nama Iman. Laa… Mamat ni rupanya.
Mrning…
Nurul Ain mengesat tangannya dengan tisu Scott. Bersih.
Telefon dicapai.
Mrning. Napa?
Kacau ke?
Tgh mskkn 25 lg muffin.
Then cukup 50.
Extra?
Ish! Sapa byr?
Boss Garang?
Sapa lg? Bila lg?
Ish! Ada. Dlm 20.
Miza booked 6 bijik so tggl 14 bijik.
Agak2 jm brapa siap?
Jam 6 pg kot. Napa?
Sy pi ambik.
Huh? Tau ke tmpt ni?
Mlm td Miza sent long
lat.
K. What time?
Jam 7
am, k?
K.
C U
then.
K.
Nurul Ain memandang telefon bimbitnya.
Pelik! Apa salahnya kalau Amiza
yang hantar? Mesyuarat di pejabat bukan pejabat lain pun.
“Siap dah?” Tegur Hanima apabila
dilihatnya Nurul Ain selesai membalas SMS.
Namun kerutan di dahinya tak selesai lagi pun.
“Kus semangat. Tak perasan orang. Siap jap lagi.” Nurul Ain mengurut dada.
“Berkerut-kerut kening tu?”
Nurul Ain menggigit jari telunjuknya.
“Err… Ni geng baru nak datang ambik sendiri. Tak bagi Miza hantarkan.”
“Sini? Ambik kat rumah ni?”
“Tu yang dia taip alamat ni.”
“Siapa nama kawan kamu tu?”
“Iman.”
Kaki Hanima yang pada asalnya hendak melangkah masuk ke bilik air terhenti.
Wajah Nurul Ain ditatapnya. Mencari
sesuatu.
“Apa dia?” Nurul Ain berasa sedikit pelik.
“Siapa nama tadi?” Ulang Hanima lagi.
“Iman.”
“Nama penuh ke tu?”
“Tak pernah tanya pulak.
Kenapa, Mak Su?
“Bertugas sekali dengan kamu?”
“Tak. Tingkat atas.
Tingkat 49.”
Tak mungkin, gerutu Hanima sendirian.
Nurul Ain memandang Mak Su Hanimnya dengan pandangan penuh tanda tanya.
Bab 8
Puan Khatijah termangu sendiri di mejanya. Terasa terhenti sekejap degup jantung apabila teringat peristiwa awal pagi tadi.
Bab 8
Puan Khatijah termangu sendiri di mejanya. Terasa terhenti sekejap degup jantung apabila teringat peristiwa awal pagi tadi.
Keadaan bilik mesyuarat agak tegang
dan sesiapapun tidak berani untuk bersuara.
Itulah penangan amarah daripada Pengarah Besar Urusan. Puan Khatijah membisu di sebelah bossnya.
“Saya tak fikir itu sebab musababnya, Mr. Lim!” Sergah Ikhwan Iman. Entah kenapa kali ini kemarahan dirasakannya
berada pada paras yang agak normal, bukan tahap berjaga-jaga atau merbahaya
kepada pekerjanya.
“Tapi, tuan…”
“I want reasons not
excuses! I can’t tolerate excuses. Awak sebagai Pengarah
Bahagian patut alert, buat
laporan. Mungkin tidak terlalu lambat
untuk mengambil langkah terbaik dan memikirkan tindakan seterusnya. Langkah-langkah yang patut diambil.”
“Mungkin saya terlepas pandang, tuan.” Akui Mr. Lim. Keluhan kecil dilepaskannya.
“It’s time for you to take a good
look, don’t you?” Balas Ikhwan Iman pendek.
Suasana hening seketika apabila
pandangan Ikhwan Iman beralih dari seorang demi seorang. Mencari sasaran seterusnya?
“Tuan Haji?” Ikhwan Iman menggaru belakang telinganya yang seperti biasa
tidak gatal pun. Mencari sesuatu untuk
diperkatakan. Boss Nurul Ain.
“Ya, saya tuan.”
“Find this person thoroughly. I
need the full-length report by tomorrow morning.”
“Baik, tuan.”
“Awak ada apa-apa nak tambah, Encik Razak?” Tanya Ikhwan Iman. Giliran Encik Razak, boss kepada Amiza pula.
“Bagaimana dengan pihak peguam, tuan?”
“I’ll handle them. Dan Mr.
Lim, you’re a lucky man today. I don’t feel like firing you.”
Di surau…
Masing-masing duduk mengelilingi Puan
Khatijah. Bukan untuk bertazkirah dan gossip dalam surau pun jauh sekali tapi
mendengar penerangan lanjut tentang kejadian Pengarah Besar Urusan naik minyak.
“Harga pembidaan telah dibocorkan dengan sengaja.” Jawab Puan Khatijah
perlahan. Tidak mahu mengganggu jemaah lain
yang masih solat.
“Iye? Big Boss macamana?” Pantas Nurul Ain bertanya. Tangannya membetulkan awning tudung yang agak senget di kepala.
“Macam tu lah, Nurul.”
“Nampak tadi Tuan Haji pun kalut.
Big Boss nak laporan. Saya pun ikut sekali kalut.”
Amiza yang baru selesai melipat
telekung selepas solat Zohor mencelah.
“Saya nampak Mr.Lim keluar tadi?
Kena pecat ke?” Amiza mengagak.
“Yang tu, akak tak pasti.”
Kemudian perbualan beralih topik
mengikut jemaah yang ikut serta berbual.
Ada berbual tentang sinetron Nada Cinta, ada pula yang berbual tentang
drama Seindah Sakura dan tak kurang pula bertanya tip-tip hantaran kahwin.
Jam hampir menunjukkan pukul 2
petang. Selesai sahaja bersalaman, Nurul
Ain dan Amiza bergegas keluar. Langkah
diatur laju ke lift. Mereka berpecah. Nurul Ain menekan butang ke tingkat bawah,
Amiza menekan butang ke tingkat atas.
Tapi tujuan yang sama, menyinggah ke bilik air.
Bip! Bip! Tanda SMS masuk. Iman!
Amiza menunjuk isyarat tangan
mengatakan lift telah tiba dan dia
meluru masuk. Bilik air telah memanggil-manggil. Nurul Ain mengangguk dan kembali menatap
skrin tefeon. Ada SMS hendak dibalas.
Ada apa?
Dh mkn?
Dh.
Dgn Miza. Kt kafe. Tapau.
Boring.
Ish! Awal lg ni. Dh solat?
Dah.
Bru jp td.
K.
Nurul Ain berhenti menaip. Buntu sebentar untuk mencari perkataan
seterusnya. Suka benar mamat ini berSMS dengannya, gumam Nurul Ain sendirian.
Boss Garang dh ok?
Ok kot.
Mr. Lim kena pecat x?
X. Bkn slh dia pn.
OIC. Awak plak?
X brpa ok. Boss x ok, xkn sy ok kn?
Dh sent SMS ni kira ok lah.
Iye x ye jgk. Sy pla kena siapkan laporan jp lg.
Rport?
Tn Hj dh siapkn. Sy kna edit2, hias2 biar nmpk formal.
Nk sy tlg serahkn kt boss lg kali
ni?
Xpe.
Abg Deen ada.
K.
Sambil melangkah ke dalam lift yang telah sedia terbuka di
depannya, Nurul Ain menggigit jarinya. Teringat
dengan perbualannya dengan Amiza semalam.
Amiza memang selalu hidup dalam dunia
misteri, fantasi dan imaginasi. Kini dia
terbaring mengiring ala-ala ikan duyung di katil sambil kepalanya ditongkat
dengan lengan. Dia memerhati Nurul Ain yang baru selesai
mengelap rambutnya yang basah selepas mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul
7:35 malam.
“Aku rasa Iman tu macam ada sesuatu yang lain macam tentang dia.”
“Hmm…” Balas Nurul Ain acuh tak acuh.
Ada-ada saja lain macam pada firasatnya, itulah Amiza.
Sambil mengangkat ibu jari tangan kanannya, telunjuk dan jari tengah seperti
orang mengira, Amiza membuat rumusan yang panjang lebar menjela.
“Pertama, kat pejabat tak pernah terserempak even sekalipun. Kedua, ajak makan pun susah. Ketigas, kata bertugas kat tingkat 49, tapi
hari tu aku pergi antar report kat
Kak Kat tak nampak batang hidung pun. Tu
pun nasib baik batang hidung dia tu mancung terletak.”
“Ko ni… Tanyalah dengan Kak Kat. Takkan mereka sama bertugas, bekerja satu floor tak tau.”
“Memang tanya pun. Kak Kat macam
gelabah siot. So aku tinggalkanlah fail dengan Kak Kat.”
“Gelabah? Ko ni…”
“Ni bukan misteri, fantasi dan imaginasi aku je ni. Ni betul-betul.”
“Hantar surat kot?”
“Wei… Antar surat boleh beli
Hyundai Tucson ke?” Amiza mengecilkan matanya sedikit.
Tidak dinafikan ada benarnya kata-kata
Amiza yang kini berubah posisi menelentang atas katil macam tapak sulaiman.
Kaki digerakkan seperti orang yang
sedang melakukan senaman aerobik.
“Logik tak?” Tanya Amiza apabila Nurul Ain diam.
“Hmm…” Nurul Ain menggigit jari telunjuknya. Betul, betul, betul!
“Bukan nak merendahkan sesapa, Ain.
Dia bagitau ko dia bertugas sebagai apa?”
Nurul Ain menggeleng kepala.
“Partition kat atas tu bukan
banyak mana. Ada empat bilik boss yang
besar-besar dan itupun sekali dengan bilik kecil untuk P.A setiap boss. Bilik mesyuarat ada dua. Ko boleh bayangkan?” Seraya itu, Amiza mengangkat kedua tangan
seperti gaya perandingan bercerita kanak-kanak.
“Ish! Boss nombor lain selain
nombor satu kot?” Cadang Nurul Ain. Biar cepat sikit tamat sesi
bayang-membayang dipelopor oleh Amiza.
Amiza bingkas bangun lalu duduk di
birai katil. Bantal Angry Bird milik Nurul Ain dipeluk kemas. Kenapa dia tidak
terfikir?
“Wei… Napa tak terfikir pulak ye? Tu logik.
Betul tu. Ada logik.”
“Dah terungkai misteri ko?
Ish! Cepat mandi. Maghrib dah ni.” Gesa Nurul Ain. Waktu Maghrib pendek, wajib disegerakan.
“Yezzer… Ada satu lagi rasa-rasanya
terungkai.”
“Apa dia?”
“Dia minat kat ko lah Ain.”
Selamba Amiza berkata. Tangannya
mencapai tuala yang disangkutnya tadi di kepala katil Nurul Ain dan menuju ke
pintu bilik untuk ke bilik sebelah. Noktah!
Nurul Ain terkedu sendirian. Topik berubah dalam sekelip mata, itu
kelebihan Amiza.
**********
Sebelah petang…
Penat lelah
sepanjang pagi tadi terbalas juga apabila tiada kerja KIV lagi untuk dilakukan
sebelah petang. Tuan Haji Bahari pun seperti
tidak berminat untuk mengarahkan dia menyiapkan tugasan lain untuk hari ini. Dia kelihatan sibuk di biliknya dan
semestinya banyak berkait rapat dengan kes pagi tadi. Laporan untuk Boss Garang telah diserahkannya
kepada Tuan Haji Bahari untuk semakan akhir dan ditandatangani sebelum dihantar
ke tingkat 49.
Nurul Ain
mengeluh. Jam tangan dikerlingnya baru
pukul 4 petang. Milo panas dihirup
perlahan. Kalau di rumah, pastinya
bertemankan side dish seperti pisang
tanduk rebus ke, pisang goreng ke, cucur udang ke, keropok lekor ke. Ikut giliran siapa MasterChef hari itu. Tapi di pejabat petang-petang sebegini cuma
ada biskut Oreo perisa coklat. Putar, rasa, celup!
Telefon bimbitnya berdering. Kali ini bukan lagu Doraemon, tapi soundtrack
manga MAID SAMA. Ish!
“Assalmualaikum, ni lagu apa pulak ni, Miza?”
“Waalaikumsalam. Tu bukan lagu
aku. Lagu ko lah Ain. Ko Ayuzawa dan Iman, jadi Usui.”
“Ish! Nama budak lelaki tu Usui ke? Takumi kan?”
“Samalah. Takumi Usui tu nama
dia. Erk! Mana ko tau?”
“Ko ingat ko tengok kartun tu sorang-sorang?”
“Laa… Ingatkan selama ni ko dok
sebelah baca menatap novel aje. Mana
tau.”
“Ish! Tengoookkk. Tengok gitu-gitu. Ko ni. Tetiba aku ikut ko berbual pasal kartun.”
“Correction. Anime lah.”
“Whatever. Apa dia?”
“Ko dah bukak ke SPA Portal ke hari ni?”
“Belum untuk minggu ni.”
“Ada panggilan temuduga untuk aku hujung bulan depan kat Putrajaya.”
“Ko dapat panggilan? Eii… Seronoknya. Alhamdulillah. Jap-jap aku tengok. Bye.”
Jari-jemarinya lantas menari-nari
dengan tetikus untuk le laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ruangan carian ditaip dengan perkataan SPA
Portal. Enjin carian mengambil masa agak
lama untuk mencari, mungkin ramai pencari kerja yang hendak memohon pekerjaan di
sektor kerajaan sepertinya sedang melayari web tersebut. Agaknya malam nanti baru bekesempatan. Nurul
Ain mengeluh buat kesekian kalinya.
Apa yang
hendak dibuat sementara menunggu ketibaan jam 5 petang? Nurul Ain bangun dari tempat duduknya dan
mundar-mandir ke seluruh pelusuk biliknya.
Bilik yang dihuninya sejak pesaraan Puan Elizabeth tempohari. Pesaraan pilihan untuk mengikut anak tunggal
lelakinya yang berhijrah ke Perth, Australia untuk bekerja. Hmm…
Masa untuk Deco Bersama Nurul Ain, bukan bersama Eric. Chaiyok! Chaiyok!
Selesai
mengemas rak buku, kabinet fail menjadi sasarannya dan terakhir sekali meja
tempatnya bekerja. Nurul Ain mencangkung
di bawah meja apabila kedengaran tapak kasut seseorang sedang melangkah
masuk. Nurul Ain bergesa-gesa bangun dan
kepalanya terhantuk pada meja.
Dub! Dub!
“Auch! Ish!
Meja ni… Sakit betul.” Marah
Nurul Ain. Tangan kirinya menggosokkan
kepalanya. Agak kuat, sakit dan pening
lalat sedikit.
Seorang
wanita memakai blouse putih berlengan
panjang dan skirt kelabu gelap paras
bawah lutut berdiri di hadapan mejanya.
Tercangkuk di lengannya ala-ala Saloma ada beg tangan jenama YLV dan itu
sah-sah original berpadanan dengan si
pemakainya. Cermin mata gelap di atas kepalanya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Err…
Minta maaf, cik. Boleh saya
bantu?” Nurul Ain menyambut dengan formal.
Segaris senyuman menghiasi bibirnya.
“Saya nak berjumpa dengan Nurul Ain. Awak ke?”
Irdina Iman
memandang gadis di hadapannya penuh minat.
Cantik dan manis orangnya.
Senyuman yang menghiasi bibir gadis itu menampakkan lesung pipit di
kedua-dua belah pipinya. Well, well, well. You’re going deep down
under this time, abang, detik hatinya.
“Ya, saya.
Boleh saya tahu kenapa cik nak berjumpa dengan saya. Err…
Duduklah dulu.” Pelawa Nurul Iman.
Siapa pulak yang datang, gumam Nurul Ain. Lidah pun semakin keras bertutur apabila nervous.
“Tak pe. Saya ok je. Sebenarnya saya pun nak cepat ni tapi saya nak
bayar jugak kat Nurul Ain duit untuk tempahan muffins last week.”
“Muffin? Minggu lepas? Err… Yang Iman order tu ke?”
Irdina Iman
terdiam. Ikhwan Iman jadi Iman ke? Bukan
Ikhwan? Hatinya tertanya.
“Ha’ah.
Iman yang mintak saya bayarkan.
Nanti Nurul Ain kira dulu cukup ke tak.”
“Terima kasih. Saya harap last minute muffins tu ok.
Err… Ok ke?”
“Baaanyakkk peminat… Boss saya pun
berminat.”
“Alhamdulillah. Nak jumpa Iman ke?”
“Ha’ah.
Nurul Ain pun bolehlah sambung mengemas.” Irdina Iman melarikan matanya memandang hasil
aktiviti kemas-mengemas Nurul Ain.
“Nurul saje.
Err… Nama cik?”
“Saya Dina.
Well, nice to meet you. Hmm… Saya nak ke tingkat atas dulu nak jumpa Iman.
Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
Nurul Ain
memandang sehingga kelibat gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Dina tadi
hilang dari pandangan. Ish! Siapa agaknya gerangan wanita bergaya
korporat dengan Iman? Sama cantik, sama
padan, pujinya dalam hati.
**********
Ikhwan Iman
seperti tidak percaya apabila dilihatnya Irdina Iman, adiknya melangkah masuk
ke pejabat. Senyuman berbalas senyuman.
“So, what brings you her? What a surprise!”
Irdina Iman
duduk di hujung meja abangnya. Wajah
kacak milik abang kandungnya itu ditatap penuh kasih sayang.
“Apa pulak ni…” Giat Ikhwan Iman.
Irdina mengenyit
mata pada abangnya.
“She’s
beautiful. I like her.” Kata Irdina Iman kemudiannya.
Ikhwan Iman
tertanya-tanya siapa yang cantik? Siapa
yang dia suka?
“Siapa?” Tanya Ikhwan Iman. Pelik. Terkeliru
suda…
“SMS
girl. Adek bayar duit muffins tadi.” Selamba sahaja Irdina Iman berkata menjolok
kekeliruan abangnya.
“What? Adek bayar? Adek cakap apa? Dia cakap apa?
Dia buat apa?” Bertubi-tubi soalan dari mulutnya.
“Banyak betul soalan. One by
one, okay? Rahsia abang selamat. Jangan risau. Nak yang mana satu? Rahsia banyak. Nama Iman ke? Identiti abang ke?”
“Betul ni, adek?”
“Betuuul…
Adek tak cakap apa. Abang tau dia
buat apa tadi? Dia tengah mengemas. Bukan
cleaner. Dia sendiri yang mengemas.”
“Dia cakap apa?”
“Blurred. Agak-agaknya dia nak tanya siapa adek di hati
abang kot tapi tak terkeluar pun soalan tu.”
Bukan mudah
untuk merahsiakan sesuatu daripada Irdina Iman.
Ada sahaja jalannya untuk mengorek rahsia yang tersimpan rapi dan telah
terbukti sekarang.
“Abang dah hantar borang permohonan?” Tanya
Irdina Iman spontan. Cincin di jari
tengahnya dipusing-pusingkannya.
“Huh?”
“Borang?
What for?
“Laa...
Abang ingat abang sorang queue
untuk Nurul Ain? Gadis macam tu? Fikir banyak-banyak bukan ada jalan lain
pun.”
“Borang tadi tu?”
“Haih!
Nak kena ulang kali kedua ke atau abang slow ni? Maksud adek, maybe
ramai yang tengah menunggu memetik bunga di taman. Bunga kembang, mewangi, cantik, berpelajaran
macam tu, takkan tak ada yang nak tengok saja?
Kena petik, abang. Tapi kena isi
borang. Borang permohonan nak jadi
boyfriend. Borang risik, tunang, kawin
tunggu dulu.” Panjang lebar penerangan
daripada adiknya.
Ikhwan Iman terdiam sejenak. Teringat lagi dengan perbualannya bersama Nurul
Ain sewaktu menemani gadis itu membeli keperluan untuk kegunaannya di pejabat
selepas makan tengahari di JM
Beryani Seksyen 13, Tesco Shah Alam bulan lepas.
Nurul Iman menarik troli di bahagian
hadapan biarpun Ikhwan Iman setia menyorong di belakangnya. Ramai juga pasangan
lain di lorong yang sama seperti mereka.
Ada yang memilih paket minuman segera, bijirin segera. Masing-masing mengisi troli mengikut
keperluan dan citarasa masing-masing.
“Takkan jawapan tu kosong je?”
“Apa dia?”
“Jawapan tadi tu.” Ihhwan Iman
mengingatkannya.
“Owh, yang tadi tu? Dah tu tak jumpa orangnya. Erk!
Salah, salah. Saya tak jumpa
orangnya dan orangnya tak jumpa saya.
Kalau nak ayat canggih daripada Miza, ni dia. Mutual interest tak de. Chemistry tak de. Mak Su pula akan kata jodoh tak sampai lagi.”
“Memilih tak?”
“Ish!
Tadi tanya saya diet tak? Ni pulak tanya saya memilih ke tak? Soalan
pantang bagi kaum Hawa tu.”
Nurul Ain
berhenti melangkah dan mencekak pinggang.
Ikhwan tersengih. Comel.
“Habis tu?”
“Sekarang tiada jawapan. Ada jawapan nanti, karang bagitau. Shh! Concentrate nk beli makanan ringan
ni. Dan sebelum awak kata saya tak takut
gemuk ke memakan makanan ringan, saya nak jawab dulu. Kadar metabolisme tinggi.”
still under construction
ReplyDeletecpt2 la new n3...
ReplyDeletesiap kot nxt page...
Delete