Bab 3 - 4

Bab 3

Nurul Ain tengah kusyuk menyiapkan pembetulan bagi  laporan akhir beserta presentation slide yang diserahkan oleh Tuan Haji Bahari, Pengurus Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal kepadanya sebelum jam 07:50 pagi lagi.  Awal pagi tadi terkedu sebentar apabila dilihat pengurusnya itu menghampirinya sewaktu baru melabuhkan punggungnya di kerusi di meja kerja dengan membawa bungkusan sandwich dan mug berisi milo instant panas kegemarannya dari pantryBreakfast beb! Mujurlah dia dan Amiza sampai awal setiap hari.  Belumpun rekod datang awal tercalar sepanjang lima hari bekerja di sini. 

Selepas solat Jumaat nanti, Tuan Haji nak kedua-duanya siap dalam bentuk softcopy dan hardcopy kerana petang sebelum jam 03:30 petang kedua-duanya akan diserahkan kepada P.A Pengurus Besar Urusan di tingkat 49.  Okay. Kira beres.

Deringan telefon bimbitnya bernada lagu Doraemon menjengah telinga.  Nurul Ain tersentak.  Kus semangat!  Hantu punya Amiza! 

   “Ko tukar ring tone telefon aku ke?” Marah Nurul Ain pada Amiza di hujung talian.

Kedengaran Amiza mengekek ketawa.  Mesti Nurul Ain gelabah dengan kalut giler dengar bunyi ring tone baru yang kiut, detik hatinya.

   “Assalamualaikum, salam dulu.   Ha’ah.  Cepat skit ko jawab panggilan coz itu ring tone untuk aku.  Aku setkan ring tone untuk Mak Su ko gak.  Tak nak tanya lagu aper?” Galak Amiza mengusik.
   “Waalaikumsalam.  Ish...  Bagitau je lah.  Ko tak de keje ke?” Rungut Nurul Ain.  Time macam ni buat kacau.  Tak senonoh betul.
   “Lagu cerita Om Shanti Om.  Mak Su kan minat SRK so kalau dia call, baik ko cepat jawab.  Kalau tak satu floor gempak Bollywood mari. ”
   “Hai...  Rosak, rosak kawan aku ni.  Ni call ni nak bagitau tu je?”
   “Keje banyak.  Dah siap, cuma tengah print.  Jap lagi nak mintak Abang Usop fotostat.  So sementara terluang ni dok bertanya kabar.”
   “Abang Usop?”
   “Ala...  Kalau ko ada Abang Deen tolong despatch dgn fotostat, aku ada Abang Usop.  Mana aci kalau ko sorang je ade.  Eh, jangan lupa tau. Jam 12:30 tengahari aku lepak tempat ko tau.  Ni ada pesanan dari...  Err... Tiga orang lagi secret admirers.”

Nurul Ain menjulingkan matanya ke atas dan keluhan kecil dilepaskannya.  Tak habis-habis. 

   “Ok.  Dah le, aku nak siapkan ni.  Dah nak jam 11:00 pagi ni.  Harap-harap sempat siap semua.”
   “Chiao.”
   “Bye.”  Nurul Ain memutuskan talian.

Tumpuannya kembali pada skrin komputer.  Ada 2 slide lagi ...  Chaiyok!  Chaiyok!

Sejam kemudian...

   “Nurul tunggu siapa?” Tanya Kak Rosminah, kehairanan melihat Nurul Ain duduk di luar bilik Tuan Haji Bahari.  Di tangannya menjinjing beg kertas Pooh berisi telekung.
   “Err...  Saya nak bagi pendrive dan hardcopy ni kat Tuan Haji.  Dah siap dah.  Pagi tadi dah janji kat Tuan Haji.  Saya dah buat pembetulan dan periksa banyak kali.  Semua ada kat sini dan fail ni.” 

Kak Rosminah menggeleng kepala.

   “Laa...  Nurul tak tau ke?” Tanya Kak Rosminah padanya.
   “Tau? Tau apa, Kak Ros?” Nurul Ain bertanya kembali.  Terlepas sesuatu ke?
   “Isteri Tuan Haji masuk wad baru kejap tadi.  Accident on the way balik dari UPM, tempat dia mengajar.  Tu yang Tuan Haji bergegas keluar tadi.  Nurul tak perasan kot.  Kusyuk sangat.”
   “Iye ke? Tak tau pun.  Habis tu saya nak serah ni kat sapa?  Tuan Haji kata hari Isnin nak guna tapi hari ni dan kena hantar salinan kat P.A Pengarah Besar Urusan.”
   “Nanti akak tolong tanyakan. Jom kita ke belakang dulu.  Cari boss. Boss nombor dua ada seminar di Penang.  Boss nombor tiga boleh tolong kot.”

Kak Rosminah melangkah ke kawasan operasi bekerja.  Nurul Ain membuntuti di belakangnya.  Belum pernah lagi kakinya melangkah ke kawasan ini biarpun pada aras yang sama.  Ada yang melambai tangan, ada yang mengukir senyuman, ada yang mengangguk-ngangguk kepala dan ada yang nakal mengenyit mata.  Fuh!  Sakit mata.

   “Nurul, ni Encik Badrul, boss nombor tiga.  Encik Badrul, ni Nurul Ain trainee P.A Tuan Haji yang ganti Pn. Elizabeth nanti.   Hari tu Encik Badrul baru balik dari umrah so Nurul tak jumpa semasa majlis meraikan pekerja baru Isnin lepas.”  Kak Rosminah memperkenalkan mereka.
   “Cantik nama, cantik orangnya.   Ada apa Kak Ros? Nurul?” Tanya Encik Badrul tanpa membuang masa.  Pujiannya sekadar mukaddimah bukan menggatal.  

Nurul Ain mengulang semula versi penerangan yang sama kepada Encik Badrul.  Selesai Nurul Ain, Kak Rosminah pula.  Lelaki yang  berumur lingkungan awal 40-an itu diam, mendengar dengan penuh perhatian.  Sepuluh minit kemudian keputusan diambil dan jalan penyelesaiannya, Nurul Ain akan menyerahkan pen drive dan hardcopy sendiri dengan P.A Pengarah Besar Urusan.          

Jam tangan jenama Alba di tangan kanannya menunjukkan pukul 12:45 tengahari.  Entah sempat ke tak ni nak tangkap Kak Khatijah, gusar hatinya.   Sebaik saja pintu lift terbuka Nurul Ain cepat-cepat keluar.  Keluar dari lift, belok ke sebelah kiri.  Itu pesan Kak Rosminah tadi.

Dia meninjau-ninjau dan menjengket kakinya.  Pejabat Kak Khatijah sunyi.  Ruangan berpartition yang menempatkan beberapa meja kerja juga tiada orang.  Pasti P.A Pengarah Besar Urusan dah keluar.  Al-maklumlah hari ini hari Jumaat.  Waktu rehat tengahari pun agak panjang.  Baru sahaja Nurul Ain berkira-kira hendak berpaling...

   “Mak!!!” 

Tidak pernah seumur hidupnya menjerit sekuat itu.  Kecut perut dan terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang begitu hampir di belakangnya.  Dia mengurut dada dan beristigfar.  Sesak dada.

Ikhwan Iman menyeringai menahan telinganya mengelakkan jeritan gadis di hadapannya ini menusuk ke gegendang.   Boleh tahan juga kuat dan nyaringnya.  Mujur semua pekerja dah bergerak keluar pejabat jam 12:15 tengahari tadi.  Kalau tak...

   “Ya Allah, Ya Rabbi...  Terperanjatnya saya.  Awak betul-betul mengejutkan saya.  Apa awak buat berdiri di belakang saya?”
   “Same goes to me.  Apa yang awak buat di hadapan saya dan apa yang awak buat di tingkat ni dan melilau-lilau, tercari-cari?”

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya.  Soalan berbalas soalan.  Alahai mamat ni.

   “Awak bertugas kat tingkat ni?” Tanya Nurul Ain lagi.  Harapannya bolehlah mamat ni tolong hantarkan kepada Kak Khatijah.  Teringat dengan Amiza tengah menunggunya di tingkat 20.  Belum dikira perut lapar lagi.

Giliran Ikhwan Iman terasa pula hendak menggigit jari.  Penilaiannya tak pernah salah.  Sah, gadis ini pekerja baru.  Siapa lagi yang berani bertanya kepada pemilik syarikat soalan bonus macam ni?  Apatah lagi seseorang yang bereputasi sepertinya?  Cari nahas!

Kesempatan yang ada disambar.  Wajah gadis di hadapannya ini diperhatikannya.  Cantik dan manis orangnya. Matanya bundar sesuai dengan kening yang rapi terletak.  Hidungnya kecilnya mancung dan bibir yang mekar itu... 
 
   “Err...  Awak bertugas kat ni?” Tanya Nurul Ain buat kali kedua.  Apa ke jadah mamat di hadapannya ini, rungut Nurul Ain.  Sekejap nampak macam blurred, sekejap nampak macam sedang berfikir. 
 
   “Saya?  Ehem...  Ha’ah.  Sekejap lagi saya nak kunci pintu dan on kan alarm.  Ada apa yang boleh saya tolong Cik...?”  Entah kenapa spontan jawapan itu keluar. 
   “Saya Nurul.  Nurul Ain dari Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal.  Err...  Saya ke sini nak hantar softcopy dan hardcopy  laporan beserta  presentation slide ni untuk  Pengarah Besar Urusan.  Salinan. Berkejar nak bagi kepada Kak Khatijah tapi nampak gaya ni tak sempat jugak.  Agaknya dia pun dah keluar pejabat kot.”
   “Ooo...  Bukan sebelum jam 03:30 petang?”
   “Saya tau, tapi saya ditugaskan untuk menghantar.  Lagipun Tuan Haji Bahari cuti segera hari ni.”
   “Cuti?  Segera?”

Ikhwan Iman mengerut keningnya.  Cuti segera? Pantang benar baginya kalau ada pekerja yang bercuti segera.  Perancangan cuti kena betul dan teratur.  Kalau sepuluh orang yang ambik cuti segera hari ini...

Nurul Ain menggaru kepala yang tak gatal.  Mamat ni tak dengar ke apa yang aku cakap?  Semua kena ulang dua kali ke?  Penat kalau bercakap dengan mamat ni padahal tujuannya ke sini nak hantar laporan dan presentation slide, rungut Nurul Ain.

   “Saya tak berapa pasti kenapa, tetapi tadi ada senior staff yang bagitau,  isteri Tuan Haji yang mengajar di UPM terlibat dalam kemalangan.  Warded." Jelas Nurul Ain ringkas.  Apabila tiada reaksi daripada pemuda di hadapannya, Nurul Ain terus ambik short cut.

   “Saya pun tak boleh lama kat sini.  Staff pun tak de.  Awak pun rasanya nak ke masjid kan?” Laju Nurul Ain berbicara,

Ikhwan Iman mengangguk kepalanya.  Entah  mengiakan untuk menerima sebab kenapa Tuan Haji Bahari bercuti segera ataupun mengiakan pertanyaan gadis di hadapannya ini yang dia hendak ke masjid.  Alih-alih kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Nurul Ain mengukir senyuman.  Terpana!  Ikhwan Iman menelan air liur.  Killer smile!

   “Kalau macam tu, saya berharap sangat awak dapat tolong saya kali ni.” Sampai juga hajat di hati Nurul Ain.
   “Tolong?”

Nurul Ain menjulingkan matanya ke atas.  Kena ulang dua kali. Sekali lagi.

   “Tolong bagi ni kepada Kak Khatijah bagi pihak kami.” Nurul Ain menghulurkan sampul surat bersaiz besar kepada Ikhwan Iman. Senyuman masih tak lekang daripada bibirnya. Hulurannya bersambut.
   “Kenapa tak letak sendiri?” Tanya Ikhwan Iman pantas. 
   “Arwah mak saya kata,  jangan masuk kalau tuan rumah tak de.  Perbuatan saya meninjau-ninjau dan berjengket-jengket tadi pun dah tak elok.  Ni pulak nak menerjah masuk.”
   “Bagaimana dengan kes saya pulak?”
   “Maksud awak?
   “Saya boleh terjah bilik Kak Khatijah?”
   “Tadi  awak kata awak bertugas kat sini kan?  Saya pulak dari tingkat 20.  Jadi tahap boleh aksesan semestinya berpihak kat awak bukan saya.  Lagipun ada satu lagi sebab.”
   “Apa dia?”
   “Saya tak berani nak jumpa atau terserempak dengan boss. BOSS GARANG. ”  Tutur Nurul Ain tenang dan riak wajah tidak bersalah terpapar.  Perkataan boss garang dihighlightkannya.

Ikhwan Iman terbatuk-batuk.  Tiba-tiba tekaknya gatal.  Garang?  Kenapa macam kenal saja perkataan keramat tu, keluh Ikhwan Iman.

   “Awak ok?” Nurul Ain risau apabila pemuda si depannya ini tiba-tiba batuk.  Out of nowhere.
   “Sa...  Saya ok.”
   “Hmm...  Baguslah kalau ok.  Sebelum tu saya nak ucap terima kasih banyak-banyak.  Err... Saya rasa elok saya beredar dulu.   Takut awak pulak lambat ke masjid.”

Langkahnya laju menuju ke pintu lift yang sedia terbuka.  Butang nombor 20 ditekan namun pantas butang open ditekan untuk  mengelakkan pintu tertutup.  Lupa, beb!

Ikhwan Iman tergamam.  Inilah kali pertama dia ditinggalkan oleh seseorang  tanpa dia sendiri mengetahui tahu hujung pangkal situasi.  Dan lebih magisnya ditinggalkan oleh seorang gadis yang cuma meninggalkan pesanan untuk menghantar sampul surat kepada dirinya sendiri selaku Pengarah Besar Urusan.  Sayu, sungguh.

Tiba-tiba gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Nurul Ain itu menjengah kepalanya dari dalam lift.

   “Maafkan saya kerana lupa nak tanya nama.  Tak sopan rasanya kalau saya tak kenal dengan siapa saya mintak tolong.”
   “Sa... Saya Iman.  Ya, saya Iman.”
   “Selamat berkenalan, Iman...  Terima kasih.”

Pintu lift tertutup rapat.


Bab 4

Irdina Iman menongkat dagu memandang abangnya yang sejak dua menjak ni tersenyum simpul memanjang.  Bukan saja tersenyum, kekadang tergelak kecil.    Dan buktinya sekarang, abangnya tengah tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.  Padahal di tangannya novel karangan Dan Brown, The Da Vinci Code.  Haih!  Ini sudah lebih. 

Irdina Iman menepuk meja kopi dengan kuat.  Ikhwan Iman tersentak. Tau pun terkejut!

“Haih…  Terkejut adek ketuk meja?  Ingatkan tak sedar adek kat depan ni.”
“Apa pulak ni, adek? Tepuk-tepuk meja?”
“Nak kata adek saiz kecik tak jugak.  Boleh tahan jugak besar dan berat badan adek ni.”
“Apa kaitan ketuk meja dengan saiz?  Err... Berapa berat sekarang?” Usik Ikhwan Iman.
“Haih…  Metafor ler.  Tak payah ler tanya berat.   Adek tengok abang tersenyum, tersengih, tergelak sorang kebelakangan ni kenapa?  Ada sapa ke yang buat lawak?”

Pertanyaan adiknya membuatkan Ikhwan Iman diam.  Adiknya perasan ke?  Takkan ketara sangat kot.  Semenjak dua menjak ni je.  Apabila dikira dengan jari ada dalam 3 minggu dah.

“Abang ada jawapan tak?”
“Heh…  Hehe… Tak boleh ke nak senyum-senyum?  Mama kata abang kena rehat minda.”
“Ni bukan rehat minda dah.  Ni minda dah mereng.” Irdina Iman menggerakkan jari telunjuk di tepi dahi.  Huruf O.

Puan Sri Mardinah membawa dulang berisi hidangan minum petang  yang disediakannya sendiri.  Hujung minggu beginilah dia berkesempatan memasak sepenuh masa untuk seluruh ahli keluarga.  Manakala hari-hari yang lain dia sibuk dengan urusan di syarikat. 

“Kenapa adek?” Tanya Puan Sri Mardinah.
“Abang ni ha…, Mama.  Adek rasa abang ni semacam sekarang ni.” Irdina Iman mengulang semula aksi menggerakkan jari telunjuk dengan huruf O di tepi dahinya. 
“Adek ni suka serkap jarang.” Tuduh Ikhwan Iman kepada Puan Sri Mardinah.
“Apa yang serkap jarang?” Marah Irdina Iman.
“Kenapa?”  Sekali lagi Puan Sri Mardinah bertanya. Kehairanan.
“Mama tak perasan ke abang lain macam sekarang ni?  Adek rasa ada sesuatulah.”
“Ya ke?” Puan Sri Mardinah memandang anak sulungnya.  Mencari sesuatu yang didakwa lain macam oleh anak bongsunya.  Bukan lain macam tapi kabur adalah.

Ikhwan Iman selamba mengangkat bahu.

“Abang teringat hal kat pejabat tempohari.  Budak tu silap orang.”  Ujar Ikhwan Iman pendek.
“Habis tu? Apa kena mengena dengan abang sampai tersengih macam kerang busuk?  Adek bercerita ke, bertanya ke, semua kena ulang 2 kali.”  Omel Irdina Iman, tak puas hati.
“Ulang?  Iye ke?” Serentak Ikhwan Iman dan Puan Sri Mardinah bertanya. Mereka saling berpandangan.
“Silap orang? Siapa silap, abang?  Tanya Puan Sri Mardinah.  Aneh.  Selalunya Ikhwan Iman tak bagi muka bagi yang buat silap ni.
“Macam ni, ceritanya Mama.”

Selesai berpenglipurlara, Ikhwan Iman menggaru belakang telinga apabila dilihatnya tiada reaksi daripada kedua-dua wanita kesayangannya itu.  Mama dan adiknya saling berpandangan.  Sunyi.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.  Ikhwan Iman memberi  isyarat tangan untuk ke hujung halaman rumah kepada kedua-duanya untuk menjawab panggilan telefon.

Irdina Iman mencuit lengan Puan Sri Mardinah. 

“Apa yang Mama fikir?”
“Betul adek cakap tu.  Abang lain macam.”
“Tapi abang nampak lebih santai sekarang kan?  Dulu Isnin sampai Ahad stressed je walaupun nampak cool.”
“Papa ada jugak bercakap tentang abang tapi Mama berapa nak ambik tau.”
“Iye?  Papa cakap macam tu? Hmm...  Mama perasan ada satu lagi tak?”
“Apa dia?”
“Mama ada dengar tak abang kata dia marahkan staff tadi tu?”
“Tak jugak.  Tak pulak.  Just amused.  I think so.  Just amused.”
See?  Kan dah confirm abang lain macam.”
             
Di tepi halaman rumah Ikhwan Iman duduk menyandar di bawah gazebo.  Pandangannya di hala ke kolam kecil di hadapannya.  Kelihatan beberapa ikan koi, ikan koleksi Papa berenang-berenang di dalamnya.  Empat ekor kura-kura peliharaan adiknya pula duduk bertenggek sun-bathing jam 05:00 petang Sabtu.  Ikhwan Iman mengeluh kecil. 

Panggilan tadi begitu mengejutkannya.  Syarini.  Hampir 6 tahun dia tidak mendengar berita daripada Syarini.  Entah hidup, entah tidak sejak majlis konvokesyen  mereka  di  Melbourne, Australia. 

Kematian Azmeer, teman baik mereka benar-benar memberi kesan dalam persahabatan yang telah terjalin di antara mereka sejak mula-mula mendaftar di Universiti of Melbourne  4 tahun sebelumnya.  Gelak tawa dan susah senang semuanya  dikongsi bersama sehingga kehadiran Jaclyn, gadis kacukan Irish dan Cina dalam hidup Azmeer.  Semuanya berubah sedikit demi sedikit.

Siapa sangka Syarini memendam rasa pada Azmeer?  Siapa sangka Syarini bertindak sejauh itu?  Siapa sangka Jaclyn membawa diri?  Siapa sangka Azmeer akan kecewa?  Dan siapa sangka dirinya akan kehilangan teman baik?  Tiada yang menyangka.

Selepas mendapat panggilan daripada Syarini, cepat jari jemarinya menghantar SMS kepada Nurul Ain, gadis yang tak tersengaja berkenalan dengannya semasa insiden lebih kurang sebulan lepas.  BerSMS dengan Nurul Ain pasti dapat menenangkan dirinya.

Bip! Bip!  Tanda SMS masuk dan nama Nurul Ain terpapar pada telefon bimbit.  Senyumannya terukir di bibir.   Cepat jugak dapat reply

           Bru lps solat.  Napa?
                 X lepak dgn Miza?
            Miza ke Muar.  Sepupu kawin.  Tghri esok bru blik cni.  Awak bt pe?”
                 Di rmh.  Tggu awak bls sms.  Boring.
            Hahaha.  Pi senam.
                 Dh slim. Body pn dh ketak2. Boring.
            Ish… Pi rht.
                 Tgh rht ni.  Boring.
            Pi solat dh?
                 Lom.  Jap lg.
            Klu jwb boring td, putus kawan.  Pi dlu kang kita sms.  Mak Su pggl. K?
                 K?  Err… Kluar mkn nk?
            Mkn? Bila?
                 Mlm ni?
            Jap. Kita tanya Mak Su.
                 SMS klu ok.  X ok pun sms.
            K.

Teringat dan terbayang-bayang lagi Ikhwan Iman pada wajah terperanjat Kak Khatijah, P.A nya apabila diminta untuk mendapatkan fail Nurul Ain seminggu yang lepas.  Sejak hari itu, Pengarah Besar Urusan dan P.A nya menjadi agak kamceng dan suasana bekerja pun kurang tegang seperti hari-hari sebelumnya.  Rahsia boss, rahsia P.A.  Komplot boss, komplot P.A.

“Saya mintak Kak Khatijah tolong diamkan perkara ni, boleh?”
“Maksud tuan, rahsiakan?” Riak wajah Puan Khatijah menggambarkan perasaannya.  Tanggapannya, anak jutawan ni ,mesti hendak mempermainkan anak dara orang.
“Rahsia tu kedengaran macam saya nak buat perkara tak elok.  At least perkataan diamkan ada soft meaning.” Tenang Ikhwan Iman bersuara.
“Bo... Boleh saya tahu kenapa, tuan?”
“To tell you the truth, saya tak pernah dikenali dengan nama Iman.  Ikhwan Iman tu pula satu jenama bagi sesetengah orang.  Gadis ni mengenali  saya dengan nama Iman dan penerimaannya terhadap saya pun kerana saya adalah Iman bukan Ikhwan Iman.”

Puan Khatijah mengangguk perlahan .  Faham. 

Dan kini SMS jadi penghubung mereka.  Nurul Ain mengisi sesuatu dalam rutin hariannya yang ketat dan penuh dengan urusan rasmi.  Ada sesuatu tentang gadis itu yang menggamitnya sejauh ini dan Irdina Iman, adiknya mula mengesyaki sesuatu yang padahal dia sendiripun tak tau pasti apa.  Apa salahnya tersenyum, tersengih, tergelak?  Kata Mama, berehat dan bersosial.
           
Bip! Bip!  Tanda SMS masuk dan kali ini bukan nama Nurul Ain terpapar pada telefon bimbit tapi Irdina Iman.  Ikhwan Iman mencerlungkan matanya kot-kot silap.  Sah, tidak!

            U r smilingI wonder y?  Abg kena mandi bunga ni.
           
Ikhwan Iman menoleh ke belakang.  Irdina Iman berada tidak jauh di situ dan ditangannya ada water sprinkler yang selalu digunakan oleh Pak Kassim, tukang kebun menyiram bunga di halaman rumah. Ah, sudah! Perang!

Sepuluh minit kemudian kedua-duanya tergolek ketawa dalam kebasahan di tengah laman.

[Bab 5-6]


4 comments:

  1. Replies
    1. Teruskan... nak tahu apa kesudahan nya...

      Delete
  2. post Bab 2 kat http://www.penulisan2u.my on 29/5

    ReplyDelete
  3. hahaha..lawak btl la.. bos siap rse sayu lak tuh..

    ReplyDelete