Bab 11 - 12

Bab 11

Ikhwan Iman melemparkan pandangannya nun jauh di luar bangunan.  Fenomena jerebu  berlaku lagi seperti tahun sebelumnya pada musim yang sama.  Cuaca yang agak kering kerana Monsun Barat Daya dan pembakaran terbuka dan merentasi sempadan yang dilaporkan oleh berita pagi menyebabkan Air Pollution Index (API) yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar meningkat ke paras unhealthy. Pemandangan di luar bangunan pun tiada yang menarik lagi dengan keadaan berjerebu seperti keadaan dirinya berjerebu tidak bermusim dan pastinya tidak sihat untuk pengurusan pejabat.  Fikirannya berada di twilight zone dan fokusnya agak tersasar daripada landasan.  Itu dia akui.

Kedatangan Irdina Iman sejam yang lalu sedikit sebanyak membantunya untuk reorganize dan memformat semula tahap fokusnya untuk hari ini.  Sayup-sayup kedengaran suara Irdina Iman di belakangnya tengah membacakan laporan projek dari Ikhwan Holdings. 

   “Abang?”

Sunyi sepi.

   “Abang?”

Masih lagi tiada jawapan yang datang daripada Ikhwan Iman.

   “Abang?” Irdina Iman menyentuh bahu abangnya.
   “Huh?”
   “Abang ni kenapa?  Risau adek.  Adek panggil pun tak dengar.”
   “Kenapa?  Panggil? Adek panggil ke? Err…  Minta maaflah, dek.  Cuma abang banyak kerja minggu ni kot.”  Ikhwan Iman seraya memicit-micit belakang tengkuknya.  Special effect.

Irdina Iman memandang tepat ke wajah abangnya.  Ada sesuatu di situ.  Terasa menyesal dirinya untuk meneruskan rancangan bersama Mama, Papa, Kak Hanima dan Shah Fairuz tapi semangat mesti dikuatkan.  Misi mesti berjaya.

   “Laa… Kenapa tak cari P.A sementara dulu?  Nak tunggu Kak Khatijah lambat lagi.  Boleh tolong abang sikit-sikit.”
   “Kan Farah ada kat luar tu.” Jawab Ikhwan Iman.  Matanya dihalakan pada pintu biliknya. 
   “Takkan Farah bekejar ke sana ke mari?  Kerja kat depan lagi.  Sebulan tu lama, bang.  Adek boleh tolong tapi kat Ikhwan Holdings, macamana?”
   “Bukan Kak Khatijah berhenti kerja pun.  Ke umrah je kan?”
   “Memanglah.  Abang pi pinjam sekejap kat bahagian lain, at least P.A tu dah dibiasa tugas-tugas seperti Kak Khatijah.  Adek tengok fail, stick notes penuh atas meja.  Farah pun bukan besar mana pun.  Adek  tengok dah tak nampak dia duduk di belakang meja.”

Ikhwan Iman tersenyum. Memang Farah kecil molek orangnya. Tapi takkanlah…

   “Betul tak?”
   “Nak pinjam?  Serupa jugak, dek.  Bekejar jugak nanti.”

Bukan dia tidak terfikir dengan cadangan unutk meminjam P.A di bahagian lain tapi ini pastinya membebankan ketua di bahagian tersebut. Siapa hendak menolong siapa?
 
   “Abang kena buat pilihan tepat baru ideal.” Kata Irdina Iman, penuh semangat.
   “P.A pun kena tepat? Ideal?” Ikhwan Iman mengerut kening.
   “Nanti kerja tak jalan.” Jawapan ringkas daripada adiknya.
   “Itu memang betul.  Bukan tepat dengan ideal. Itu macam nak cari pasangan. Tak sama meaning. Berkelayakkanlah, dek.”
   “Iye ke tak sama?  Abang mana tau…”
   “Hmm…  Adek tolong abanglah kalau macam tu.”
   “Betul ni?”
   “Berkelayakan, tepat dan ideal.  As you wish.  Wishes, maybe.”
   “Done. I’ll take care of itSo, bagaimana dengan laporan ni?” Irdina Iman menayangkan fail bewarna biru kepada abangnya.
   “We need to discuss.”

**********

Wajah Tuan Haji Bahari selaku Pengurus Bahagian Sumber Manusia & Hal Ehwal dipandang tepat.  Nurul Ain tidak percaya dengan apa yang dicadangkan oleh ketuanya itu.

   “Saya?
   “Ya, awak.  Awak P.A yang cekap, Nurul.  Itu saya akui.  Tapi sekarang ni, tugas untuk awak pun tak banyak sangat.  Kak Rosminah kamu kat luar tu boleh bantu saya.  Sebelum ini pun kalau Kak Elizabeth kamu bercuti panjang, dia yang bantu.  Insya-Allah semua berjalan dengan lancar dan baik.  Bukan untuk tempoh masa yang lama.  Sebulan tu sekejap.”
   “Sebulan?”
   “Tak lama.”

Nurul Ain menggigit jari telunjuknya.  Sebulan itu mungkin bukan masa yang panjang bagi Tuan Haji Bahari tapi baginya tempoh setahun di sini pun boleh dikategorikan singkat berbanding sebulan di tingkat 49 apatah lagi menggantikan Kak Khatijah.  Ish!

   “Tiada P.A lain?”
   “Hmm…  Macam ni lah, Nurul.  Baik saya berterus terang.  Ini permohonan daripada Pengarah Besar Urusan.  Kalau diikutkan, beliau boleh tarik mana-mana P.A bahagian tanpa perlu memohon seperti ketua di bahagian lain pada kelazimannya.  Tapi beliau memohon mengikut prosedur.  Saya pula tak sanggup nak ambik P.A daripada bahagian lain kerana saya tak pasti dengan keperluan dan pentingnya P.A bahagian tersebut di tempatnya bertugas.  Saya tak nak ketua bahagian lain merungut.  Bukan saya tak perlukan awak tapi dengan kelayakan, cara awak bekerja, Insya-Allah tak jadi masalah.”

Panjang lebar sebab musabab yang diterangkan secara terperinci oleh Tuan Haji Bahari.  Terasa sebal hatinya kerana bersifat negatif terhadap ketua bahagiannya itu.

   “Nurul?”
   “Saya tak berani…”

Tidak pernah Tuan Haji Bahari ketawa besar seperti itu sepanjang Nurul Ain bertugas di situ.  Kalau adapun cuma senyuman diukir.

   “Err…  Kenapa?”
   “Awak ni Nurul…  Dia memang pemarah tapi tugas tetap tugas kan? Tanggungjawab.”
   “Boss Garang…”

Sekali lagi lagi Tuan Haji Bahari ketawa.  Nurul Ain cuma tersenyum.

**********

Amiza yang sedang menyedut teh ais terserdak, terbatuk-batuk.  Hidungnya digosok-gosok kerana air sah-sah termasuk ke rongga hidung.

Nurul Ain sempat mengelak keran siapa yang kenal lama dengan Amiza, pasti dinasihatkannya jangan membuat aksi berani surprise tatkala Amiza minum atau makan. Belakang teman baiknya itu ditepuk-tepuk membantu pengaliran air teh ais.

   “Ko jadi apa?”
  
Nurul Ain kembali duduk di hadapannya.  Garpu dipusing-pusingnya ala menggulung spageti pada mee goreng mamak yang diorder sebentar tadi.  Makanan terasa tawar.

   “Wei, ko jadi apa tadi?”
   “P.A gantian. Macam pemain gantian.”
   “Iman request?”
   “Encik Ikhwan Iman bukan Iman. Dia tak request pun.  Tuan Haji tu kan lain orangnya.  Baik.  Sampai P.A pun nak bagi boss pinjam.”
   “Ko tak protest?”
   “Ish!  Protest tu sikit-sikit.  Dalam 5-10 percent.  Tak sampai hati.  Ko tengok dia macam rupa sapa?”
   “Sapa?  Tuan Haji ke Encik Ikhwan?”
   “Tuan Haji…”
   “Tak perasan pulak.  Apa kena mengena Tuan Haji macam rupa sapa dengan cerita ko nak protest?  Ko selalu buat aku fikir jauh sikit.  Direct lah.”
   “Ish!  Dia kan macam Ustaz Azhar yang Mak Su minat tu.  Jadi tak sampai hatilah aku.”

Amiza ketawa mengekek.

   “Ish!  Ketawa pulak.” Omel Nurul Ain.
   “Tu lah.  Ko tu kaitkan satu benda atau perkara dengan yang lain.  Bila berangkai jadi panjang.  Bila panjang, banyak hentian.  Banyak hentian tu lah yang buat ko jadi macam ni.”

Nurul Ain menyuap mee goreng perlahan ke mulut.  Kunyahan pun tidak serancak biasa.  Amiza pula leka dengan nasi campur berlauk ikan keli masak lemak dan sayur kangkung. Penuh selera.

   “Sebulan tu sekejap, Ain.  Pejam celik dah sampai sebulan.”
   “Bukan tu masalah aku.”
   “Habis tu?”
   “Dia boss, Za.  Pengarah Besar Urusan.  Boss Garang.”
   “Itu je?”
   “Nak sebab apa lagi aku ralat?”
   “Pasal hari tu ke?”

Tiada jawapan daripada Nurul Ain untuk pertanyaan teman baiknya.

   “Ko kenapa?”
   “Entahlah.”
   “Ko marah sebab dia tak bagitau siapa dia sebenarnya atau ko marah sebab dia usha ko dengan Encik Fairuz?”

Ish! Kenapa tekaan Amiza selalu tepat, gerutu hatinya.  Sipi-sipi pun tidak pernah lagi sepanjang persahabatan mereka terjalin.

   “Ko suka kat dia ke,Ain?”
   “Ish!  Soalan…”
   “Silap ko jugak tak tanya sapa dia dan assume dia kakitangan tingkat 49.  Kalut ko kadang-kadang begitu mencomelkan ko dan orang tak sampai hati nak betulkan.”
   “Hmm… Agaknya lah. At least ko kata aku comel.”
   “Ha’a lah. Boleh pulak.”

**********

Ketukan kedengaran di pintu pejabat Ikhwan Iman.

   “Masuk.” Kata kebenaran masuk daripada Ikhwan Iman.  Tumpuannya masih pada skrin komputer dan tangannya menaip sesuatu.
   “Tuan.” Suara Farah kedengaran.

Ikhwan Iman mengangkat muka.

   “Ya, Farah?”
   “Err… P.A yang gantikan Puan Khatijah dah sampai.”
   “P.A?  Sampai?” Berkerut dahi Ikhwan Iman.  P.A?  Bukan Farah ke P.A sementara, hatinya bertanya sendiri.
   “Iya, tuan.  Cik Irdina pesan tadi, P.A  yang menggantikan Puan Khatijah akan datang sebelah petang.”

Ikhwan Iman cuba mengingatkan kembali perbualan dengan adiknya. P.A gentian, berkelayakan, tepat dan ideal.

   “Oh, ya!  Ok. Ok.  Benarkan dia masuk.  Sebelum tu terima kasih banyak-banyak kerana membantu saya dalam tugasan dalam tempoh 3 hari ini.  Awak banyak membantu meringankan sedikit tugasan yang terdelay sejak Puan Khatijah bercuti.”

Farah terdiam.  Tidak pernah terfikir olehnya majikannya itu akan mengucapkan terima kasih hanya kerana mengganti tempat Puan Khatijah menyiapkan tugasan selama tiga hari.

   “Ya, Farah?” Tanya Ikhwan Iman apabila dilihatnya wajah Farah kelihatan terkejut.
   “Err… Err… Terima kasih, tuan.  Eh, sama-sama tuan.”
   “Awak boleh sambung kerja-kerja rutin awak di luar.  Mungkin semakin banyak memandangkan awak kebanyakkan masa awak dihabiskan untuk menyelesaikan kerja di sini. Err... Jangan lupa minta pengganti awak masuk.  Saya nak buat penerangan sedikit.”
   “Baik, tuan.  Saya minta diri.”

Di luar Nurul Ain duduk menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Hatinya resah tiada siapa yang tahu.  Lima minit berlalu sejak Farah, Pembantu Tadbir Am masuk ke bilik Pengarah Besar Urusan untuk memaklumkan kedatangannya.  Detikan jam di dinding pejabat itu dirasakan amat perlahan sekali. Ish!

   “Cik Nurul Ain.”

Nurul Ain tersentak.  Bila pulak Puan Farah ini keluar dari bilik Pengarah Besar Urusan?

   “Ya, saya. Puan Farah… Err… Tak perlu perkenalkan diri kan, puan?  Saya perlu duduk sini dan buat kerja ke kan?”

Farah kini berada di belakang meja.  Gelihatinya melihat wajah gadis di hadapannya ini.  Mungkin inikah rupanya sewaktu Encik Arshad, Ketua Kerani memintanya menggantikan tempat Puan Khatijah minggu lepas.

   “Tuan minta Cik Nurul Ain masuk.  Maybe ada yang dia nak terangkan tentang tugasan Cik Nurul Ain.”
   “Bukan Puan Farah yang bagi briefing?”
   “Tak, bukan saya.  Saya pun bukannya mahir sangat. Err… Rasanya Cik Nurul Ain kena masuk dulu.  Tuan menunggu.”
  
Gulp! Tunggu?  Nurul Ain bangun perlahan-lahan daripada kerusi dan menuju ke pintu pejabat yang memisahkan bilik P.A dan Pengarah Besar Urusan.

   “Bismillah…” Doa Nurul Ain sambil mengetuk pintu.
   “Ya, masuk.” Kedengaran suara Ikhwan Iman dari dalam bilik.

Pintu ditolaknya perlahan.  Ikhwan Iman yang dikenalinya sebagai Iman sedang khusyuk mengadap Komputer dan sekali sekala jari jemarinya menekan kekunci dan tetikus.  Nurul Ain menarik nafas panjang.

   “Tuan…”

Jari jemarinya terhenti beroperasi.  Dengan perlahan Ikhwan Iman berpaling. Takkanlah…


Bab 12

Selesai memasukkan surat-surat yang telah diminit ke dalam fail, Nurul Ain mengendong tiga buah fail ke kabinet untuk disusun dan disimpan.  Pada waktu yang sama, tanpa sedarnya Ikhwan Iman  melangkah masuk.  Bilik pejabat P.A merupakan perantaraan di antara kawasan operasi pejabat di luar dan pejabat pengarah Besar Urusan.  Kelekaan Nurul Ain menggamit matanya untuk menjamu.

   “Sibuk?”
   “Mak!”

Fail ditangannya melambung tinggi dan jatuh ke lantai.  Bertaburan isi kandungan fail di lantai. Ish!

   “Ops!” Ikhwan Iman menekup mulutnya.
   “Alamak…” Keluh Nurul Iman.  Kenapalah mamat  ini selalu mengejutkannya, gerutu hatinya.  Nurul Ain mencangkung mengutip isi kandungan fail yang bertaburan di lantai.

Ikhwan Iman turut sama mencangkung, meniru aksi Nurul Ain.  Tangannya turut sama mengutip.

   “Err… Saya tolong awak.” Kata Ikhwan Iman tersekat-sekat.
   “Err… Tak pe.  Saya boleh buat.” Jawab Nurul Ain tanpa memandang ke arah tuan empunya badan.
   “Maafkan saya kalau saya buat awak terkejut.”
   “Saya ok.”

Tanpa sebarang suara, masing-masing mengutip helaian kertas sehingga tangan mereka tersentuh pada kertas yang sama.  Gerakan tangan terhenti, masa terhenti, kedua-duanya bertentangan mata.  Kaget.  

Beberapa detik kemudian Nurul Ain tersentak lalu pantas menarik tangannya dan bingkas berdiri sambil menyembunyikan tangan ke belakang badan.  Dub! Dub! Dub! Degupan jantungnya melonjak naik dan seolah-olah kedengaran di telinganya sendiri. Kenapa ni?  Matanya pula enggan berpaling ke arah lain. Ish!

Berlainan pula dengan Ikhwan Iman  yang perlahan-lahan berdiri dan cuba menganalisis insiden yang berlaku sebentar tadi.  Sesuatu!  Mata bundar gadis itu dipandang tepat dan sesuatu dirasakannya menusuk sehingga ke jantung.  Terasa…  Perit!

   “Awak ok?” Akhirnya Ikhwan Iman bersuara.

Nurul Ain menelan air liurnya.

   “Sa… Saya?” Tanya Nurul Ain dengan nada tersekat-sekat.
   “Ya, awak.”
   “Saya ok.  Err… Awak?”  Nurul Ain mengangguk sedikit.
   “Saya? Saya tak pasti saya ok.” Jawab Ikhwan Iman selamba.
   “Huh?”
   “Selesaikan semua ini dan masuk ke pejabat saya dalam masa 10 minit dan buatkan kopi untuk saya.” Seraya itu Ikhwan Iman meninggalkan Nurul Ain bersendirian dan menolak pintu berhampiran untuk ke pejabatnya.

Nurul Ain mengeluh dan kembali mencangkung untuk meneruskan misi mengutip semula helaian kertas yang bertaburan di atas lantai.

   “Tadi kata nak tolong. Then tetiba stop. Then tetiba out of nowhere suruh masuk pejabat.  Buat kopi.  Dah seminggu orang kat sini tak de pun tetiba macam ni. Aman, tenteram.  Ish!” Omel Nurul Ain sendirian.  Tanpa disedarinya Ikhwan Iman sedang menjengahkan kepalanya di pintu.

Ikhwan Iman tersenyum dengan monolog Nurul Ain.  Comel!  Entah kenapa seminggu ini, tugas tambahannya memerhati tingkah laku dan gelagat Nurul Ain.  Dia sendiripun kurang pasti.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Confused.  Mungkin kemudian nanti dia akan menganalisa dirinya sendiri.  Ada sesuatu yang lagi menarik utuk dianalisa.

Perhatiannya kembali pada subjek yang leka dengan tugasnya.  Tangan gadis itu pantas dan cermat mengemas dan menyusun kembali helaian kertas ke dalam fail.  Begitu teliti dan cekap.  Namun tatkala Nurul Iman tunduk hendak beralih ke pintu kabinet sebelah untuk mengambil cawan dan piring, muncul niat nakalnya. 

Nurul Ain membuka pintu kabinet dan menundukkan sedikit badannya untuk membuka kabinet di sebelah bawah untuk  mengambil cawan dan piring. 

   “Ish! Kenapa Kak Kat letak ni kat bahagian bawah?  Dalam pulak tu.  Takde sapa nak pakai Corell ni.” Keluh Nurul Iman.  Baru sahaja tangannya hendak mencapai set cawan dan piring…

   “Nurul Ain! Coffee jangan lupa!”

Tup!

   “Ouch! Sakitnya…” Nurul Ain menggosok-gosok kepalanya yang sakit.  Hentakan yang kuat pasti meninggalkan kesan.  Dia pantas bangkit dan menoleh ke belakang.  Tiada!

Kedengaran ketawa besar di dalam pejabat Pengarah Besar Urusan.

**********

Kesibukkannya selepas insiden kejut mengejut pagi tadi membuatkan Nurul Ain terlupa akan janjinya dengan Fairuz.  Dengan fail yang datang tak henti-henti daripada pelbagai bahagian yang memerlukan consent dan tandatangan daripada Pengarah Besar Urusan membuatkannya tidak menang tangan.  Air milo panas instant yang dibancuhnya jam 10 pagi tadi pun belum terusik lagi.

Telefon bimbitnya berdering minta dijawab.  Kali ini lagu Super Girl, lagu daripada boyband  Korea, Super Junior.  Amiza!

   “Assalammualaikum.”
   “Wa’alaikumsalam.”
   “Kepala ko sakit lagi tak?”
   “Benjol kot.  Kalau ditekan terasa sakit lah.”
   “Ko tu memang cepat terkejut.  Bukan orang buat apa pun.”
   “Sergah orang ko kata tak buat apa?”
Amiza ketawa gelihati.

   “Ko tak balas?” Giat Amiza, menduga.  Nurul Ain baginya bukan boleh dijangka.  Bom jangka, adalah.
   “Sapa kata tak?  Kalau niat sengaja, memang kena balas.  Dendam kesumat.”
   “Dia boss tau.” Amiza mengingatkan Nurul Ain.
   “Boss ke, tak boss ke…  Kalau hilang ingatan?  Padan muka tak de P.A.”

Ketawa Amiza meletus lagi.  Mengekek.

   “Hilang ingatan?  Bukan kepala ko keras ke?  Atau keras kepala?”
   “Tak de insuran?  Napa call?”
   “Mak aku call tadi, suruh aku balik.  Azril patah kaki, cedera kat kem PLKN.” Kata Amiza menjawab soalan Nurul Ain.
   “Dia ok tak?”
   “Azril?  Dia ok.  Sukalah dia tak perlu ke PLKN.
   “Ooo… memang suka benarlah tu.  Tak pe lah.  Aku balik sorang nanti.” Nurul Ain tersenyum.  Siapa tidak kenal dengan adik bongsu Amiza?  Manja.
   “Nak bagitau tu je.  Aku balik awal.  Lunch time terus balik.”
   “Ok.”
   “Boss mana?” Tanya Amiza kemudiannya.
   “Baru masuk lepas meeting tadi.”
   “Hmm… Ok lah kalau macam tu.  Bye.”
   “Bye.”

Telefon bimbit dimatikannya dan dia kembali menyambung kerja.   Entah bila dan bagaimana Shah Fairuz muncul di depan pintu dan memberi salam.

   “Assalamualaikum.  Amboi… Sibuk P.A baru ni?”
   “Wa’alaikumsalam.  Encik Fairuz.  Sibuk?  Tak lah sibuk.  Err…  Duduk dulu. Err…”
   “Tak pe, Nurul.  Ikhwan ada?”
   “Boss? Boss ada.  Baru balik daripada bilik mesyuarat.  Nak jumpa boss ke?”
   “Nak jumpa Nurul sebenarnya. Tapi sekalilah jumpa Ikhwan.  Setengah jam lagi nak lunch kan?  Tak ingat janji semalam?”
   “Janji?  Semalam? Janji… Oh.  Ya, ya.  Saya lupa. Ya Allah.  Sempat lagi kan?” Nurul Ain baru teringat dan menggigit jari telunjuknya.
   “Sempat. Tak perlu kalut.  Lunch hour nanti.  Boleh saya masuk?”
   “Boleh, tapi nak kena  inform boss dulu.”

Dengan pantas butang interkom ditekan.

   “Ya, Nurul?”
   “Tuan, ada tetamu.  Encik Shah Fairuz.”

Seketika tanpa balasan.

   “He’s welcome.”  Akhirnya Ikhwan Iman bersuara.
   “Baik, tuan.”

Nurul Ain menekan kembali butang interkom untuk ke mode asal.  Mujurlah ada interkom jadi tidak perlu untuknya keluar masuk ke pejabat itu setiap kali ada tetamu yang datang untuk berurusan. Itulah alat komunikasi untuknya berinteraksi dengan majikannya. Alhamdulillah.

Baru sahaja Nurul Ain hendak bersuara dan Shah Fairuz pula baru melangkah ke pejabat Pengarah Besar Urusan, pintu terkuak.

   “Apa hal, bro?” Mereka berjabat tangan dan berlaga bahu.  Trademark.
   “Lama tak tengok Nurul lah, bro.  Rindu.  Nak lunch sekali.” Kata Shah Fairuz bersahaja.  Kepakarannya sejak bersekongkol dengan Irdina Iman.

Nurul Ain tersentak.  Ikhwan Iman tiada reaksi.  Shah Fairuz pula tersenyum.

   “Nak lunch?” Tanya Ikhwan Iman, sedangkan dia pasti benar dengan hajat kedatangan Shah Fairuz ke pejabatnya.  Telinganya terasa sakit sedikit.
   “Semestinya.  Jom join sekali.”
   “Boleh ke, Nurul?” Ikhwan Iman menujukan soalan pada Nurul Ain.  Wajah gadis itu ditatapnya.

Shah Fairuz berpura-pura tidak mendengar soalan daripada Ikhwan Iman yang menuntut jawapan bernada pelawaan daripada Nurul Ain.

Nurul Ain cuba kelihatan tenang.  Kenapa soalan itu dihala ke arahnya dan bukan kepada Shah Fairuz, detik hatinya.  Dia akan cuba berdiplomasi.  Bak kata Amiza tadi, dia boss tau.

   “Saya gembira kalau tuan turut serta tapi saya tak janji saya boleh bayar.  Kalau mahal sangat, yang bergaji besar kena bayar.  Kalau tak pun top up.”

Ikhwan Iman mengangkat kedua-dua keningnya.  Shah Fairuz menepuk bahunya dan ketawa. 

**********

Shah Fairuz meminta diri untuk ke bilik air.  Ikhwan Iman dan Nurul Ain ditinggalkannya berdua-duaan di tengah-tengah restoran. Tempat duduk yang paling strategik untuk babak semasa.

   “Awak diam saja, Nurul.  Tak suka makan kat sini?”

Restoran Rebung, milik Chef Ismail dan Dato Dr. Sheikh Muszaphar?  Siapa kata dan cakap tidak suka?  Cuma ditinggalkan berdua-duaan begini buat Nurul Ain tak gemar, bukan tak suka.  Cari sebab lain!

   “Bukan tak suka.  Saya ok, cuma saya tak selesa makan di tengah-tengah restoran.  Kalau kat penjuru, ok sikit.”
   “Ooo…”
   “Masakan dia sedap.  Masakan kampung.”
   “Bukan nasi beryani yang sedap?”
   “Huh?  Err…  Asam pedas dan daging salai masak lemak cili api Chef Ismail sedap.  Tambah dengan kerabu mangga.”  Nurul Ain mencuba gaya dan kelebihan Amiza, tukar topik sekelip mata.
   “Awak tak selesa ke saya ikut sama?”
   “Maksud tuan?”
   “Mungkin awak nak lunch dengan Fairuz sahaja?”
   “Saya lunch dengan Encik Fairuz sebab Mak Su Hanima. Tiada apa.”

Jawapan Nurul Ain seolah-olah menyuntik sesuatu rasa ke dalam dirinya. Demi mengenangkan persahabatan, semua rasa itu diketepikan. 

Ikhwan Iman meninjau-ninjau kelibat teman baiknya yang dirasakannya agak lama ke bilik air.

   “Sekarang pun tiada saya-awak lagi.  Tuan memanjang saya dengar.  Kita kawan kan?” Tanya Ikhwan Iman tiba-tiba.

Nurul Ain diam. Mata dihalakan ke air epal di depannya.  Ish!  Siapa lagi pandai tukar topik kali ini, gerutu hatinya.  Baru sahaja dia perasan mata Ikhwan Iman  sebentar tadi meninjau-ninjau dan leher dipanjang-panjangkannya ke kawasan bilik air. Tiba-tiba…

   “Kita kawan kan?” Ulang Ikhwan Iman sekali lagi.
   “Kita majikan dan pekerja.”
   “Tapi kita kawan kan?”  Ikhwan Iman menekankan soalan yang sama.
   “Kenapa tuan insist yang kita kawan?  Kalau kawan kenapa tak bagitau yang tuan…”
   “Saya pemilik syarikat?  Saya Ikhwan Iman?  Awak nak kawan dengan saya tak kalau saya bagitau?”

Sekali lagi Nurul Ain diam.  Tiada jawapan.  Dia sendiri pun tidak tahu.

   “Itu jawapan yang saya expect daripada awak, Nurul.  Memang tidak kan?  Jadi, kenapa saya nak bagitau?”
   “Tuan masih anggap kita kawan?”
   “Ya.”  Jawab Ikhwan Iman pendek.
   “So, tuan suka kalau saya kata kita masih kawan?”
   “Nurul…  Saya suka berkawan dengan awak sebab...” Bicara Ikhwan Iman terhenti apabila Shah Fairuz menepuk bahunya.

Nurul Ain mengukir senyuman pada Shah Fairuz.  Ikhwan Iman pula mengambil keputusan menamatkan perbualan.  Menghormati teman baiknya.

   “Jom blah, bro.  Aku dah bayar tadi.  Jom, Nurul.  Nurul selamat sebab saya belanja.”

**********

Irdina Iman memberhentikan keretanya di parkir khas Ikhwan Holdings.  Dia berpaling ke arah Shah Fairuz yang merebahkan kerusi kereta lalu membaringkan badannya dan lengan diletakkan menutup kedua matanya.

   “Ok tak?” Tanya Irdina Iman pada Shah Fairuz.
   “Ok awak kata? Dingin adalah.”  Jawab Shah Fairuz acuh tak acuh.
   “Tiada aksi gaduh-gaduh manja, cemburu-cemburu sayang?” Girang Irdina Iman bertanya.
   “Hmm… Dingin.”
   “Jeling-jeling?” Dia mencuba lagi.
   “Nope.  Tunduk.”
   “Sindir-sindir yang comel?” Soalan terakhir.

Akhirnya Shah Fairuz mengalihkan lengannya.

   “Nope.  Sorang cakap, sorang diam.  Sorang tanya, sorang jawab. Teman tapi mesra? Nope.  Tak teman, tak mesra.  Boss dengan pekerja almost all the timeRigid.”

Irdina Iman menyandar dan pandangannya dihalakan ke depan.

   “Haih?  Plan tak cukup baik ke?” Irdina Iman tertanya sendiri.
   “Plan tu baik tapi kena improvise sikit.  Tu pun kalau awak terima idea saya.”
   “Apa dia?”
   “Kita kena bekerjasama dengan Nurul Ain.”
   “Meaning?
   “Well, this is the plan…

Usai menerangkan pelannya, Shah Fairuz membuka pintu kereta untuk keluar.  Irdina pun sama bergegas keluar.

   “Awak rasa boleh ke?” Tanya Irdina Iman, inginkan kepastian.
   “Memang boleh.  Malaysia boleh.”

3 comments: